Assalamualaikum..
Alhamdulillah, kakak Moha dah discharge dari wad selepas beberapa hari ditahan sebab tekanan darah yang terlampau tinggi. Keputusan dari ujian yang dibuat, selain tekanan darah tinggi, kolestrol kakak juga agak tinggi. Disebabkan penyakit ni jugalah arwah mak dulu kena strok dan akhirnya terlantar atas katil tak mampu bercakap, bergerak dan makan seperti biasa lagi selama 5 tahun sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mungkin dulu Moha terlalu yakin yang kami adik-beradik takkan mewarisi penyakit ni. Yelah, setiap kali mengandung dulu, tak pernah kena pun darah tinggi. Darah rendah tu keraplah. Tapi bila kakak Moha tiba-tiba kena darah tinggi ni, risaulah pula. Moha tak nak kena penyakit ni!
Jadi Moha cuba nak amalkan minum jus Alam Natura ni yang mengandungi 6 bahan asli iaitu halia, bawang putih, lemon, kurma, cuka apple dan madu asli yang tinggi khasiat bagi menambah tenaga, melawan kolestrol jahat, menstabilkan tekanan darah dan juga baik untuk kesihatan jantung kita. Jus Alam Natura mempunyai rasa masam, manis dan sedikit pedas dari halia. Sangat mudah ditelan pastinya. Jadi tak boleh nak bagi alasan lagi lah tak boleh minum dan sebagainya.
Jus diproses secara manual
Penyediaan jus Alam Natura ini diproses secara manual bermula dengan pemilihan bahan yang berkualiti tinggi dan segar, dikupas kulit, dikisar halus dan dimasak dengan menggunakan periuk kaca bagi menjamin kualiti yang terbaik.
Botol kaca yang cantik
Jus yang telah siap dimasak, dimasukkan sebanyak 300ml ke dalam botol kaca yang cantik dengan label Alam Natura ini supaya kualiti jus kekal berkhasiat.
Founder Alam Natura
Jus ini diolah resepinya, disediakan dan diamalkan sendiri oleh foundernya Encik Zahrul Alam yang lebih selesa dipanggil Uncle. Menurut Uncle, dia sendiri telah mengamalkan minum ramuan jus ini sejak 2 tahun lepas bertujuan mencegah dari menghidapi penyakit yang sama dihidapi oleh 5 daripada 6 orang abangnya yang ada masalah jantung. Setelah merasakan sendiri kesannya, akhirnya terhasillah jus Alam Natura ini untuk memudahkan semua orang mendapat khasiatnya.
Cara minum jus Alam Natura
Sebaiknya dijadikan amalan minum jus Alam Natura ini satu sudu besar setiap pagi dan malam semasa perut kosong, tapi kalau ada masalah gastrik, boleh diminum selepas makan. Selepas botol dibuka, simpan di dalam peti sejuk supaya jus tahan lama kerana jus ini tidak-tidak mengandungi bahan pengawet sama sekali.
Nak beli dimana?
Ok, korang boleh je terus hubungi Uncle di nombor ni, 013-329 3707. Nanti uncle akan poskan ke alamat yang korang request. Nak tengok lebih info? Boleh tengok di facebook Alam Natura dan instagram Uncle Alam.
*Go natural, choose Alam Natura, resepi kesihatan alam semulajadi*
2 Comments
Khasiat dia memang mantop!
ReplyDeletebagus ni..boleh bagi husbnd minum..
ReplyDelete