Assalamualaikum
Mata terkebil-kebil dalam gelap. Fikiran jauh melayang. Baru je lepas tengok cerita Korea - Harmony. Antara pelakon yang membintangi cerita ini adalah Kim Yoon-jin, Nah Moon-hee dan ramai lagi.
Cerita ni mengisahkan Jeong-hye (Kim Yoon-jin) seorang anak yatim yang dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun di Penjara Wanita Cheongju kerana mempertahankan dirinya dari terus-menerus dipukul oleh suaminya yang pada masa tu dia juga sedang hamil.
Di dalam penjara, dia melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan banyak keletah. Jeong-hye tahu yang undang-undang di sana tidak membenarkan dia membesarkan anaknya selamanya di penjara. Memandangkan dia sendiri tidak mempunyai ahli keluarga, dia terpaksa serahkan anaknya kepada keluarga angkat apabila tiba masanya nanti.
Dia memilih untuk serahkan anaknya buat selamanya kepada keluarga angkat tersebut demi masa depan yang lebih cerah si anak. Sementara menunggu masa itu tiba, Jeong-hye menubuhkan satu pasukan koir dengan harapan dapat keluar meluangkan masa bersama anaknya di luar penjara walaupun cuma untuk satu hari saja. Atas kesungguhannya, ketua penjara menjanjikan Jeong-hye mengadakan lawatan khas dengan bayinya jika dia berjaya.
Pembawakan setiap watak dalam cerita ni memang sangat berkesan. Mungkin juga sebab kisah kasih-sayang antara ibu dan anak. Yang paling menyentuh hati babak dimana si ibu terpaksa menyerahkan anak kecil kepada orang lain. Tak sanggup tengok sebenarnya. Bilamana si kecil tu menangis dalam dakapan orang lain sementara si ibu mengintai dari luar dengan linangan air mata yang mencurah turun. kemudian watak profesor dibawa keluar untuk jalani ukuman gantung juga menyayat hati.
0 Comments