Advertisement

Russel Taylors Bread Maker



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya Moha beli juga Bread Maker ni selepas lama betul buat pertimbangan. Hahaha.. bukan apa, takut dah beli lepas tu tak pakai. Membazirlah pulak. Tapi bila teragak nak buat roti ke apa, dah dok mikir lenguh tangan kang nak menguli tepung. Masa tulah baru terfikir alangkah bagusnya kalau ada bread maker. Huh, ngada memang!!

Gambar dari Google


Sebenarnya Moha target bread maker brand Tesco. Sebab kakak ipar Moha cakap brand ni ok. Nak cari sparepart pun senang. Tapi sekak-sejak PKP ni, Moha malas nak ke Tesco. Jadi gigihlah cari kat shop online. Tapi malangnya tak jumpa pun bread maker jenama Tesco ni.

Mungkin dah rezeki Moha agaknya, kebetulan masa sale 7.7 tu sempatlah Moha beli bread maker jenama Russel Taylors ni. Harganya RM199 kira oklah. Still dalam bajet Moha. Malas dah Moha nak tangguh-tangguh atau fikir lagi. Nanti duitnya habis kat benda lain. Biasanya camtulah.. simpan duitnya untuk lain, habisnya kat benda lain... Pastu menyesal... huhuhu.. perangai sangat!!

Tunggu nanti dah ada mood nak meroti, Moha kongsi pengalaman guna bread maker ni ea.

Post a Comment

1 Comments

  1. kalau memang selalu buat okay je invest beli bread maker..
    kalo macam saya ni yang tahu makan je mmg x berbaloi beli hehe..

    ReplyDelete