Advertisement

Buffet Ramadhan @ PICC Malaysia



Assalamualaikum....


Tak lama je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Tentunya banyak Restoran yang menyediakan hidangan berbuka puasa kan? Alhamdulillah....Moha berpeluang ikut serta merasa Buffet Ramadhan hidangan Restoran Pot&Pan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Juadah yang disediakan berkonsep International Iftar iaitu pelbagai jenis hidangan antarabangsa dan hidangan juadah warisan melayu.



Bau semerbak dari luar je dah buat selera terbuka...bila nampak pula pelbagai jenis makanan di depan mata, Ya Allah...syukur masih diberi nikmat untuk merasa semua ni.. semuanya nampak menyelerakan dan sedap-sedap belaka.

Buat pertama kalinya 3 sajian utama ini dihidangkan dan dijangka bakal menjadi tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa di PICC nanti iaitu Nasi Beriyani Buloh, Kaki Lembu Panggang dan juga Ikan Bakar Istimewa.

Ketiga-tiga hidangan ini mempunyai keistimewaan tersendiri yang pastinya membuatkan pengunjung teringin untuk merasai kelainannya.

Nasi Briyani Buloh

Kaki Lembu Panggang
Ikan Bakar Istimewa

Selain 3 menu utama ini, terdapat juga pelbagai menu lain. Antaranya Kari Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato & Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis, Nasi Dagang, Nasi Kerabu bersama Ayam Percik, Solok Lada dan Daging Panggang, makanan Arab, aneka mee dan aneka jenis sup seperti sup ekor.

Team Chef  Anuar (5 dari kiri) - credit pic : Restoran Pot&Pan, PICC
Sambil menjamu selera tu, pengunjung juga akan dihiburkan oleh artis undangan iaitu Rosma AF yang akan membuat persembahan bagi memeriahkan waktu berbuka puasa di PICC.
Tetamu dihiburkan dengan persembahan Rosma - credit pic: Restoran Pol&Pot, PICC
Chef sediakan pencake

Credit pic : Restoran Pot&Pan, PICC



Credit pic : Restoran Pot&Pan, PICC

Selain menu yang sedap-sedap tadi, pelbagai jenis kuih-muih pencuci mulut turut disajikan...tinggal pilih mana yang berkenan. Pengat nangka pun adaaaa....iskk...sungguh tak tau nak makan mana satu..semua nampak sedap!! Meh tengok gambar-gambar ni kalau tak percaya..





Restoran Pot&Pan menawarkan promosi Bufet Ramadhan dengan potongan sebanyak 15% bagi pelanggan terawal bermula pada 13 April sehingga 15 Mei 2017, manakala potongan sebanyak 20% pula bagi tempahan secara online yang akan dibuka pada 21 April sehingga 15 Mei 2017.

Eh, lupa pulak nak bagitau....harga bufet yang ditawarkan adalah RM98 bagi dewasa dan RM49 seorang bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Lebih 12 tahun kira dewasa ye...standard la tu...yang umur bawah 6 tahun, PERCUMA!!!.

Kalau belum pernah jejakkan kaki ke PICC, inilah masanya! Seronok...tempat pun cantik...fasiliti pun lengkap.

Nak tempah atau nak maklumat selanjutnya boleh hubungi Cik Kumari yang cantik, mesra dan peramah orangnya di talian 03-8887 6000. Nak email pun boleh... hantarkan ke kumari.nahu@picc.com.my

Nak tengok laman web rasmi,  klik je ni www.picc.com.my atau terjah je ke Facebook mereka iaitu di, www.facebook.com/piccmalaysia. Senang je kan?

Nak alamat? Ni alamatnya....

Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd,
Putrajaya International Convention Centre PICC,
Presint 5, 62000 Putrajaya.

Kalau takut sesat atau ragu-ragu gitu, guna je waze atau google map..taip saja PICC...pastu ikut je arahan kompom sampai..insyaAllah...

Tak lama dah ni nak puasa....

Selamat Menyambut Ramadhan ye.... Selamat berpuasa..

Post a Comment

0 Comments