Asam Pedas Ikan Siakap



Assalamualaikum...

Jumaat lepas anak saudara Moha dari Pontian datang bertamu. Dibawa bersama ikan-ikan dan sotong segar dari sana. Begitulah setiap kali nak datang, dia akan tanya dulu nak kirim beli atau tak? Aish.. Memang kirim lah jawabnya.. 

Disebabkan sekarang ni musim hujan, tak banyak sangatlah pilihan ikan yang ada. Harga pun tinggi sikit dari sebelumnya tapi masih lagi murah kalau dibandingkan di kedai kat sini. Yang penting ikan-ikan dari sana masih segar. Isi pun manis lagi. 

Antara ikan yang dibawa, ikan Siakap, Tenggiri, Selar dan Sotong. Ikan Tongkol dan Kembong takde katanya.. takpelah. Yang ini pun dah syukur.. lepas stok untuk 9 hari!

Semalam dah rasmi ikan Siakap masak asam pedas. Request dari Amar. Sebab selalunya ikan Siakap ni Moha masak steam takpun masak 3 rasa. Kalini diorang teringin nak rasa masak asam pedas pulak. Jadi resepi sempoi jelah Moha guna yang sedap di tekak kami ni.. heeee.. ni resepinya.

Asam Pedas Ikan Siakap


1 ekor Ikan Siakap - potong ikut suka
400 gm cili giling cap Mazz
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci belacan bakar Melaka*
2 sudu besar air asam jawa pekat*
12 biji bendi - buang kepala dan hujungnya,
2 biji tomato - potong 4
Secekak daun kesum
3 sudu besar Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Kisar bahan bertanda * dan tumis  bersama cili giling dan daun kesum hingga pecah minyak.

2. Letak air secukupnya dan letak ikan bersama bendi dan tomato. 

3. Letak garam dan ajinomoto. Biarkan mendidih hingga ikan masak. Siap!! Senang je kan?? 

Alhamdulillah...bertambah-tambah diorang makan... 



1 comment: