Advertisement

Diari

Assalamualaikum...selamat pagi..

Masa kecik2 dulu Moha suka tulis diari...tapi taklah konsisten setiap hari menulis....

Masuk sekolah menengah semakin berminat menulis diari. Siap beli buku nota khas untuk tulis kisah hidup setiap hari. Lengkap dengan maklumat diri. Adalah butiran terperinci termasuk makanan dan minuman kegemaran...haha...tak sangka dulu suka minum nescaffe "O" ais. Sekarang dah tak suka sangat...rugi weh minat sejenis air je..hahaha

Biasanya korang tulis apa kat diari? Moha masa sekolah menengah dulu, masa tingkatan 4 dan 5, arwah mak dan arwah bak meniaga kat Penyabong. Dorang duduk sana...tak duduk rumah sekali dengan Moha kat Mersing tu. Seminggu sekali dorg balikla jenguk anak2 (Moha dengan abang bongsu) kat rumah sambil tambah bekalan makanan dan duit belanja kami berdua.

Masa ni memang sunyi hidup Moha rasanya...sebab tu Moha selalu tulis diari. Meluah rasa pada sekeping kertas yang takde perasaan...pergi sekolah sendiri, balik sekolah sendiri..abang Moha dengan kehidupan dialah....malam baru balik rumah...tapi kami agak rapat juga..dah tinggal berdua je kan....kadang2 sengaja Moha lepak di perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam..baca buku atau siapkan kerja sekolah. Kalau masa tu ada duit belanja lebih, dapatlah  balik sekolah naik bas...kalau tak cukup, menapaklah jalan kaki...jauh juga...tapi dah biasa...sambil jalan, toleh2 juga ke belakang...kot2lah ada orang nak bagi tumpang...masa tu langsung tak takut orang culik ke apa....tak terfikir pun..sekarang jangan.....bahaya dah buat gitu...orang yang dipercayai pun boleh buat onar...apalagi orang yang kita tak kenal langsung...waspada selalu...

Masa belajar kat UPM pun rajin gak menulis diari ni. Ada satu kelab usahawan yang Moha join tu ada satu buku log panjang khas untuk ahli2 tulis apa2 sahaja...nak conteng ke, menulis diari ke, puisi ke, surat pada ahli lain ke...tulis je kat situ..tapi buku tu semua orang boleh baca dan tulis balik komen2 kat hasil kerja sesapa pun kat buku tu...so pandai2lah guna...fikir2 balik samalah macam konsep fb sekarang....up status, nt kawan2 komen..hihihi....Moha antara penyumbang terbesar dlm buku tu...macam buku sendiri plk...sampai adalah suara yg berbunyi....woiiiii bawak balik bilikla...kihkihkih....Moha tau dorang bergurau...rindu dorang sangat2...antara kelab paling aktif masa tu di Kolej Moha...Kelab Usahawan 7 (KUP7). Banyak aktiviti kami buat..hubungan akrab dah macam adik-beradik. Setiap hari mesti nak lepak kat kedai KUP7 sebab nak jumpa kawan2 yang sporting ni...

Sekarang ni kebanyakannya dah berkeluarga. Ada juga yang berkhawin sesama ahli tau....hihi...dah jodoh kan? Alhamdulillah.....

Moha? Jodoh tertulis dengan orang yang takde kena mengena langsung dengan sekolah, kolej, fakulti, upm, negeri, ataupun tempat kerja..... sampai tok kadi pun heran...macamana Moha boleh berkenalan dengan suami...shhhh...itu nantilah ye...hihihi...

Oklah...nak sambung buat kerja rumah pulak...

"Dear Diary, do you know how much i missed them? I miss them a lot.....will miss till the end of my life"



Post a Comment

0 Comments