Cara nak bagi fun fries lagi rangup

September 29, 2018 Mohaz Sue 3 Comments


Assalamualaikum..

Sedapkan kalau makan fun fries garing-garing. Cicah pulak dengan sos cili. Esh.. sekejapan habis sepinggan. Hihihi... Tapi awas! Boleh mok-mok kalau amal selalu!!

Kat rumah ni memang sentiasa standby stok kentang tu. Yelah, Amsyar kan tak berapa nak makan nasi. Memilih makanan dah sejak melecur haritu. Sekarang ni dia lebih suka makan ayam goreng, kentang goreng dan semua jenis ala-ala western tu.

Sebab tu Moha selalu gorengkan ayam dan kentang untuk dia. Kalau takde stok, terpaksalah order Happy Meals secara online guna aplikasi McDelivery tu untuk dia. Tapi biasanya kentang dah sejuk bila sampai, taklah serangup macam makan di restoran tu. Bila macamtu, kentang tak berapa nak laku. Macam biasa, mama jugalah jadi tukang perabis. Orang kata apa tu, 'tong sampah'?? Esh.. tak baik kata gitu. Makanan tu..huhuhu..

Biasanya Moha goreng terus je kentang tu. Bila dah masak, tapis dan tabur garam halus atasnya kemudian tampi bagi garam sekata. Kalini, Moha cuba cara lain pula. Wah.. garing dan kekal rangup walaupun dah sejuk! Nampaknya lain kali goreng camni jelah. 


Macamana caranya? Senang je.. kat rumah ni memang ada stok tepung goreng ayam jenama Puas. Jadi Moha bancuh je tepung tu dengan air sikit macam nak bancuh tepung goreng pisang tu tapi pekat sikit. Lepastu gaul sebati dengan kentang.

Bila minyak dah panas, gorenglah. Tapi pastikan goreng dengan minyak terendam. Tak mo kedekut minyak ea. Masa goreng tu jangan kacau-kacau. Tunggu dah betul-betul garing baru kais dengan sudip supaya kentang tu lerai. Angkat dan toskan minyak. Sedap tak terkata!!! Hahaha.. tu cara Moha. Mungkin korang ada cara yang lagi bagus, mehlah kongsi. Boleh Moha cuba nanti.


You Might Also Like

3 comments:

  1. Pestime dengar nama tepung tu, biasa Bestari tu ramai guna..
    Kat sini tak jumpa, nanti nk try gak..

    ReplyDelete
  2. wah, menarik. boleh cuba lepas ni. mmg selalu kentang jadi keras bila dah lama masak kan...

    ReplyDelete