Bertambah usia, perangai macamtu juga!

August 15, 2018 Mohaz Sue 3 Comments



Happy Birthday!!!!!


Alhamdulillah... Genap dah umur 38 tahun. Tau tak, selalunya bila orang tanya umur Moha berapa, laju je mulut ni menjawab 32. Amboiiiii.. Muda! Kemain lagi dia ye.. tak bertambah-tambah ek umur?  Kahkahkah!!! Tak sedar diri betul!! Haha.. 

Ya Allah... Sekejap je rasa masa berlalu. 2 tahun je lagi, genaplah 40 tahun umur Moha. Macam baru je lepas ambil results SPM kat sekolah. 

Eh.. huhuhu.. bukan sengaja nak perasan muda belia remaja. Tapi itulah.... Hurm... Macam tak percaya pulak rasa. Mungkin sebab tak banyak kemajuan yang dicapai macam kawan-kawan yang dah berjaya  dengan kerjaya diorang sekarang. Ada yang dah jadi Pengarah, jadi Guru Besar, Pegawai atasan dan  macam-macam lagilah. 

Ni umur dah banyak, perangai kebudak-budakkan masih ada lagi dalam diri tu. Heh! Bertabahlah ea korang.. 

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan yang tak pernah lupa memberikan ucapan birthday disamping doa-doa terbaik buat Moha ni. Semoga kita semua sama-sama mendapat keberkatan, diberi segala kebaikan di dunia dan di akhirat juga dijauhkan dari seksa api neraka. Aaminn.. 

3 comments: