Buntu nak masak apa, akhirnya beli lauk online je

March 01, 2018 Mohaz Sue 8 Comments


Assalamualaikum..

Bila setiap hari dah memasak, ada suatu ketika akan jadi blur. Tak tau nak masak apa. Bukan mengada-ngada. Bukan malas. Tapi Moha jadi "jem" duduk kat dapur bila blur tu datang. Lama menung tapi tak dapat solution pun. 

Tapi syukur alhamdulillah dapat suami yang memahami. Yelah, daripada Moha masak entah apa-apa kang, dia juga yang tak selera nak makan. Betul tak?

Macam petang semalam, nasi dah masak. Bila nak masak lauk, dok belek bawang, belek sayur, keluarkan ayam, tapi menunya tak muncul dalam kepala. Aduh, nak masak apa? Tanya Haziq, dia pun jawab tak tau. Tanya Amar, 

"Mama masak jelah apa-apa" katanya. 

"Masak air jelah camtu" jawab dalam hati. Hahaha...makan nasi dengan air panas campur garam nak? Ikut style arwah Tok Ayah. Mama ok je..huhu.

Tiba-tiba papanya tanya apa yang boleh di order online? 

"Mcdonals!"
"Dominos!"

Laju Si Amar dan Haziq jawab. Diorang memang suka sangatlah fastfood ni. Tapi tekak mama dan papa diorang ni tak terasa nak makan yang macamtu pula. Lagipun nanti nasi tak luak, sayanglah!


Moha pun capai handphone dan tengok group Makanan Semenyih/Kajang di whatsapp. Mula skroll satu persatu menu yang diiklankan di situ. Ternampak iklan yang menarik minat.

Lala bakar, kupang bakar, kerang bakar & ikan bakar.

"Nak makan kupang bakar tak?" Tanya Moha pada diorang. Sebelum ni pernah beli dan rasanya pun boleh tahan sedap. Harga tu berpatutanlah pada Moha sebab tiada caj penghantaran dikenakan pun. Kuantitipun banyak. Memang puas hatilah satu keluarga makan. 


Bila semua dah setuju, Moha pun terus wasap order kupang, kerang dan ikan bakar pada seller yang bernama Rai tu. Tapi sayangnya kupang dah kehabisan stok. Banyak permintaan rupanya kupang tu. Terkilan jugalah sebab kupang tu yang Moha paling minat sebenarnya. Tapi takpelah, tak kisahlah apa yang ada. Kerang dan ikan bakar pun ok je. 

Dalam setengah jam tempahan pun sampai.

Boleh tahan besar juga saiz ikan siakap ni.
Kerang pun banyak

Kebetulan tiba-tiba makcik dan sepupu papa datang bawa gulai nangka dan betik masak sambal. Alhamdulillah dapatlah dihidangkan dan dijamu bersama-sama rezeki harini.

Ikan dan kerang tu memang segar, cuma sambalnya agak pedas untuk budak-budak. Tapi pada yang suka pedas, memang ngam sangatlah makan dengan nasi panas-panas!

Senang ada penghantaran makanan macamni. Sangat membantu dikala memerlukan. So pada yang stay area Beranang - Kajang tu kalau nak cuba menu yang sama macam Moha ni, bolehlah hubungi no Rai Shop tu ye. Sekian, terima kasih sudi baca..😊😊




You Might Also Like

8 comments:

  1. salam moha..

    wahh bgusnya ada khitmat pnghtran makanan cmtu.xde cas hntr plak tu.klo ade kt tmpt yaya bguih ni...haha (mls tul masak =p)

    ReplyDelete
  2. kita mesti ada masanya yang memang lost betul nak masak ape, mujur ada tempat best yg boleh tapau lauk, mesti sedap tu!

    ReplyDelete
  3. wahhh
    senang dah sekarang
    makanan bukan fast food pun dah ada delivery

    ReplyDelete
  4. perghhh maju sngt skrg ni.
    hi jom la join n meriahkan GA Ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. sekarang ni semua boleh beli online. siap boleh delivery lagi.

    ReplyDelete
  6. Hehehe sekarang semua di hujung jari .. klik2 jer dah boleh makan makanan yang kita nak kan moha.. takde laa ssh2 lagi bila dah ada delivery gini..

    ReplyDelete
  7. lisa pun kalau malas kuar biasanya order je makanan hahaha

    ReplyDelete
  8. menarik kemain menu dia .. ikan bakar aaa.. lala lah.. amboi... area rumah ada gak order online tapi tak ada pesen gini

    ReplyDelete