Assalamualaikum..
Tanpa disangka, tiba-tiba harini dapat satu parcel. Tengok bungkusan je pun hati dah berbunga riang. Mana taknya, barang yang ditunggu-tunggu dah sampai. Anak-anak macam biasalah.. "Apatu.. apatu?" Hehe.. diorang pun tumpang excited nak tengok apa benda yang mama dia dapat tu. Tak buang masa, terus laju tangan buka bungkusan yang diterima.
Tarraaa.... Wah! Lawanya kotak Athea ni! Sempena bulan Ramadhan ni Althea keluarkan kotak khas (limited edition gitu) untuk setiap peminatnya. Prihatin kan? Sesetengah brand jarang titik beratkan pada packaging camni. Sedangkan ini juga salah satu daya tarikan pembeli berminat untuk mencuba. Kotak yang cantik dah kuat macamni kan bagus.. sampai pada pelanggan pun dalam keadaan elok tak kemek ataupun koyak. Dah tentu produk di dalamnya pun selamat dan tak rosak. Kotak tu pun boleh digunapakai semula isi produk kosmetik ke, alatulis ke, koleksi masker ke, haa macam-macam lagilah. Taklah barang-barang tu bersepah kan? So, apa isi kat dalam box ni? Haaa.. meh nak tunjuk..
Ada 4 barang dalam box ni....
Cute and sweet la meringue puff ni. Warna dia lembut je. Macam desert pulak. Dahlah comel, mudah pulak nak guna, senang nak cuci pun ye.
Yang ni memang menarik! Mudah nak guna sebab dalam bentuk stick. Gosok-gosok je kat bahagian muka yang ada blackhead tu. Senang!!
💖 A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet - pH balancing
💖 A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet - pH balancing (whitening effect)
💖 A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet - pH balancing (wrinkle improvement effect)
💖 A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet - pH balancing
Favourite Moha mask macam ni. Suka pakai mask camni sebab lepas guna nanti kulit muka rasa lebih segar. Macam baru lepas buat treatment kat spa. Hihi..
Kalau korang nak try, korang boleh check out kat website @altheakorea sebab sekarang tengah ada sale tau.
1 Comments
Lama dah dok mencari blackhead blaster, just gosok gosok kat muka je. Terima kasih Mohazsue
ReplyDelete