Bertambah usia, perangai macamtu juga!

August 15, 2018 Mohaz Sue 0 Comments



Happy Birthday!!!!!


Alhamdulillah... Genap dah umur 38 tahun. Tau tak, selalunua bila orang tanya umur Moha berapa, laju je mulut ni menjawab 32. Amboiiiii.. Muda! Kemain lagi dia ye.. tak bertambah-tambah ek umur?  Kahkahkah!!! Tak sedar diri betul!! Haha.. 

Ya Allah... Sekejap je rasa masa berlalu. Macam baru je lepas ambil results SPM. Eh.. huhuhu.. bukan sengaja nak perasan muda belia remaja. Tapi itulah yang dirasa. 2 tahun lagi genaplah 40 tahun umur Moha. Tak percaya kan?  Yelah,  bukan salah korang juga.  Tuan punya diri pun sokmo konfius.  Masih ada perangai kebudak-budakkan lagi dalam diri tu. Heh! Bertabahlah ea korang.. 

Terima kasih kepada semua ahli keluarga Dan rakan yang take pernah lupa memberikan ucapan birthday disamping doa-doa terbaik buat Moha ni. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan dariNYA. Aaminn.. 

You Might Also Like

0 comments: