Advertisement

5 Tips Bersahur Agar Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Puasa dengan Quaker Oats


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sepanjang berpuasa kali ni, tak seharipun kami sekeluarga terlepas waktu bersahur. Moha akan bangun seawal 4 pagi dan siapkan juadah untuk bersahur. Menu sahur kami bukanlah jenis yang terlalu berat dan banyak menu pun sebab masing-masing kurang berselera nak makan pada waktu macamtu. Tapi kalau tak bersahur, bimbang tak  larat pula anak-anak nak berpuasa nanti. Jadi Moha cuba sediakan suatu hidangan yang mudah namun mengenyangkan malah berkhasiat dan memberi tenaga kepada tubuh badan sepanjang tempoh berpuasa.

Sebenarnya pemilihan menu sahur yang betul amat penting bagi memastikan bekalan kalori dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan mencukupi sepanjang masa berpuasa. Ini antara tips yang Moha nak kongsikan dengan korang.

Tips Penyediaan Makanan Bersahur Agar Kekal Bertenaga

1.  Menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat yang mengandungi protein, kalsium, zat besi, vitamin A, C dan E seperti ; 
  1. Nasi beserta lauk ( daging/ayam/ikan/telur) dan sayur  juga buah-buahan
  2. Bubur nasi/bubur ayam
  3. Pasta seperti spageti atau makaroni
  4. Sandwich
  5. Aneka jenis sup (Sup sayur, ayam, daging atau sup campur)
  6. Bijirin sarapan dengan susu
2. Sebaiknya sediakan makanan yang baru dimasak dan bukannya digoreng semula. Ini kerana makanan yang digoreng semula akan menyerap minyak yang berlebihan dan menambahkan kalori dalam makanan.

3. Banyakkan pengambilan air suam atau susu  dan kurangkan  pengambilan gula, susu pekat mahupun krimer manis. Elakkan minum tea atau kopi kerana tea dan kopi mengandungi kafein yang akan membuatkan badan kekurangan air melalui pembuangan air kecil. 

4. Elakkan makan makanan yang telah dihidang  dan terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam kerana ianya telah dicemari kuman dalam udara dan tidak selamat untuk dimakan.

5. Boleh hidangkan semula lebihan makanan sewaktu berbuka tadi sekiranya makanan tersebut disimpan dengan baik dan selamat. 



Kebiasaannya Moha sediakan minuman Quaker Oats yang dibancuh dengan susu dan sedikit gula ataupun Moha bancuh je Quaker Oat Matcha Green Tea 3 dalam 1 dengan air panas. Rasa Quaker Oat Matcha Green Tea ni memang sedap! Tak  perlu nak tambah apa-apa dah 1 sachet tu melainkan 1 mug air panas. Memang best! Rasa sama macam green tea yang biasa beli di luar cuma yang ni ditambah oat.

Selain minuman oat, Moha tambah hidangan ringkas lain yang mudah disediakan seperti sandwich, nasi goreng, mi goreng atau lebihan makanan berbuka yang dipanaskan semula. Moha pilih oat sebab oat dapat membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam. 



Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum. Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah. 

Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.
Sebenarnya Quaker Oat ni macam-macam resepi kita boleh buat untuk menghasilkan hidangan yang sedap. Macam yang Moha buat ni haa.. Dahlah senang, cepat siap, sedap pulak tu! Eh, terpuji diri sendiri pulak..huhu.. tapi serius memang sedap sebab anak-anak pun makan habis waktu sahur walaupun mata diorang masih mengantuk. Jadi, Moha kongsikan resepinya jika korang nak cuba.

Resepi Penkek Oat Dengan Daging

1/2 cawan oat (Moha gunakan Instant Oat)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu UHT Dutch Lady
1/2 sudu kecil Tumix / serbuk pati ayam
2 sudu besar butter yang dicairkan
1 biji telur

Cara-cara membuat penkek

Campurkan semua bahan di atas dan gaul sehingga sebati. Kemudian sapukan sedikit butter di kuali leper (dengan api kecil) dan tuangkan sesenduk adunan tadi dan biarkan seketika. Moha tuangkan adunan ke dalam cutter ni untuk dapatkan bentuk bulat. Tak nak guna cutter pun boleh je..kita buat dia kan?😁.


Bila permukaan penkek sudah masak, terbalikkan dan biarkan sedikit garing. Kemudian angkat dan mulakan proses awal hingga adunan habis.

Cara penyediaan Penkek Oat dengan daging



Moha gunakan daging burger Ramly dalam resepi ni. Nak cepat kan? Jadi gunakan bahan yang dah siap tapi sedap. Hihihi...Ok caranya, gorengkan daging atas kuali leper tanpa minyak hingga masak.  Ketepikan.


Kemudian, sapukan permukaan penkek oat tadi dengan mayonis dan sos cili. Letakkan daging burger, salad, timun, bawang besar dan tomato yang dihiris.


Akhir sekali lapis atasnya dengan sekeping penkek lagi. Siap! Senang, cepat, sedap tapi berkhasiat! Selamat mencuba!!😊😊

Rebut Peluang Menang Sesi Bersama  Chef Selebriti Anis Nabilah 

Haa! Sebelum terlupa.. bagi peminat Chef  Selebriti Terkenal Anis Nabila, korang sertai lah peraduan 'Resipi Oatsome bersama Quaker’! dengan membeli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, kemudian ‘suka’ laman Facebook Quaker Malaysia, dan tuliskan komen mengapa Quaker Multigrain Cereal adalah bahan paling serasi dalam resipi biskut. 

15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai bengkel masakan eksklusif dan Majlis Jamuan Teh bersama chef selebriti Anis Nabilah. 150 pemenang sagu hati pula akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50! Senang je kan?

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oat serta promosi, acara dan resepi Ramadan/Raya terkini, bolehlah layari facebook Quaker Malaysia atau website www.quaker.com.my

Post a Comment

7 Comments

  1. Menarik menu daging buger tu. Mest lebih menyengangkan sbb ada oat kan

    ReplyDelete
  2. sedap yer penkek buat macam roti burger. tq share resipi. nnt nak try gak la

    ReplyDelete
  3. Bagus nya bila dapat buat burger sendiri. Bahan berkualiti 👍👍
    Family kak nina memang hantu Oats. Ni tengah bikin. Biskut Raya Oats. Hehe

    ReplyDelete
  4. Suka idea mcm ni...oat ada je kt rumah nanti nk beli daging cincang la masukkan oat bg anak mkn haaaa lg berkhasiat

    ReplyDelete
  5. Sedapnya pankek tuuu....teringin nak cuba.

    ReplyDelete
  6. Menariknya burger penkek tu.. Nampak menyelerakan sangat..

    ReplyDelete
  7. Senang sahur simple camni kan, pastu dengan oat memang mengenyangkan!

    ReplyDelete