Ikut papa pergi kerja

January 03, 2019 Mohaz Sue 1 Comments



Assalamualaikum.....

Seronok dia dapat apa yang dia nak.

Harini join suami ke pejabat Nilai Harta Consultancy di Bangi. Ada training untuk perunding hartanah yang baru. Lagipun Amsyar beriya sangat nak ikut papa dia pergi kerja. So bagilah dia merasa suasana kerja tu macamana. Kalau dia dah tau, mungkin lepas ni tak merengek nak ikut lagi dah. 

Sambil tu dapat tolong suami buat kerja sikit, Bukan kerja berat pun. Tolong fotostat je..huhu.. tapi sejak dah bertahun tinggal kerja-kerja pejabat ni, terkial-kial jugalah nak handle mesin fotostat tu. Mesin pula jenis baharu. Tambahan pula kalau nak buat salinan depan belakang.. 4-5 kali cuba baru menjadi. 

Dah agak Si Amsyar mesti bosan punya kat office ni. Tapi alhamdulillah, dia tak meragam. Lepas menyusu, dia pun tidur. Lagi mudahlah nak buat kerja. Kalau camni punya behave, next time bolehlah bawa lagi. 

Habis training dah agak senja. Singgah gerai tepi jalan beli ayam goreng dan burger yang Amsyar nak dan makan di restoran mamak sekejap. Kemudian terus balik. Tak sabar nak rehat, uish.. apesal penat sangat ni? Huhuhu... 


You Might Also Like

1 comment: