Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa 2 Minggu Dengan Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

March 30, 2018 Mohaz Sue 16 Comments



Assalamualaikum..

Awal-awal bulan haritu muka naik jerawat pasir. Paling banyak kat area dahilah. Pori kat hidung pula agak besar dek white & black head tu. Tangan pulak tak reti duduk diam. Asyik nak kutis je jerawat tu. Geram tau! Kalau boleh masa raba kulit muka tu, taknaklah ada rasa biji-biji jerawat ni. Nak kulit licin macam kulit baby je. Gitu haaa ko... jaga muka pun malas, ada hati nak kulit lawa ye? Huhuhu...

Moha bila muka berjerawat ni pantang pandang muka kat cermin lama-lama. Bahaya! Kalau degil juga, memang tambah rosaklah kulit muka dikerjakan. Selagi tak habis semua kena picit, selagi tulah tak berpaling dari cermin tu. Tolong ea jangan tiru! Kesian kulit muka kita. Habis jadi kudis dan berparut.

Moha memang dah lama tak guna sebarang produk skincare yang ada di pasaran. Sesekali bila rajin tu adalah buat masker guna hampas tea ataupun campuran tomato dan susu tepung. Tapi bila dah naik jerawat ni, terpaksalah cari “penawar” yang boleh hilangkan cepat! Arwah bak pernah ajar tepek air kayu manis yang digesek bawah pasu untuk hilangkan jerawat tu. Bukan setakat jerawat, parut pun boleh hilang. Memang sangat berkesan. Tapi kulit Moha tak tahan. Terasa panas bahang pada kulit bila buat macam tu.

Alhamdulillah, dalam susah hati banyak jerawat tu, dapat rezeki mencuba produk Eucerin. Korang tau dan pernah guna produk Eucerin ni tak? Ok, jom berkenalan dulu...

Apa itu Eucerin?


Eucerin merupakan peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit yang telah dilancarkan sejak 100 tahun dahulu. Ia salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di seluruh dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, disokong kajian terperinci dengan ujian-ujian ketat bagi menghasilkan produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif.

Dengan cuaca yang tidak menentu, faktor keturunan, gaya hidup dan diet pemakanan yang tidak teratur, ramai yang terpaksa hadapi masalah radang kulit dan kulit berjerawat komedon (bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya muncul di dahi dan di dagu). Disebabkan hal inilah, Eucerin menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan sahaja menyuburkan kulit, malah  membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu;                                      

Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

Pelembab ini telah direka dan diuji khas untuk kulit berminyak dan berjerawat bagi membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat disamping mengekalkan kelembapan kepada kulit.

“Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit”.

Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 Hari

Hasil kaji selidik mendapati kebanyakan pengguna yang telah menggunakan produk ini bersetuju bahawa Eucerin mampu menghalang pertumbuhan jerawat baru dan mengurangkan parut jerawat hitam, mengurangkan bintik hitam, bintik putih dan jerawat yang membengkak.

Hasil kajian inilah yang membuktikan produk ini sememangnya berkesan dan Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 Hari dibuat supaya pengguna lebih yakin untuk mencuba.

Korang tak nak sahut ke cabaran ni? Kalau nak, korang cuma perlu buat 2 langkah senang ni je:

1.       Ambil gambar kulit pada hari pertama dan hari ke-14 selepas 14 hari penggunaan produk.

2.       Poskan gambar “sebelum dan selepas” korang dan kongsi pengalaman guna produk ni di Facebook dengan hashtag #EucerineProACNE.

Hadiah Cabaran

Produk Eucerin yang bernilai RM12,000 ditawarkan sebagai hadiah kepada pemenang untuk cabaran ini.

Hadiah Utama – Produk Eucerin RM5,000.00

Hadiah Kedua – Produk Eucerin  RM2,000.00

5 Hadiah Pemenang Bertuah – Produk Eucerin  RM1,000.00

Pengalaman guna Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment

Jujur Moha katakan, Moha suka pelembab ni. Kulit tak rasa pedih, panas dan melekit langsung. Sebaliknya kulit terasa lebih lembab dan licin.  Dalam masa 4 hari, jerawat halus kat dahi semakin berkurangan. Malah parut kesan jerawat yang dipicit pun semakin pudar. Liang pori di idung juga nampak mengecil. Teruja betul! Akhirnya jumpa juga pelembab yang serasi dengan kulit Moha ni. Jatuh hati!



Dimana nak beli Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment?

Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment berharga RM62.00 dan boleh dibeli di farmasi seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang semua rangkaian produk Eucerin ni, boleh tengok di :


atau

You Might Also Like

16 comments:

  1. Jerawat pasir tu yg tak tahan kan.btw, cantik header baru ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. kejao je jerawat surut pakai ni

    ReplyDelete
  3. wahhh leh join contest gak ni

    ReplyDelete
  4. Nampak perbezaan kak moha pakai eucerin ni..tertarik pulak..siap ada contest..bagus ni

    ReplyDelete
  5. Nampak kesan dia, jerawat dah hilang.

    ReplyDelete
  6. best lah baca review produk ni....

    ReplyDelete
  7. Info yg bagus.. Tq tau sharing..leh cuba nnti..

    ReplyDelete
  8. Ramai nye duk try on this , makin berseri la sis pasni.. xleh jadi ni Ty nk cari juga la and try to apply .

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Fiza pun tgh sahut cabaran jugakk ni

    ReplyDelete
  11. Biasa nampak produk ni kat farmasi. Bagus ehh...? Boleh laaa belikan tuk anak remaja kak nina

    ReplyDelete
  12. jerawat ketu;2 pun cepat jer kecut kalau guna eucerin nie kan

    ReplyDelete
  13. Nampak kesan dia.jerawat pon dah hilang dah tu..

    ReplyDelete
  14. Wajah Moha semakin sihat la. Dan all the best untuk contest.

    ReplyDelete