Lychee Chlorophyll Surya yang kaya dengan pelbagai khasiat

December 21, 2018 Mohaz Sue 7 Comments



Assalamualaikum..

Korang perasan tak.. orang tua-tua dulu yang suka makan ulam-ulaman terutama yang bewarna hijau contohnya macam pegaga, ulam raja, dan macam-macam jenis lagi tu, rupa paras diorang lebih muda dari usia sebenar. 


Padahal diorang takde pun guna produk kosmetik yang mahal-mahal tu. Paling tidak pun guna bedak 3A, takpun bedak sejuk yang dah siap bancuh macam foundation tu.. apa tah nama bedak tu.. lupa..huhu.. camne ea diorang boleh  maintain muda??? Haa... Salah satu penyebabnya, sebab diorang amalkan makan ulam-ulaman! Itulah rahsia awet muda diorang!!!

Tapi tak semua orang suka makan sayur-sayuran ni. Lebih-lebih lagi sayuran yang mentah dibuat ulam. Macam Moha jugalah masa sekolah rendah dulu. Sayur yang paling tak suka sekali, SAWI!!! Stress ooo kalau jumpa sawi dalam mee goreng. Jenuh menguis sawi tu ke tepi pinggan. Dah habis kuis, barulah start makan. Selalu kena marah dengan kakak sebab tak makan sayur. Huhuhu..

Sekarang ni Haziq pula ikut jejak memilih kalau makan sayur. Sawi tu dia memang tolak terus. Pahit katanya.. erm... Tak boleh nak kata apa.. mama dia pun camtu juga dulu-dulu.. sekarang je dah terer makan sayur... hehehe....

Kenapa ea bersungguh sangat nak makan sayur hijau? Makan jela sayur lain... Eh, sayur lain memang kitorang makan.. cuma khasiat yang ada pada sayuran hijau ni dikatakan lebih bagus dan terbaik untuk tubuh kita iaitu klorofil.

Klorofil tu apa?

Klorofil ni adalah pigmen yang dimiliki oleh berbagai organisma dan menjadi salah satu molekul berperanan penting dalam sistem fotosintesis.

Klorofil inilah yang memberi warna hijau pada daun tumbuhan hijau dan alga hijau, tetapi juga dimiliki oleh berbagai alga lain, dan beberapa kelompok bakteria fotosintetik yang menghasilkan banyak nutrisi penting untuk manusia.

Nutrisi dalam klorofil.

Klorofil merupakan sumber makanan yang memiliki berbagai nutrisi yang penting bagi tubuh seperti : Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K dan Beta Karoten.

Klorofil juga sarat akan kandungan antioksidan, serta berbagai mineral penting seperti magnesium, zat besi, kalium, kalsium, dan asam lemak esensial.

Manfaat Klorofil.

Klorofil merupakan bahagian tanaman yang mengandungi anti-oksidan, anti-inflamasi yang sangat bagus dalam membantu penyembuhan pada beberapa jenis luka.

Cara mudah pengambilan klorofil.

Sayuran hijau selain makan secara mentah atau dimasak untuk mendapatkan khasiat klorofil seperti vitamin dan nutrisi yang diperlukan untuk sistem kardiovaskular, otot, dan kesihatan pada saraf, ramai juga yang mengambil klorofil dalam bentuk suplimen makanan tambahan yang kini telah banyak tersedia untuk mendapatkan hasil yang  terbaik samada jenis tablet, kapsul ataupun cecair yang telah dirumus khas seperti Lychee Chlorophyll keluaran Surya ini kerana memiliki sifat yang mudah diserap oleh tubuh.

Nak minum Surya Chlorophyll ni pun mudah je tau. Cuma bancuh 25ml klorofil tu dengan segelas air (suam/sejuk) atau 250ml air camtu. Lepas tu kacau rata, dan terus minum sampai habis. Eh, walaupun warna dia hijau..tapi rasa dia sedap tau. Kalau pilih perisa laici, rasa manis laicilah.. kalau pilih rasa peach, rasa peachlah klorofil tu. Ah, komfom senang punyalah nak habiskan segelas. Anak-anak Moha pun selamber je minum sampai habis segelas air klorofil tu. 



Ok, sini Moha listkan beberapa manfaat dari klorofil :

1. Membantu proses pembentukan sel-sel darah merah serta dapat mencegah anemia dengan membantu dalam memulihkan dan melancarkan pembentukan sel-sel darah merah, membantu dalam pembersihan darah serta meningkatkan kemampuan darah untuk membawa oksigen lebih banyak ke seluruh tubuh dan juga mengubah zat besi di pusat molekul menjadi magnesium untuk memberikan bentuk bioavailable besi sehingga dapat digunakan dengan baik oleh tubuh.

2. Membantu mengawal rasa lapar. 
Dalam sebuah kajian yang telah dibuat pada September 2013 telah mendapatu bahawa bahan yang mengandung klorofil dapat membantu dalam menahan rasa lapar. Dari hasil kajian tersebut, didapati peserta kajian kurang rasa lapar selepas mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi klorofil dan hasil ujian darah mereka menunjukkan bahawa kadar gula dalam darah mereka juga menjadi stabil. Disebabkan itulah ramai yang yakin dari hasil kajian tersebut, klorofil merupakan salah satu cara yang efektif untuk menahan rasa lapar dan sekaligus mengurangkan berat badan.


3. Dapat menyahkan bau badan.
Klorofil juga memiliki sifat sebagai penghilang bau, ia dapat digunakan untuk menghilangkan bau mulut dan badan secara efektif yang disebabkan oleh masalah pencernaan yang tidak baik. Selain itu, klorofil juga dapat merangsang kesihatan pencernaan iaitu dengan membersihkan usus besar dan aliran darah. Selain untuk menghilangkan bau mulut dan badan, klorofil juga efektif untuk menghilangkan bau pada luka, najis dan air kencing dan juga mengatasi masalah sembelit.

4. Mempercepat proses penyembuhan luka.
Sejak dahulu lagi dikatakan makanan yang mengandung klorofil dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan terhadap sesuatu penyakit. Dan baru-baru ini sebuah kajian telah menunjukkan bahwa klorofil juga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dengan membantu mengurangi radangan, membantu membunuh kuman, serta meningkatkan ketahanan sel terhadap jangkitan kuman. Klorofil dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan.

5. Menghilangkan toxic dalam tubuh (proses detoks badan dan hati).
Dengan kedar pencemaran alam yang semakin meningkat, ternyata menjadi punca kesihatan tubuh badan menurun dan menghidap pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Kandungan klorofil dapat membantu membekalkan oksigen dan melancarkan aliran darah yang lebih teratur untuk menyingkirkan atau menghilangkan kotoran dan racun berbahaya dalam tubuh sekaligus menghalang tubuh badan kita dari menyerap gas-gas beracun tersebut iaitu dengan cara mengikatnya dan dibuang keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.



Kandungan klorofil dapat membantu membekalkan oksigen dan melancarkan aliran darah yang lebih teratur untuk menyingkirkan atau menghilangkan kotoran dan racun berbahaya dalam tubuh sekaligus menghalang tubuh badan kita dari  menyerap gas-gas beracun tersebut iaitu dengan cara mengikatnya dan dibuang keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.


6. Awet muda.
Kandungan antioksidan dan magnesium yang terdapat dalam klorofil dapat membantu tubuh agar tetap sihat dengan merangsang enzim anti penuaan dan menjadikan kulit tetap segar, sihat dan awet muda. Selain itu, vitamin K yang ada dalam klorofil dapat membuat kulit menjadi lebih bersih dan lebih sihat.



Banyak lagi sebenarnya faedah mengambil klorofil ni. Tapi cukuplah banyak ni je dulu Moha cerita kat sini. Apa yang penting, korang kena tau, klorofil ni memang terbaiklah untuk tubuh badan kita!! Dan sekarang ni pun Moha dah mula amalkan minum klorofil perisa laici keluaran Surya ni setiap hari sejak sebulan yang lepas.




SURYA CHLOROPHYLL

Terdapat 2 jenis perisa iaitu perisa Peach dan Laici yang sedap dan mudah diminum. Perisa yang terdapat dalam Surya Chlorophyll ialah jus asli buah laici dan buah pic. Tiada gula, tiada pengawet dan dijamin HALAL. 



* TIDAK mengandungi bahan pengawet.
* Telah diperakui dan mendapat sijil HALAL / GMP / HACCP.
* Mendapat pengesahan dari BioNexus Key Message Certified.
* Mengandungi klorofil yang telah diekstrak dari daun Mulberry.
* Sumber alkali semulajadi yang sangat sesuai untuk pembersihan dalaman.

Review Moha :
Selepas amalkan minum klorofil keluaran Surya secara konsisten ni, perubahan ketara yang dapat Moha rasakan ialah badan Moha rasa lebih bertenaga. Selera makan juga dapat dikawal. Masalah migrain yang selalu kena tu pun dah makin berkurangan. Yang paling best, kulit Moha yang sensitif dan mudah terluka walaupun terkena kuku sendiri ni pun, cepat je sembuhnya. Jerawat kat tengah dahi dan dagu pun dah tak muncul tau!! Sukanya!!!

Jadi, Moha memang rekemen sangatlah kat korang amalkan minum klorofil ni. Memang banyak sangat manfaatnya kat kita lebih-lebih lagi kalau kita ni jenis yang susah nak makan sayur. Bagi kat satu keluarga termasuk anak-anak minum klorofil ni lebih baik. Barulah semua dapat khasiatnya. Oh, ya!! Nak dapatkan klorofil ni, korang boleh cari di mana-mana cawangan Watson's terdekat juga. 


Nak tau lebih banyak info pasal klorofil ni, korang boleh tengok di fb dan instagram ni ok..





You Might Also Like

7 comments:

  1. wow ! semakin bertengalahh dia yee

    ReplyDelete
  2. Wah sana sini ambik lychee surya ni.. Nak kena tryla juga.. Bagus produk ni utk seisi keluarga..

    ReplyDelete
  3. Banyak khasiat rupanya, blh la cuba untuk anak2

    ReplyDelete
  4. bgus sangat ni..produk seisi keluarga

    ReplyDelete
  5. Anak² korang makan sayur memang sesuai ni, nak cuba bagi kat anak² ai lah.

    ReplyDelete
  6. Bagus lah untuk budak2 yang tak makan sayur tu.

    ReplyDelete
  7. Wah, ramai juga yg consume surya ni. Kitorang pun minum seisi keluarga👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete