Advertisement

Misi mencari baju melayu dikala bukan musim raya

Assalamualaikum...

Esok hari graduasi si Haziq. Haritu kalutlah dok mencari baju melayu. Sebab esok kena pakai baju melayu. Raya baru2 ni diorang takde baju melayu sebab dah beli kurta. Ni majlis graduasi tiba-tiba kena pakai baju melayulah pulak.. uishhhhh.. mana nak cari baju melayu ni? Bukan musim raya dah ni..pergi dah cari kat pasaraya yang terdekat ni. Tapi orang dah simpan stok untuk tahun depan pulak...alaaaa masak!

Gigih mama cari kat online. Ada tu ada. Tapi harga agak mahal juga. Suami pulak ragu-ragu dengan kualiti kain. Memang patut pun. Sebab dah terkena okay. Beli online sekali dapat, kainnya nipis amat. Huhu..sadis!

Tiba-tiba tergerak hati nak pergi cari kat Nilai 3. Orang kata semua barang ada kat situ. Okay..nanti kita pergi terjah. Harap-harap ada.

Sampai Nilai 3, berpusing-pusing juga mencari kedai yang ada jual baju melayu. 2-3 kedai kami masuk, tapi yang ada cuma baju melayu untuk dewasa je. Haish...mencabar juga cari baju melayu budak-budak ni.

Akhirnya teringat satu bazaar yang ada kat dalam Nilai 3. Tak silap kat situ ada jual baju-baju ni semua. Sekali lagi memusing cari bazaar pulak. Haha..boleh pulak sesat dalam Nilai 3 tu.

Akhirnya jumpa juga. Masuk-masuk je dah nampak kedai no 2 sebelah kiri ada bergantung banyak baju melayu dari saiz baby hingga dewasa. Syukur alhamdulillah.. kaki mama pun dah lenguh berjalan ni.

Tokey kedai cakap, baju-baju tu semua baru je ambil dari tukang jahit. Baru je gantung. Kalau tengok pun memang yakinlah. Sebab nampak kemas dan bersih. Takde habuk pun. Jahitan pun kemas. Kain pun sejuk. Memang puas hati. Banyak pilihan pun ye. Harga? Berbaloi weh... murah amat! Dapat diskaun lagi tu! RM45 je sepasang. Suka suka! Hihi..

Haziq pilih warna emerald green. Sampai kat rumah terus pakai satu set siap bersamping. Memang sesuai dengan dia baju tu. Alahai..dah bujang anak mama. Nampak hensem pulak. Sekejap je masa berlalu.

Macam tak percaya nilah budak yang doktor saspek ada leukimia, talasemia, tibi.. blablabla... yang rupa-rupanya cuma demam sebab tumbuh gigi 5 batang masa umur setahun dulu. Alhamdulillah.. Haziq sihat. Mama doakan selalu sihat hendaknya. Semoga Allah berikan segala kebaikan buatmu di dunia dan di akhirat. Aamiin.. esh.. sebak pulak. Apapun habis graduasi ni, 25hb nanti pergi sunat pulak ye.. kihkihkih.. get ready kena sembur dengan pakcik bomba.

Eh, mana nak cari baju melayu macam Haziq? Haaa... Boleh call tokey kedai yang baik hati ni. Boleh tanya dulu sebelum datang tu nak baju apa, size dan warna apa. Senang dia boleh carikan. Kalau ada, boleh terus pergi ambil. Minyak dah mahal ni weh.. bijak-bijaklah atur perjalanan ye.

Nama tokeynya Kak Mariha. No telefon: 0176173605. Akak ni sporting dan baik sangat. Dah lama dia meniaga kat situ. Dari tak ramai orang sampai dah penuh orang, dia masih di situ. Trusted seller senang cerita. Tapi jangan mintak dia poskan pulak ye. No COD, no post. Sendiri pergi ambik hokay. Gambar takdelah. Lupa nak ambik gambar. Ngeee..

Post a Comment

1 Comments

  1. baru nak tanya kak moha, gambar mana? hehehe...kalau dapat yg berkualiti harga pun cun memang puas hati sgt

    ReplyDelete