Berkhatan di KPMC, Kajang

November 25, 2017 Mohaz Sue 2 Comments

Assalamualaikum...

Ada orang nak dikhatankan hari ni. Hihihi.. pagi-pagi lagi mama dah kejutkan diorang. Mama yang over excited yang sebenarnya. Budak berdua tu tak taulah apa perasaannya.   Haha..

Yea yeay..anak-anak mama dah jadi orang bujang..hahaha..(gedik juga mama dia rupanya..huahuahua)

Haziq dan Amar harini turut serta dalam program berkhatan anjuran Majlis Perbandaran Kajang.  Seramai 21 orang kanak-kanak akan dikhatankan harini yang mana berusia seawal 4 tahun sehingga  12 tahun. 

Masing-masing berpakaian baju melayu. Diarak masuk dengan iringan bunga manggar dan paluan bunyi kompang. Kemudiannya ditempatkan dalam khemah utama. Dapat duduk kat tempat YDP nak berucap tu. Kelas korang. Betul-betul diraikan harini. Siap potong pulut kuning lagi.

Lepas sessi ucapan YDP, potong pulut kuning dan bergambar sebelum dikhatankan, acara yang budak-budak ni tunggu pun tiba. Apalagi kalau bukan acara bersiram. Bukan main seronok lagi masing-masing kena sembur air pancuran dengan YDP.

Eh, Si Amsyar pun tumpang sekaki tu. Sikit-sikit dia jalan ke depan kumpulan budak-budak tadi. Apalagi, semua orang gelaklah. Peserta paling kecik yang nak khatan. Haha.. idokle weh! Tak mampu mama nak jaga tiga orang sekaligus nanti.

Sebelumnya papa dia dah tanya ada bawa baju dia ke tak. Memang sentiasa bawa baju spare. Jadi takde masalahlah.  Tak padan dengan saiz dia tu. Sekali kena sembur dengan air tu, nyaris terlentang dia. Mana taknya, tekanan air tu kan kuat. Dia dah la ringan je. Amsyar..Amsyar.. sekali kena sembur terus tak berani dah nak mandi. Dia duduk tepi je lepas tu. Dapat rasa tempias air sikit pun jadilah.

Selesai acara mandi yang meriah tu, dorang tukar baju yang dah diberi. Kemudian kami semua beramai-ramai berjalan kaki ke KPMC Kajang.

3 orang dikhatankan serentak dalam satu bilik mengikut giliran sehingga selesai semuanya. Haziq orang yang keberapa pun mama tak ingat dah. Leka melayan Amsyar main gelongsor yang disediakan kat situ. Tapi nama Haziq dipanggil dulu sebelum  Amar. Papa yang temankan Haziq.

Belumpun Haziq siap, nama Amar pula dipanggil. Nampaknya mama la yang kena teman sambil dukong Amsyar. Dapat masuk bilik tu, mama ambil kesempatan tengok Haziq. Nampak dia tenang je. Tak sakit katanya.  Oklah macamtu. Harap Amar pun nanti macamtu.

Ternyata Amar tak macam Haziq. Bius tak jalan sepenuhnya masa dia kena "potong" tu. Menggeletek juga dia. Sakit tu! Papa tanya doktor tu. Katanya memang ada setengah budak bius lambat jalan. Macam kes Amar 70% je bius dah berkesan. Lagi 30% tu yang pending. Patutlah dia sakit. Meleleh air mata dia. Kesiannya anak mama. Tak sanggup mama tunggu. Jadi mama teman Haziq. Biarlah papa je yang bagi sokongan kat Amar dalam bilik tu.

Dalam kereta masa nak balik tu Haziq dah mula rasa sakit. Silap mama tak bagi dia terus makan ubat masa tunggu Amar siap tadi. Dah dia mengadu sakit baru nak bagi ubat, jawabnya lambatla ubat tu nak berkesan. Tak senang dudukla Si Haziq dalam kereta. Mama pulak tak senang hati. Aduhai..cepatlah ubat buat kerja!

"Tahanla Haziq. Mama dulu beranak lagi sakit. Gunting lagi, jahit lagi. Mana ada bius. Nak bersalinkan Amsyar lagi sakit. Belah perut lagi. Ni sunat potong sikit je" pujuk papa. Tu papa bagi ayat pujuk ke ayat senangkan hati sendiri tu? Huhuhu..

Cepatlah sembuh korang berdua. Mama tak sanggup tengok korang sakit. Hilang dah senyuman ceria masing-masing masa bersiram tadi. Moga cepat tersenyum balik.

2 comments:

Semak Keputusan UPSR Haziq Secara Online?

November 23, 2017 Mohaz Sue 1 Comments

Assalamualaikum...

Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Semalaman tak lena tidur dibuatnya. Mengada ek? Anak yang periksa,   mak yang neves tak agak-agak. Heh..heh..heh

Haziq bangun awal harini. Siap-siap macam biasa. Riak wajah pun biasa-biasa je. Takde pun riak gelabah dan sebagainya. 

"Nak mama datang ke nanti?" Apa punya soalanlah mama tanya kan? Mestilah dia nak. Hari penting dia ni kan. Hari keluarnya keputusan UPSR dia. Sekali je ni seumur hidup. Bukannya ada ulangan lagi dah. 

"Tak payahlah ma. Nanti mama  susah. Nak jaga Amsyar lagi. Nanti dia menangis pulak"  Allahu.. kamu sangat memahami nak.. dalam masa yang sama kamu buat mama terharu.

"Ok macamni.. Haziq bawak handphone ni. Nanti kalau mak ayah kawan-kawan Haziq dah ada yang datang, Haziq sms mama". 

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai sudah dia tak sms pun. Mujur papa dia ingatkan mama dia ni semak keputusan online je. Jadi mama pun cepat-cepatlah semak. 

Hantar sms kat no 15888 tu. Nasib baik no giliran Haziq mama ada simpan kat telefon ni. Kalau tak, tunggu jelah Haziq balik dalam debaran gitu..huhu

"RM0.20 UPSR: Semakan Keputusan UPSR 2017 bermula 10pg,23/11/17. Info lp.moe.gov.my Taip UPSR<jarak>ANGKAGILIRAN & SMS ke 15888. Cth: UPSR AZ1211221"

15 minit selepas hantar sms tu, keputusan pun dah dapat. Syukur Ya Allah. Ternyata Haziq dah buktikan Haziq pun boleh berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Walaupun sebelum tu Haziq cakap Haziq tak yakin, tapi segalanya terbukti harini. Tahniah sayang. Berbaloi segala usaha yang Haziq dah buat selama ni. Alhamdulillah...

1 comments:

Hari graduasi Haziq

November 18, 2017 Mohaz Sue 1 Comments

Assalamualaikum..

Hari yang ditunggu dah tiba. Kemain awal pagi budak Haziq dah bangun. Semangat ooo nak graduate. Hehe.. Lepas siap-siap pakai baju melayu, pakai samping, terus nampak hensem. Eh, tak percaya? Nah belanja gambar.. hensem kan? Ngehngehngeh.. nilah baju yang beli kat Nilai 3 tu.



Pagi ni cuma penyampaian skroll je. Malam nanti ada jamuan akhir tahun khas untuk pelajar saja pula. Habis dah zaman sekolah rendah Haziq. Lepas ni masuk sekolah menengah pulak.



Grand betul graduasi budak-budak darjah 6 sekarang ni. Zaman mama dulu nan hado  graduasi macam ni. Diorang siap berjubah macam kat universiti oooo.. mama is jeles!


Amar tak dapat ikut harini. Tiba-tiba demam pulak. Nak rehat kat rumah je katanya. Okaylah. Lagipun kalau dia ikut bukan dia boleh buat apa. Cuaca pun panas ni. Budak Amsyar pun kemain ligat berjalan sana-sini. Mujur ada foyer lapang boleh lepak sementara tunggu acara habis.





Ikutkan tentatif, acara habis pukul 12.30 tghari. Tapi mujurlah habis awal. Tak tahan beb.. panas! Amsyar pun dah mula meragam. Jadi jomlah balik.

1 comments:

Misi mencari baju melayu dikala bukan musim raya

November 17, 2017 Mohaz Sue 1 Comments

Assalamualaikum...

Esok hari graduasi si Haziq. Haritu kalutlah dok mencari baju melayu. Sebab esok kena pakai baju melayu. Raya baru2 ni diorang takde baju melayu sebab dah beli kurta. Ni majlis graduasi tiba-tiba kena pakai baju melayulah pulak.. uishhhhh.. mana nak cari baju melayu ni? Bukan musim raya dah ni..pergi dah cari kat pasaraya yang terdekat ni. Tapi orang dah simpan stok untuk tahun depan pulak...alaaaa masak!

Gigih mama cari kat online. Ada tu ada. Tapi harga agak mahal juga. Suami pulak ragu-ragu dengan kualiti kain. Memang patut pun. Sebab dah terkena okay. Beli online sekali dapat, kainnya nipis amat. Huhu..sadis!

Tiba-tiba tergerak hati nak pergi cari kat Nilai 3. Orang kata semua barang ada kat situ. Okay..nanti kita pergi terjah. Harap-harap ada.

Sampai Nilai 3, berpusing-pusing juga mencari kedai yang ada jual baju melayu. 2-3 kedai kami masuk, tapi yang ada cuma baju melayu untuk dewasa je. Haish...mencabar juga cari baju melayu budak-budak ni.

Akhirnya teringat satu bazaar yang ada kat dalam Nilai 3. Tak silap kat situ ada jual baju-baju ni semua. Sekali lagi memusing cari bazaar pulak. Haha..boleh pulak sesat dalam Nilai 3 tu.

Akhirnya jumpa juga. Masuk-masuk je dah nampak kedai no 2 sebelah kiri ada bergantung banyak baju melayu dari saiz baby hingga dewasa. Syukur alhamdulillah.. kaki mama pun dah lenguh berjalan ni.

Tokey kedai cakap, baju-baju tu semua baru je ambil dari tukang jahit. Baru je gantung. Kalau tengok pun memang yakinlah. Sebab nampak kemas dan bersih. Takde habuk pun. Jahitan pun kemas. Kain pun sejuk. Memang puas hati. Banyak pilihan pun ye. Harga? Berbaloi weh... murah amat! Dapat diskaun lagi tu! RM45 je sepasang. Suka suka! Hihi..

Haziq pilih warna emerald green. Sampai kat rumah terus pakai satu set siap bersamping. Memang sesuai dengan dia baju tu. Alahai..dah bujang anak mama. Nampak hensem pulak. Sekejap je masa berlalu.

Macam tak percaya nilah budak yang doktor saspek ada leukimia, talasemia, tibi.. blablabla... yang rupa-rupanya cuma demam sebab tumbuh gigi 5 batang masa umur setahun dulu. Alhamdulillah.. Haziq sihat. Mama doakan selalu sihat hendaknya. Semoga Allah berikan segala kebaikan buatmu di dunia dan di akhirat. Aamiin.. esh.. sebak pulak. Apapun habis graduasi ni, 25hb nanti pergi sunat pulak ye.. kihkihkih.. get ready kena sembur dengan pakcik bomba.

Eh, mana nak cari baju melayu macam Haziq? Haaa... Boleh call tokey kedai yang baik hati ni. Boleh tanya dulu sebelum datang tu nak baju apa, size dan warna apa. Senang dia boleh carikan. Kalau ada, boleh terus pergi ambil. Minyak dah mahal ni weh.. bijak-bijaklah atur perjalanan ye.

Nama tokeynya Kak Mariha. No telefon: 0176173605. Akak ni sporting dan baik sangat. Dah lama dia meniaga kat situ. Dari tak ramai orang sampai dah penuh orang, dia masih di situ. Trusted seller senang cerita. Tapi jangan mintak dia poskan pulak ye. No COD, no post. Sendiri pergi ambik hokay. Gambar takdelah. Lupa nak ambik gambar. Ngeee..

1 comments:

Apam kek kukus gebu guna blender

November 16, 2017 Mohaz Sue 1 Comments

Assalamualaikum

Harini Amar ada jamuan akhir tahun sekolah agama dia. Beriya minta belikan air karbonat nak bawa ke jamuan tu. Alamak.. takkan nak bawa air je kan? Hmm... nak buat menu apa ni ye?

Fikir punya fikir, bahan-bahan yang ada kat rumah ni bolehla buat apam kek ni. Nak buat pun bukan susah. Guna blender je. Nak cuba buat? Meh Moha kongsi resepi senang giler ni.


Apam Kek Kukus

Bahan A
1/2 cawan gula perang (kalau takde boleh guna gula pasir)
3 biji telur gred A
1 sdk esen vanilla
1/4 sdk garam
1 sdb ovallet


Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder


Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.

2. Masukkan bahan A ke dalam blender. Kisar sehingga gebu berwarna putih. Kalau blender biasa (bukan heavy duty), kisar sekejap-sekejap. Kang rosak pulak blender tu.) Dah gebu tu, bolehla pindahkan ke mangkuk yang lebih besar.

3. Masukkan bahan B sikit-sikit dan kaup balik.

4. Asingkan beberapa bahagian jika hendak campur pewarna. Masa ni boleh panaskan periuk kukus dengan api besar.

5. Tuang dalam acuan yang dah dilenserkan minyak terlebih dahulu. Tutup permukaan acuan dengan plastik dan kukus selama 20 minit dengan api besar.

Siap kukus apam kek ni, si Amsyar terus cakap "yeay!". Tak menyempat apam tu sejuk dia dah mintak. Makanya bagilah dia sepotong. Habis sepotong, mintak lagi.. alamak! Tak cukup nampaknya Amar nak bawak ke sekolah macam ni. Nak buat lagi, perkakas dah simpan.

Terpaksa juga akhirnya buat sebiji lagi. Amsyar dah makan suku bahagian pun. Siap sendawa lagi..huhuhu...suka betul dia makan apam kek ni. Mana taknya, tekstur kek lembut dan gebu. Tak manis sangat. Tak muak makan. Tak rasa tercekik pun.

Nasib baiklah nak buatnya pun mudah. Bolehla korang cuba buat untuk sarapan atau minum petang pulak. Kalau nak guna mixer pun takde masalah. Lagi cepat siap. Yang penting adunan tu gebu, putih dan ringan. InsyaAllah menjadi punyalah apam kek tu. Mesti tak menyesal punya. Selamat mencuba..

1 comments:

Harmony

November 08, 2017 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum
Mata terkebil-kebil dalam gelap. Fikiran jauh melayang. Baru je lepas tengok cerita Korea - Harmony. Antara pelakon yang membintangi cerita ini adalah  Kim Yoon-jin, Nah Moon-hee  dan ramai lagi.


Cerita ni mengisahkan Jeong-hye (Kim Yoon-jin) seorang anak yatim yang dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun di Penjara Wanita Cheongju kerana mempertahankan dirinya dari terus-menerus dipukul oleh suaminya yang pada masa tu dia juga sedang hamil.
Di dalam penjara, dia melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan banyak keletah.  Jeong-hye tahu yang undang-undang di sana tidak membenarkan dia membesarkan anaknya selamanya di penjara. Memandangkan dia sendiri tidak mempunyai ahli keluarga, dia terpaksa serahkan anaknya kepada keluarga angkat apabila tiba masanya nanti.
Dia memilih untuk serahkan anaknya buat selamanya kepada keluarga angkat tersebut demi masa depan yang lebih cerah si anak. Sementara menunggu masa itu tiba, Jeong-hye menubuhkan satu pasukan koir dengan harapan dapat keluar meluangkan masa bersama anaknya di luar penjara walaupun cuma untuk satu hari saja. Atas kesungguhannya, ketua penjara menjanjikan Jeong-hye mengadakan lawatan khas dengan bayinya jika dia berjaya.
Pembawakan setiap watak dalam cerita ni memang sangat berkesan. Mungkin juga sebab kisah kasih-sayang antara ibu dan anak. Yang paling menyentuh hati babak dimana si ibu terpaksa menyerahkan anak kecil kepada orang lain. Tak sanggup tengok sebenarnya. Bilamana si kecil tu menangis dalam dakapan orang lain sementara si ibu mengintai dari luar dengan linangan air mata yang mencurah turun. kemudian watak profesor dibawa keluar untuk jalani ukuman gantung juga menyayat hati.

0 comments: