RIINO Multi-Functional Blender & Processor

December 11, 2018 Mohaz Sue 1 Comments



Assalamualaikum..

Dah siap masak ke? Alhamdulillah, Moha dah siap masak untuk lunch hari ni. Sejak Amsyar kena air panas, sebolehnya Moha cuba minimumkan masa memasak kat dapur ni. Serik!! Moha tak nak kejadian sama berulang lagi. Cukuplah sekali!!

Bila nak kerja memasak cepat siap ni, mestilah kena ada peralatan yang boleh membantu kan? Lebih-lebih lagi part nak melumatkan bawang-lada yang nak dibuat sambal tu. Memang taklah Moha nak menggiling atau menumbuk lagi dah walaupun kedua2 peralatan tu ada kat rumah ni. Bukan apa, nanti tengah menggiling atau menumbuk, Si Amsyar tu pun datang nak joint sama. Dah satu hal pulak nak berebut dengan dia. Jadi lagi senang guna blender. Dia pun tak berani nak try test.. padan muka dia.. hahaha.

Sebelum ni Moha guna blender jenama Panasonic. Tapi entah macamana masa tengah blend tu tiba-tiba meletop keluar asap pulak dia. Mujur letupan kecil je. Kalau besar??? Hish.. tak sanggup nak bayangkan.

Bila takde blender ni, kerja memasak ambil masa yang lebih panjang dari biasa. Tu  yang buat mood memasak pun ke laut. Bukan apa, Amsyar ni dia suka ikut ke mana Moha pergi. Bila lama sikit Moha kat dapur tu, mulalah dia datang.. pastu bukannya reti nak duduk diam kat tepi tengok je kita buat kerja. Selagi tak dukung, selagi tulah dia merengek. Paling tak syok, bila dia tiba-tiba datang terjah paut kat kaki.. alahai, tu la yang jadi punca kena air panas dulu tu!! Tak serik-serik tau dia ni! 

Akhirnya Moha beli juga blender baru. Tu pun sebab terbuka apps WOW Shop. Terberkenan kat RIINO Multi-Functional Blender & Processor ni ha sebab banyak perkakas dia. Penggunaan pun nampak mudah. Barang percuma pun banyak dia bagi. So, laju jelah jari-jemari tu mengoder. Hihihi..
Biasanya kalau beli barang dengan WOW Shop ni, Moha pilih bayar secara tunai je. Dapat barang baru bayar. Kalini pun sama jugalah.
Ni yang basic kita dapat dengan harga yang ditawarkan. Nak buat jus, guna jug tu, nak blend bawang llumat halus, guna yang tall cup tu, nak blend bahan kering, guna yang pendek tu, nak buat ice blended, guna botol jus tu senang ada penutup sekali..nak cincang daging, ikan, ayam atau bebawang dan cili, gunalah food processor yang dapat free tu😉😉
Bila barang dah sampai, memang tersenyum lebarlah Moha. Puas hati betul!! Dahlah cantik, banyak barang pulak tu. Kira berbaloilah dengan harganya pun (RM187.00). Takpelah.. anggaplah ni reward untuk diri sendiri..... Tapi suami yang bayar.. kihkihkih... senang kerja Moha lepas ni!!!

Ni barang percuma.. 
Paling kerap digunakan sekarang.. senang nak masak sambal. Hasil kisaran macam cincang-cincang tak halus macam blender yang kena letak air tu. Perfect for me! 




You Might Also Like

1 comment:

  1. harga not bad..macam nak beli untuk buat makanan bayi untuk anak

    ReplyDelete