Resepi Ikan Siakap Kukus Lemon Paling Senang Tapi Sedap

 Assalamualaikum.. 

Sekarang ni Moha memang tak keluar ke mana-mana langsung. Keluar rumah pun setakat depan rumah je nak ambil barang. Barang shopping online la apalagi... huhuhu.. 

Baru-baru ni Moha ada beli ikan segar dari jiran setaman ni ha.. dia jual secara pakej. Ada 5 pakej bermula dari rm30 hinggalah rm60. Moha pilih pakej kedua.. dalam tu ada ikan kembung 1/2 kg, ikan siakap seekor, ikan sardin 1/2 kg dan lala sekilo. Memang puas hatilah sebab semua ikan segar-segar. 

Kitorang ni kalau ikan siakap, kitorang suka masak cara kukus berlimau jela. Sebab suka tekstur kulit ikan yang lembut boleh ratah sampai betul-betul tinggal tulang je. Mungkin juga sebab cara masak dia paling mudah kalau nak banding resepi yang lain.

Ini cara Moha la ye.. lain orang lain cara.. ikutlah citarasa masing-masing kan..

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS DENGAN LEMON


1 ekor Ikan Siakap
1 biji lemon - hiris 4 keping untuk letas atas ikan, selebihnya perah ambil jus
2 ulas bawang putih - cincang
1 sdk garam halus
2-3 biji cili api - diketuk
1 sdk Tumix
1 sdb sos plum
1 sdk tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
3/4 cawan air

Sedikit daun salad, daun bawang dan daun ketumbar - hiris daun bawang dan daun ketumbar untuk hiasan

Ikan tu dibersihkan terlebih dulu dan kukus sehingga masak. Dah masak, angkat dan letak dalam bekas. Susun lemon yang dihiris atas ikan. Asingkan.
Rebus semua bahan kecuali ikan dan bahan hiasan. Dah mendidih, matikan api dan terus curah atas ikan. Dah pun siap.. senang je kan?

Selamat mencuba!


Cermin Mata Anti Blue Light OPTOM Khas untuk Kanak-kanak



Memandangkan sekarang tak boleh ke sekolah, kebanyakan masa Amsyar dihabiskan dengan gajet. Sekejap guna handphone, sekejap guna iTab. Bila bosan, dia tengok tv pula..

Risau mata dia rosak akibat terlalu lama terdedah dengan cahaya biru dari skrin gajet tu, Moha minta dia pakai Cermin Mata Anti Blue Light khas untuk kanak-kanak dari OPTOM Eyecare, Bangi. 

KEISTIMEWAAN CERMIN MATA ANTI BLUE LIGHT OPTOM

Sewaktu Moha dan suami membuat pemeriksaan mata di OPTOM Eyecare Bangi, optometrist mereka juga ada memberikan penerangan mengenai kelebihan cermin mata untuk kanak-kanak seperti berikut: 


Melindungi Mata Anak dari Bahaya Cahaya Biru

Cermin mata kanak-kanak OPTOM diyakini mampu mengurangkan keletihan mata dan melindungi mata anak-anak dari cahaya biru yang berisiko tinggi menjadi punca kerosakan mata.


Pelbagai Pilihan Menarik
Terdapat banyak pilihan warna dan design bingkai cermin mata yang menarik untuk dipilih mengikut citarasa anak-anak. Warna dan design cermin mata yang menarik pastinya akan membuat anak lebih teruja untuk memakainya.

Ringan dan Selesa Dipakai
Cermin mata OPTOM direka dengan material yang ringan agar anak-anak selesa memakainya dan dapat menjadikan pemakaian cermin mata ini sebagai habit setiap kali menggunakan gajet, laptop atau ketika menonton tv. 

Bingkai Cermin yang Flexible
Rekabentuk bingkai dan tangkai yang mudah lentur amat bersesuaian dengan sifat anak-anak yang aktif dan lasak. Taklah kita rasa risau cermin mata tu patah dan sebagainya.

Rekaan Fitting Frame-Face
Cermin mata untuk kanak-kanak ini juga menggunakan rekaan fitting frame-face agar cermin mata tidak mudah tertanggal walaupun ketika dia sedang beraktiviti lasak.


Mula-mula nak bagi dia pakai cermin mata ni, Moha suruh dia pilih sendiri bingkai mana yang dia suka. Yelah, dia yang kena pakai. Jadi biarlah dia rasa istimewa sikit dapat pakai cermin mata pilihan dia tu. Pilih punya pilih, akhirnya hitam dan merah menjadi pilihan hati..


Bila dah dapat cermin mata yang dipilih, bukan main suka lagi dia! Senyum sampai ke telinga! Hihihi.. tengoklah muka teruja tapi malu dia tu!

Jika korang nak dapatkan cermin mata ni juga, boleh layari laman sesawang OPTOM dan media sosial mereka untuk maklumat lanjut ye.