Menu sahur paling cepat siap tapi sedap

May 21, 2018 Mohaz Sue 2 Comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 5 hari dah kita berpuasa. Ada dah ke yang liat nak bangun sahur? Kadang tu bukan liat sebab malas ye tak? Liat tu pasal tak tau nak sediakan apa dah. 

Macam Moha kat rumah ni gitulah. Hari pertama tu ok lagi sebab menunya nasi ayam. Uish, dasat rajin masak nasi ayam pagi-pagi buta ye? Hahaha.. taklah.. tu juadah berbuka punya. Sengaja Moha masak lebih untuk sahur sekali. Nasi ayam ni memang febret anak2ni. Jadi berseleralah diorang bersahur. 

Hari kedua, cuma panaskan lebihan lauk-pauk berbuka. Anak-anak pun toye je muka masing-masing tengok juadah atas meja. Makan pun sikit je..tak berkenan la tu. Hmmmm...

Hari ketiga, masing-masing request nak makan mi sedap. Teringin dah lama tak makan katanya. Senang kerja mama dia.. hanya rebus, kacau dan hidang. Hahaha... Selesai masalah mama!

Hari keempat, Benjo! Senang je buatnya pun. Korang lagi terer rasanya buat benjo ni kan? Moha guna roti gardenia je. Buat 2 keping roti kapit telur mata sebiji untuk setiap seorang pastu susu segelas. Setel sahur hari keempat. 

Hari kelima, haaa.. mula seriau apa pulak nak disediakan. Lastly masak nasi kuning ala-ala nasi keduli, goreng ayam kunyit, sup kosong dan sambal tumis. 

Hari keenam ni nak buat apa pulak? Haaa.. ideanya dah ada. Ni nak kongsi dengan korangla.. mana tau korang berkenan nak buat, bolehlah try resepi ni. Ni menu febret anak-anak Moha. Kalau buat sikit, komfem tak cukup punyalah.


Cheezy Bread Pie

Bahan-bahan:
Roti gardenia secukupnya
Sos prego (Moha guna yang tradisional)
Keju mozarella
Daging burger ramli dihancurkan
Bawang holland potong dadu
Telur 2 biji
1 sudu kecil tumix/serbuk pati ayam


Cara-cara buat intinya:
Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan daging. Bila daging dah masak, masukkan sos prego dan tumix. Kacau sekata hingga inti pekat dan matikan api. Sejukkan.

Bila inti dah sejuk, masukkan 2 biji telur dan gaul sebati. Ketepikan.

Cara-cara membuatnya:
Panaskan oven dengan suhu 180°C api atas bawah. Ni tengok jenis oven masing-masinglah ye. Kena pandai ejas sendiri suhunya. 

Tekap roti bulat-bulat guna acuan atau permukaan gelas. 

Letakkan roti yang dah ditekap tu dalam acuan muffin. Letakkan inti dan tutup dengan keju mozarella. 

Bakar hingga keju cair. Siap! 

Senang je kan? Budak-budak nak makan pun senang. 

You Might Also Like

2 comments:

  1. alahai sdapnya..tp xleh mkn bnda2 gni..gastrik kna mkn nasi jgk..haha

    ReplyDelete
  2. adoi sedapnya. rasa nak cuba resepi ni,
    JanjiKita

    ReplyDelete