Tragedi Melecur Terkena Air Panas

September 15, 2018 Mohaz Sue 1 Comments



Assalamualaikum



Gambar kat atas ni gambar kaki Amsyar terkena air panas sebelum dirawat di klinik.

Mujur Moha tak tergamam dan terus buka seluar panjang yang dia pakai dan siram air paip kat kaki dia. Ye, masa ni memang dia meraung kuat. Kulit yang terkena air panas tu cepat sangat menggelembung macam belon. Tak sempat nak halang, cepat betul tangan Amsyar tarik "belon" tu menyebabkan kulit tu tersiat dan menampakkan isi daging yang dah bertukar warna putih. 

Disebabkan agak panik, kami terus bawa Amsyar ke klinik terdekat padahal sepatutnya Moha lalukan lagi air paip tu pada kaki dia sekurang-kurangnya 10 minit lagi supaya haba dari air panas tu dapat disejukkan dan mengelakkan bahagian yang melecur tu jadi masak. 

Tak sangka sampai di klinik, masih perlu menunggu lagi sebab doktor yang bertugas ada kes kecemasan lain. Akibatnya, bahagian yang terkena air panas jadi semakin merah dan merebak. 

You Might Also Like

1 comment: