Apa Susah? Guna Sajalah Khidmat Penghantaran Mesra Lazz Susu Kambing

December 23, 2018 Mohaz Sue 8 Comments



Assalamualaikum...

Pakaging baru.. ada gambar Omar dan Hana!! Anak-anak mesti teruja nak minum bila nampak 2 watak terkenal ni 😃

Bagi sesetengah orang, mereka berpendapat penyusuan badan patut dihentikan selepas anak berusia dua tahun setengah kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai makanan utama atau pembekal nutrien untuk membesar. Juga memberi ruang kepada ibu-ibu untuk merasa lebih selesa untuk mengandung semula.



Namun begitu, para doktor tidak pula menghalang penyusuan badan bagi anak yang melebihi umur dua tahun kerana ianya tidak memudaratkan kesihatan si anak malah turut membantu mencegah penyakit kanser rahim terhadap si ibu dan mengeratkan lagi hubungan keduanya.


Walaupun umur Amsyar sekarang dah masuk tiga tahun, dia masih lagi menyusu badan. Ada juga yang bertanya kenapa tak berhentikan aje? Hurm... Bukan Moha tak nak berhentikan.. tapi Moha rasa tak sampai hati dan dia pun tak nak berhenti lagi.

Lagipun itu dah memang rezeki dia. Mungkin dengan menyusu badan ni dia rasa lebih damai, tenang dan rasa dilindungi. Malah itu jugalah cara terbaik untuk memujuk bila dia menangis, juga sebagai cara dia melepaskan penat dan memudahkan untuk dia tidur bila sudah keletihan. Jadi, biarlah dulu.. nanti bila dia dah bersedia nak berhenti, biar dia sendiri berhenti secara rela. Dengan cara ni mungkin dapat buat dia membesar dengan lebih ceria dan mengelakkan dia dari rasa stress.


Bagi ibu menyusu, tidak dinafikan betapa perlunya Moha mengambil suplimen atau makanan tambahan yang boleh membantu untuk menambahkan susu badan dan juga menambah tenaga. 

Tambahan lagi dengan cara Amsyar menyusu yang pelbagai gaya, aduuu... Sakit-sakit badan kita ni dibuatnya. Masa menyusu juga dah tak menentu sekarang. Ikut suka dia bila nak menyusu terutama bila di rumah. Jadi, segala kerja rumah perlu dibuat sepantas kilat mengalahkan Charlie Champlin kalau tak mahu kerja tergendala. Sebab bila dah menyusukan dia, silap-silap mata ni pun boleh terpejam lena.. huhuhu. Jujur Moha katakan, ianya sangat memenatkan. Tapi bila tengok dia tidur lena dalam dakapan, semua rasa penat tu hilang entah kemana.

Lazzcafe disediakan dalam peket mudah bawa. Sekotak ada 20 peket, setiap satu mengandungi 25gm Lazzcafe. Senang nak bawa ke mana saja.
Sebab itulah, Moha minum Lazz Cafe bagi memastikan Moha bertenaga sepanjang hari dan juga Lazz Kurma untuk menambah susu badan.

Kenapa pilih Lazz Susu Kambing?

Moha tau susu kambing ni sangat  banyak khasiatnya. Tujuan utama nak minum tu tentulah nak tambah susu badan. Tambahan lagi rasa Lazz susu kambing  yang enak berkrim tanpa rasa dan bau hamis, sangat mudah untuk diminum.

Yang menariknya bila diamalkan selalu, Moha dapat rasakan badan lebih bertenaga, pembuangan air semakin lawas, berat badan terkawal, rambut kurang gugur dan yang lebih penting nutrisi yang terdapat dalam susu kambing ni bukan cuma Moha saja yang terima, tapi  dapat juga disalurkan pada Amsyar.

Gabungan khasiat susu kambing dengan kurma Lazz yang bersifat alkali ni juga dapat membantu mengeluarkan angin, toksin dan meneutralkan pedih ulu hati akibat asid yang banyak dalam perut jika tersalah makan atau minum sesuatu yang berangin dan sejuk.

Khasiat Lazz Susu Kambing untuk Anak

Lazz Susu Kambing mengekalkan konsep susu natural (susu kambing sebenar) tanpa campuran pelbagai suplimen . Jadi khasiat susu kambing lebih pantas diserap oleh anak. Kandungan gula di dalamnya paling rendah (kurang 5g), memberikan rasa yang kurang manis berbanding susu formula. Kurang manis, kuranglah risiko diabetes dikalangan kanak-kanak. Malah susu kambing juga dikatakan dapat meningkatkan sistem imun anak juga. 

Minda anak-anak juga jadi semakin cerdas. Sangat baguslah nak terima pembelajaran kat sekolah yang makin mencabar sekarang ni (Moha pun seriau tengok soalan periksa diorang😅). 

Oh, ya! Gigi dan tulang anak pun jadi kuat dan sihat. Ini memang Moha perasan sangat. Sebab masa Haziq dan Amar kecil dulu, Moha bekalkan susu formula pada pengasuh untuk beri pada diorang. Akibatnya, gigi diorang jadi rosak, rapuh dan akhirnya rongak sebelum mecapai usia 3 tahun! Berbeza dengan Amsyar, giginya masih elok tersusun rapi walaupun gosok gigi tanpa ubat gigi (dia tak suka).


Anak sulong Moha - Haziq, perutnya sangat sensitif. Masa kecil dulu disebabkan alergi susu, dia kerap cirit-birit, muntah dan demam sampai terpaksa dimasukkan ke wad. Masa tu tak tau lagi pasal susu kambing ni. Hurm.. Kesian Haziq.. mujur masa Amsyar ni Moha dah tau pasal Lazz dan mula bagi Amsyar dan  abang-abangnya minum susu ni. Alhamdulillah, diorang suka dan tak mengalami sebarang alergi.

Khidmat Penghantaran 1 Malaysia

Bagusnya Lazz susu kambing ni satu famili boleh minum seawal usia 2 tahun ke atas. Jadi memang bagus sangatlah Moha pilih susu ni untuk kami sekeluarga. Nak dapatkan stok pun mudah sangat.

Cuma buka website dan buat tempahan. Atau boleh juga buat tempahan melalui facebook atau instagram dengan meninggalkan komen menyatakan lokasi. Nanti pihak Lazz Susu Kambing akan hubungi kita. Tak perlu nak pening kepala fikir nak cari stok dimana lagi dah. Semua di hujung jari dan penghantaran akan dibuat terus pada kita mengikut lokasi yang kita tetapkan. Bayaran juga boleh dibuat secara online ataupun tunai semasa terima susu tu nanti. Senang kan? Mudah, cepat dan yang penting, selamat!!


Moha berhubung dengan Cik Rai untuk buat tempahan. Moha pilih Kombo Omar : Lazz Choco, Lazz Kurma dan Lazz Cafe. Harga RM120.00 untuk kombo ni sangat-sangatlah berbaloi. Yelah, hanya tunggu di rumah, sambil-sambil buat kerja rumah tu buat tempahan.. nanti ejen hantar susu betul-betul depan rumah kita. Tak payah nak keluar duit tambahan lagi dah untuk postage atau caj COD. Berbaloi kan?!

Jangan risau.. ejen semuanya sopan, mesra dan ramah macam Cik Rai. Paling best, Moha dapat 3 free gift tau. Dapat kalender mini 2019, bekas makanan dan juga tote bag Lazz. Cik Rai siap bagi tips lagi cara buat air Mocha hanya dengan campuran susu Lazz cafe dan Lazz choco. Moha dah buat... Memang sedap!! Nanti korang try ea..





You Might Also Like

8 comments:

  1. sedap kan lazz susu kambing ni. saya pun baru cuba

    ReplyDelete
  2. wah nak guna servis drg jgk la

    ReplyDelete
  3. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  4. Selalu beli di kedai. Tidak tahu ada penghantaran. Lagi senang kalau gini. :D

    ReplyDelete
  5. Servis agen Lazz memang tip top, terbaik! Duduk je kat rumah dan order pastu susu dihantar terus ke depan rumah.

    ReplyDelete
  6. servis tiptop kalo cemni,dari packaging yg cantik kemas.Layanan dari agen pun mantap! Mesra pelanggan.Bagus LAZZ ni ye..

    ReplyDelete
  7. Kalau cari kat kedai selalu sold out.

    ReplyDelete
  8. bagus sgt susu ni..nad amlkn sejk pregnant lgi..susu bertmbh sekrg..

    ReplyDelete