Persiapan raya tahun ni lebih mudah

June 01, 2018 Mohaz Sue 0 Comments


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah 16 Ramadhan harini.. ramai juga geng-geng Moha yang update dah siap segala keperluan raya.

Sebenarnyakan, Moha tiap-tiap tahun sebelum ni, semuanya buat last minit. Bukan apa, sebab tiap tahun sebelum ni, Moha dan suami berniaga di bulan puasa. Jual bahulu, biskut raya, kek dan kerepek. Ada yang buat sendiri, ada yang ambil di kilang kerepek dan dari orang kampung. Cuma tahun ni Moha tak ambil bahagian meniaga sebab suami pun busy dengan kerja dia, Moha busy dengan Amsyar..huhu.

Mesti ada yang kata, ala.. ada je orang lain ada anak kecil juga..elok je meniaga kat bazar tu. Betul.. tapi Moha tak nak ambil risiko. Nanti sibuk layan pelanggan, anak entah kemana-mana. Jadi biarlah dulu. InsyaAllah ada rezeki, bila Amsyar dah 4 tahun dan dah bijak bawa diri, masa tu Moha akan mula semula. 

Berbalik cerita cari persiapan raya last minit ni kan.. memang penat! Mana taknya..banyak stok dah habis! Tahun lepas, mujur dapat juga cari baju sedondon. Itupun berapa kedai dah pergi.  Itupun dapat ngam-ngam malam raya. Uish, tak sanggup dah. Kesian anak-anak penat.

Jadi tahun ni kami buat persiapan awal untuk anak-anak. Alhamdulillah, selesai part diorang. Tinggal bahagian mama dengan papa yang belum. Cadangnya baju Moha tu beli online jela. Nanti papa cari sendiri kat mall yang dia punya. Malas nak beramai-ramai terjah pasaraya cari baju. Si Amsyar bukan suka pun. Satgi dia teriak kat situ, apapun tak dapat. Baru ni teman papa pergi PKNS Bangi, bukannya dapat belek-belek baju pun. Kami sibuk mengejar dia lari sana-sini. Mujur dah berbuka puasa. Kalau tak, pengsan!

Pencarian baju bermula di instagram

Awal puasa lagi dah intai-intai instagram. Haa, rambang jugalah mata tengok baju-baju kat instagram tu. Tapi sayangnya apa yang Moha nak tu dah habis stok. Uish, rupanya ramai juga yang shopping lagi awal dari Moha. 

Adudu..macam givap pulak rasa..huhu..dalam hati tu rasa nak ajak papa pergi beli kain kemudian jahit je sendiri. Tapiiiii..hahaha, baru je mama nak alter baju lama, si Amsyar dah elok duduk kat mesin jahit. Macam dia pulak yang nak menjahit. Hmm.. dalam hati kata, tak siap juga baju raya mama kang..huhu. Makanya belek semulalah instagram tu.

Cari punya cari, terberkenan dengan 2 design ni. Terus google cari website dorang.



Ya Allah cantiknya! Tunjuk kat suami, dia pun berkenan. Untung beli yang ni sebab sekali dengan khimar. So tak yah pening nak cari tudung lain untuk matchingkan.  Cumanya dilema nak pilih mana satu. Huhu..

Kalau Moha sendiri, Moha lebih suka yang Hawa. Simple pun ye. Tapi suami suka yang Haifa. Jadi, kita ikut jelah. Walaupun macam sikit over bergaya.. InsyaAllah, masih boleh basuh pinggan di dapur..hihi🤭. Klau korang nak juga design camni, klik je gambar tu. Nanti akan terus ke link diorang. So, boleh tanya sendiri ye nak warna apa dan size apa.😉


You Might Also Like

0 comments: