Makan nasi daun pisang di Curries 'N' Claws, Chitta Mall, Petaling Jaya.

May 16, 2018 Mohaz Sue 2 Comments



Assalamualaikum..

Korang minat makan kari tak? Moha dari kecil dah dibiasakan dengan menu kari ni. Yelah, arwah mak dan arwah bak kan neniaga kat warong. Jual roti canai dan nasi campur. Masakan kari ni memang boleh dikatakan setiap hari ada. Jadi, tekak ni memang sinonim sangatlah dengan kari-kari ni.

Sampai dah kawin ni pun memang rajin lepak restoran mamak pekena roti canai, rojak, mee goreng mamak dan seangkatan dengannya. Syok lepak kat restoran mamak ni sebab ada macam-macam jenis kari. Tinggal pilih je nak yang mana. 

Cumanya satu jelah yang belum pernah rasa lagi. Makan nasi berlaukkan masakan india yang dihidang atas daun pisang. Nasi lemak tu biasa dah...

So, nak pendekkan cerita, Sabtu lepas Moha sekeluarga dan kawan-kawan pergi makan tengahari di Curries 'N' Claws. Saja nak pekena kari India pulak. Jom tengok menu special yang ada kat sini.

Banana Leaf Set 

Dihidangkan bersama 3 jenis sayuran (green, starch, fried), kuah kari (kari ikan, kari ayam, kari ketam) atau dhal, papadom, cili masin goreng, rassam (sup herba terbaik) dan acar. Harga cuma RM10.90 je satu set ni.

The Bunner

Jangan lupa order menu ni dan rasai keseronokkan menikmati  hidangan makanan laut (ketam, udang, pepahat, kepah, sotong, kupang dan lala) untuk 2-4 orang dalam satu bekas stainless steel yang diletakkan lilin menyala dibawahnya bagi memastikan kuahnya sentiasa panas. Boleh pilih samada nak dimasak tomyam ataupun rassam. Yang ni RM49.90

Kari Ketam

Haa.. yang ni memang powerlah kari dia. RM 18.00 je seekor ketam nipah besar tu. Cukup kaw dan pekat rasa kuah dia. Isi ketam pulak masih pejal, manis dan padat. Eh, memang puas hati! Anak-anak pun suka makan kari ketam ni. Siap bertambah!

Manggo Lime Lassi

Merupakan salah satu minuman yang menjadi pilihan ramai di sini. Tengok je pun dah terliur. Gabungan rasa lassi, mangga dan limau nipis memberikan rasa sejuk dan segar. Harganya RM8.90

Pengalaman makan kat sini memang lain dari restoran lain. Nasi dan lauk disenduk dihadapan kita, boleh minta nak nasi banyak ke sikit ke, nak kuah kari apa. Leka dibuatnya tengok pelayan menyenduk nasi dan lauk ke atas daun pisang.

Petola Goreng

Yang ni memang best! Selalunya kat restoran mamak, Moha nampak diorang gunakan peria katak. Tapi kat sini diorang guna petola ular untuk  harini. Punyalah sedap sampaikan Amsyar meratah macam makan ayam goreng. Haha.. syok tengok dia makan.


Macam-macam ada kat sini. Harga pun berbaloi. Nasi lemak, roti canai pun ada.. pilih jelah nak yang mana.

Restoran ni ada 2 bahagian. Satu bahagian luar, bagi yang sukakan suasana open air, bolehlah lepak kat luar. Satu bahagian lagi kat dalam yang berhawa dingin. Sesuai lepak kat dalam kalau bawa anak kecil macam Moha ni. Lebih selesa dan lebih seronok sebab ada tv kat dalam. Sambil nakan, anak-anak boleh tengok kartun sementara mama diorang berborak dengan kawan. Hehehe..


So, pada yang nak cuba menu-menu lazat kat sini, ini alamatnya:

Lot G-10, No. 1, Jalan PJU 1A/48,
Pusat Perdagangan Dana 1, Citta Mall,
47301 Petaling Jaya, Selangor.

Lagi details boleh tengok kat media sosial diorang : 

Facebook : Curries N' Claws
Instagram : Curries n' Claws




You Might Also Like

2 comments:

  1. sedapnyaaaa lama teringin nak makan nasi daun pisang...

    ReplyDelete
  2. nampak pekat betul kari yer. mesti kick. Lama x merasa makan atas daun pisang

    ReplyDelete