Air tangan mak

December 17, 2017 Mohaz Sue 7 Comments



Assalamualaikum

Celik je mata dah mula fikir nak masak apa harini? Gitulah bila dah jadi mak-mak ni. Huhuhu

Tu baru mak, belum part anak. Anak nampak je muka mak, "Mama nak masak apa harini?" Haaa.. sebab tu kena fikir cepat nak masak apa. Kalau boleh sebelum tidur malam tu kat kepala dah kena ada menu. Senang. 

Masak tu bukannya susah. Tapi bila dah setiap hari memasak, buntu juga nak pusing-pusing menu. Kalau masak yang sama je nanti takut ada yang bosan pulak. Asyik masak niiii je...

Tapi Moha memang kagum sangat dengan arwah mak. Bakat semulajadi yang ada pada dia tu Moha sendiri pun tak mampu nak tanding. Dia pandai memasak, pandai buat kuih, pandai menggubah, pandai menjahit, pandai mengait, bertukang pun dia terer tau. 

Kalau buat kuih tu, dia tak payah nak tengok resepi pun. Semua dalam kepala dah. Tinggal campak2 je. Takde nak sukat-sukat pun. Tapi hasil selepas tu, walla! Super sedap! Buktinya setiap kali bulan Ramadhan, warong mak jadi tumpuan orang beli kuih-muih dan pelbagai menu lain yang mak jual. 

Cerita bab meniaga bulan Ramadhan ni kan, kami anak-anak mak memang dikerah tenaga tolong dia siapkan semua tu. Memang big boss tau mak tu. Dia cuma sediakan bahan je. Lepas tu kitorangla kena siapkan semuanya. Contoh kalau kuah laksam tu, tugas Moha kena kopek isi ikan rebus asingkan tulangnya. Nanti bila mak dah bancuh tepung untuk laksam, Moha kena kukus dan gulung sampai siap. 

Kalau buat karipap pulak, mak sediakan inti dan adun tepung untuk kulit karipap. Tugas menggelek kulit karipap tu biasanya abang Moha yang buat. Moha tinggal masukkan inti dan kelim. 

Abang-abang dan kakak-kakak yang lebih besar, tugasnya lainlah pulak. Tapi setiap orang ada tugas. Yelah nak siapkan banyak menu. Bukan satu dua jenis kuih. Ada lompat tikam, tepung bungkus, lepat, lengkong, serimuka, karipap, cucur badak, buah melaka, cek mek molek, apam, popia, cucur udang, laksam, rojak petis, putu mayam, ABC, banyak lagilah..lupa dah.

Bayangkan menu banyak-banyak tu sempat ke mak nak siapkan sorang-sorang? Pukul 5 orang dah tunggu depan warong dah nak beli kuih. Penat oii nak tunggu waktu berbuka. Lenguh kaki berdiri jalan sana-sini bungkuskan kuih yang orang beli. Dugaan sungguh tengok kuih-kuih yang sedap tu. Belum masuk mee goreng basah berasap tu lagi! Ya ampun...tabahlah hati..

Walaupun sejak kecil dah tolong mak masak dan buat kuih, jangan ingat Moha pun sehebat mak. Moha terer makan je. Kihkihkih.. buat donat pun selalu liat. Serimuka? Muka Moha jelah yang berseri. Kuihnya tak gak menjadi. Hahaha. Moral story, jangan suruh buat kuih. Menyesal nanti. 



You Might Also Like

7 comments:

  1. Tapi kak moha pandai buat kek kan kan kan...heee

    ReplyDelete
  2. Alaaa yeke nie? Mesti Kak Moha pandai masak

    ReplyDelete
  3. tak kira hebat mana kita msak, takkan sama dengan air tgn mak...kan
    paling sedap!

    ReplyDelete
  4. rindu air tangan mak kita tau. selalu mak kita mesti masak farveret kita kalau kita balik rumah mak kita

    ReplyDelete
  5. Mak saya pun kalau masak main campak2 je. Tak yah tengok resepi.. saya ni langsung tak sama macam mak saya. Hahaha. Kak Moha ada pengalaman kat warung ye. Best laa..

    ReplyDelete
  6. eheheh... hebat mak moha..bestnya jual2 kuih..ina pon takreti wat seri muka...beli barang2..peram je bhanny..last skali, bagi mak aje bahan2 tu semua. eheheh.. tangan ina memang fail kalo kuih jnis kukus..

    ReplyDelete
  7. itulah keistimewaan mak. Sedap mana pun makanan di kantin atau di kedai dan restoran mewah, bila balik kampung, nak lawan masakan mak, tak terlawannya.

    ReplyDelete