Assalamualaikum.....
Badan Amsyar sekarang semakin susut. Makan pun tak banyak mana. Mungkin juga sebab dia aktif dan lasak. Baru-baru ni bawa dia ke Klinik Kesihatan untuk checkup biasa. Graf berat Amsyar tak naik sangat. Tak pasal-pasal kena dengar 'ceramah'.
Kesian dia... sekarang ni makin kuat dia meragam. Mungkin sebab lapar atau tak puas menyusu. Nak buat macamana lagi pun tak taulah..
Bila suap dia makan setakat dua tiga suap je yang dia nak makan. Macam-macam menu dah Moha sediakan untuk dia. Tapi tetap makan sikit je.. sekarang ni susu mama dia pun dah semakin berkurangan untuk dia. Ada juga cuba beri dia susu formula dari sampel-sampel yang pernah dapat sebelum ni dan juga susu formula yang dibeli. Tapi dia tak nak minum lah pulak....
Tak suka naik ni rupanya |
Akhirnya susu yang dah bancuh tu mama dia jugakla yang minum..huhuhu....sayang oiiii....nampaknya kena usaha kuat lagilah nak tambah susu badan ni.
2 Comments
makan banyak banyak ye amsyar :3
ReplyDeletehttp://www.eecashyaa.com/
hai amsyar
ReplyDelete