Advertisement

Jom Main Permainan Komputer Klasik

Assalamualaikum.....

Korang pernah main Solitaire? Ala... game yang ada kat komputer tu la. Zaman mula-mula kerja dulu kan, kalau tak kemana waktu rehat, Moha habiskan masa rehat tu main game kat komputer macam  Solitaire tu. Seronok juga susun-susun kad ikut turutan nombor ni.


Peraturan game ni pun mudah je. Kita cuma perlu susun kad berselang-seli antara warna merah dan hitam secara menurun bermula dari kad King kemudian Queen, Joker, diikuti nombor 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2 dan akhirnya 1. Macam senang je kan?

Tapi ada juga cabaran dia. Kad-kad ni disusun secara automatik dan akan dibuka selepas kita klik pada kad yang tertutup tu. Kalau ada kad yang boleh disusun, kita klik pada kad tu dan seret ke bawah dan susun di atas kad yang sepadan. Jika tiada, klik lagi sehingga jumpa kad yang dikehendaki. Kalau kalah takpe, boleh mula sekali lagi. Tapi bila menang tu, memang puas hati sangatlah.
Selain Solitaire, Moha suka juga main Chess, Hidden Object, Zuma, Word Search, Simulation Games dan lain-lain lagilah. Semua jenis game yang jenis santai la kata orang. Sekadar nak menghabiskan masa lapang dan tak payah nak kerah tenaga.  Korang pernah main tak?

Sekarang ni naik main kat telefon pun dah boleh dah. Boleh main game kat mana-mana dan bila-bila masa je. Asalkan jangan terlalu leka sampai menjejaskan rutin harian sudahlah ye. 

Post a Comment

0 Comments