LAZZ Susu Kambing Menawan Hati

April 05, 2018 Mohaz Sue 10 Comments


Assalamualaikum..

Pernah dengar pasal Lazz Susu Kambing? Rasanya kalau biasa menonton tv, mesti pernah dengar adik perempuan berbaju pink yang comel menyanyi lagu ni..

“Lazz.. Susu Kambing..”


Haaa... dah ingat? Kalau tak ingat juga takpe. Meh Moha perkenalkan..

Lazz Susu Kambing


Lazz Susu Kambing merupakan susu orgamilk, serbuk susu kambing yang tidak panas dan tidak hamis. Lazz dihasilkan dengan menggunakan bahan yang tidak diubah secara genetik atau dicampur bahan kimia (non-GMO).


Menjadikan Lazz susu yang mudah dihadam, lebih berkualiti dan diperkaya sumber kalsium, mineral, protein serta vitamin C. Menjadikan rasanya lebih enak berkrim dengan khasiat semulajadi.

Disebabkan selalu sangat dengar pasal susu Lazz yang dah viral sekarang ni, makin teringin rasa nak minum. Betul ke susu ni macam yang diperkatakan tu? Kalau betul, bagus ni! Boleh bagi anak-anak minum juga.


Bila susu ni dah sampai, Amsyar pulak yang paling excited. Oh, dia pun tau pasal susu ni agaknya. Selalu tengok iklan kat tv kan..

"Wow! Wow! Ma.....wow!" Haha wow saja yang keluar dari mulut dia. Moha nak ambil pun dia tak bagi. Yelah, kita ni naklah juga belek-belek baca apa yang tertulis kat kotak susu tu kan? 


Terpaksalah cakap nak buatkan susu tu. Barulah dia hulur kotak susu tu sambil mengekori mama dia ke dapur.

Menerokai Khasiat Sebenar Lazz Susu Kambing


Susu ni betul-betul dah berjaya suprisekan Moha. Mula-mula tu risau juga. Yelah, susu kambing kan? Orang kata susu kambing ni hamis. Alamak.. kalau hamis, memang tak lalulah tekak ni nak telan. Kalau mama pun tak lalu, apatah lagi anak-anak ni. Tak pasal-pasal membazir nanti.

Memandangkan Amsyar pun tak sabar-sabar dah nak minum susu tu, Moha pun bancuhlah untuk dia. Erm.. takdelah pula bau hamis ke apa. Terbaiklah!

Kemudian Moha pindahkan susu tu ke dalam botol. Senang Amsyar nak pegang sambil minum nanti. Mengelakkan susu tumpah pun ye juga. Hihihi.. (tumpah karang bukan je membazir, satu kerja pulak nak mengemop).


Dah siap tu, Moha pun trylah minum sikit. Eh, sedaplah! Baru nak teguk lagi sekali, Amsyar dah tarik tangan Moha nak ambil botol tu. Tak menyempat-nyempat betullah dia ni! Huhuhu... sabar jelah!

“Yelah, yelah.. ambiklah” dia pun apa lagi. Laju je capai botol yang berisi susu tu dan terus duduk bergaya atas basikal roda tiga dia tu. Amboi.. kemain lagi dia ye? Nak minum susu je pun. Hahaha..


Nak dengar apa komen Amsyar pasal susu Lazz tak? Jom tengok video ni.



Haa.. amacam? Faham ke Amsyar cakap apa? Moha pun tak faham dia cakap apa selain “sedap” tu. Kahkahkah... apalah Amsyar ni. Gunalah bahasa melayu kalau nak review pun. Hihi..

Bila mama suruh pilih nak yang mana

Untuk pengetahuan korang, susu ni 100% diimport dari Holland. Tanpa unsur hormon atau bahan sintetik kimia, dipasteur dan diserbukkan menjadi minuman berkhasiat yang sesuai diminum oleh semua yang berumur 2 tahun ke atas. Memang sesuai sangatlah Moha bagi pendedahan awal pada Amsyar ni sebagai langkah awal untuk dia dan memudahkan dia berhenti susu badan nanti.



Haziq lebih gemarkan rasa Lazz Choco. Manakala Amar pula memilih susu Lazz Kurma. Memang pilihan yang terbaik sebab keduanya mengandungi campuran kurma. 

Tapi diorang berdua ni memang tak pernah tolak apa-apa jenis susu pun. Kecuali susu formula untuk baby. Heee rasa dia pelik. Jangankan diorang, Amsyar pun tak lalu nak minum. Sebab tu sampai sekarang Amsyar masih lagi menyusu badan. 


Bekalan untuk minda yang lebih cerdas

Khasiat Susu Lazz

Bagi kanak-kanak:

Mencerdaskan minda 
Menguatkan dan menyihatkan tulang dan juga gigi 
Memberikan penghadaman yang sihat 
Mencantikkan kulit 
Menambah selera makan 

Bagi Ibu Hamil: 

Memberikan tenaga semasa bersalin 
Membekalkan nutrisi kepada ibu dan bayi 
Menambah bekalan darah 
Memberikan berat yang ideal pada bayi 
Mengurangkan risiko bayi terkena Jaundis 

Bagi Ibu Berpantang dan Menyusu: 

Memulihkan tenaga 
Minuman yang senang lawas 
Memberikan berat badan yang ideal 
Mengelakkan rambut gugur 
Memberikan nutrisi kepada ibu dan anak 

Bagi Yang Sedang Berikhtiar Untuk Mendapatkan Zuriat:

Menguatkan rahim isteri 
Meningkatkan kesuburan 
Menyeimbangkan hormon 
Melancarkan kitaran haid 
Memberikan tenaga kepada suami dan juga isteri 

Bagi Orang Dewasa / Warga Emas: 

Mencegah osteoporosis 
Merawat asma dan gastrik 
Menyihatkan jantung 
Membekalkan diet rendah gula 
Mengurangkan kandungan kolestrol 

Susu Keluaran LAZZ

Susu Kambing Lazz ni di datangkan dengan 4 perasa iaitu Susu Kambing Tanpa Kurma, Susu Kurma, Susu Kurma Perisa Coklat dan juga Susu Kurma Perisa Kopi. 

Dalam 4 jenis ni, Moha dan suami paling suka yang perisa kopi tu. Memang sedap! Difahamkan susu kurma perisa kopi merupakan produk paling laris sekarang ni. Wah.. bukan kitorang jelah yang minat dengan rasa Lazzcafe ni. Ramai rupanya.

Haaa.. korang boleh ke laman web Lazz kalau nak maklumat yang lebih lanjut ye. Kat bawah ni Moha sertakan butirannya untuk rujukan korang.

Lazz Careline : 
013-308 3354

Website : 

Facebook : 
LAZZ Susu Kambing

You Might Also Like

10 comments:

  1. anak2 lin pun suka... lin pula suka lazz cafe... yummmm

    ReplyDelete
  2. Nak try lazz choco. kat sini lazz choco asyik habis je.

    ReplyDelete
  3. amboi pakwe minum susu lazz xajak kita..sdap tol tu..:)

    ReplyDelete
  4. sedap kan Lazz Susu Kambing ni .. anak Sal pun dah mula suka Lazz Choco ..

    ReplyDelete
  5. comel amsyar ni yer..boleh lah jadi bakat baru ni.. Btw memang menarik susu kambing keluaran lazz.Takde bau hamis walau sedikitpun.. go go go lazz susu kambing

    ReplyDelete
  6. Amboiii Amsyar review guna bahasa German ya.. Tapi Lazz ni memang sedap.. Anak2 kak Ti pun suka..

    ReplyDelete
  7. cikza pun amalkan untuk ikhtiar zuriat.. dr awal lagi..

    ReplyDelete
  8. Nina pun suka susu Lazz.
    Paling best LazzCafe. Aduyai.... Sedap dia mengasyikkkkk kan !!

    ReplyDelete