Dapur pulak buat hal. Macamana nak repair api dapur yang kecil.

June 01, 2018 Mohaz Sue 2 Comments


Assalamualaikum..

Semalam Moha cuma dapat siapkan satu lauk je (gulai ayam cili api) untuk berbuka puasa. Itupun makan masa hampir sejam nak masak. Aduhai..mengalahkan masak ayam kampung pulak. 

Puncanya api dapur tu kecil. Dapur Moha jenis yang biasa tu je. Tak kisahlah kan janji boleh masak. Tapi dah tersumbatlah pulak. Penat ejas tak mau jadi besar apinya. Dah bersihkan dan cucuk lubang api dengan jarum pun masih lagi kecil. Hurm..takkan nak beli dapur baru pulak. Aduhai. 

Sekali tergerak hati nak google cara betulkan dapur ni. Manalah kot ada kan? Boleh juga buat rujukan.

Alhamdulillah.. jumpa juga satu video kat youtube. Tekun tau Moha tengok. Kiranya kalau ada ujian pasal ni, InsyaAllah boleh lulus dengan cemerlang😂😂

Moha pun cubalah ikut cara yang ditunjukkan tu. Lepastu hidupkan api.. Fuh!! Menjadilah! Senang je rupanya betulkan dapur ni. Cuma perlukan satu jarum yang panjang untuk bersihkan lubang laluan gas ke penunu tu je.  Camni barulah ada semangat nak masak. Selamat duit suami. Tak payah nak beli dapur baru. Sukalah tu kan?😂. So, pada yang ada masalah sama cam Moha ni kan, boleh guna cara ni. Jimat dan mudah. Ni Moha kongsikan video yang Moha ambil dari youtube. Kredit pada tuan asalnya




You Might Also Like

2 comments:

  1. wahhhh tq2 boleh guna cara ni nanti.

    ReplyDelete
  2. kalo CT da gelabah itik da kalut tatau nak buat apa.. hehe..

    ReplyDelete