Selamat Bertunang Lily



Assalamualaikum...

15hb lepas, berlangsunglah majlis pertunangan anak saudara Moha ni. Lily nama panggilannya. Arwah mak yang bagi. Sebab mak suka bunga lily. Moha pun suka bunga lily yang putih bersih tu. Bau dia pun wangi... 

Lily ni anak perempuan kakak Moha. Anak bongsu dari 4 beradik. Alhamdulillah.. majlisnya berjalan lancar walaupun dalam hujan yang agak lebat. 



Setahun lebih nanti InsyaAllah, sibuklah kami uruskan majlis perkahwinan dia pulak. Hmmm.. bila fikir-fikir balik, sekejapnya anak sedara membesar... Macam baru semalam Moha dukung dan agah-agah dia. Tau-tau dah nak kawin... Aish.. tua dah maksu dia ni..ahaks!!

Okla, Moha nak simpan gambar kenangan majlis tu kat sini. Bukan apa, senang nak refer semula nanti.. Moha ni pelupa.. heeee






1 comment: