Lain macam debaran kena memandu sendiri

April 01, 2018 Mohaz Sue 1 Comments


Assalamualaikum..

Hari Sabtu kan suami Moha kena pergi Surabaya. Percutian 3 hari 2 malam sebagai dapat imbuhan hasil kerja dia. Kami semua duduk rumah jelah. Huhuhu..


Hari yang sama juga Haziq kena pergi sekolah 6.30 pagi sebab kena berkumpul untuk naik bas ke UKM pula. Ada kawad katanya. Mujur dia dah deal dengan van sekolah. Takdelah terkejar-kejar kami nanti. 

So nak pergi KLIA tu, cuma berempat jelah. Moha, suami, Amar dan Amsyar. Nak pergi tu  suamilah yang memandu. Tapi nak balik dari KLIA tu, sah-sahlah Moha yang kena pandu sendiri. Takkanlah Si Amar pulak? Kan? Huhu..

Elok je sampai KLIA2, lepas suami turun, Moha berpindah tempat. Tiba-tiba Amsyar menangis. Ah sudah! Meraung-raung dia panggil papa dia. Dahlah camtu, eh.. dia berpaut pulak kat kita ni nak ajak turun. Nak ikut papalah tu! Alamak! Dengan dia yang berpangku atas riba, Moha cepat-cepat masuk gear dan bergerak ke depan sikit. Kalau parking depan pintu masuk tu lama-lama bimbang kena marah pulak nanti.

Sampai kawasan yang lapang sikit (tak jauh dari pintu masuk), Moha berhenti tepi. Cuba tenangkan si kecik yang menangis tak henti. Kalau dibiarkan, mau sampai ke rumah pun tak habis lagi dia punya tangis.

Bila emosi dia dah ok, barulah pibdahkan dia ke seat sebelah. Pakaikan tali pinggang keselamatan siap-siap sambil pujuk nak belikan dia aiskrim. Alhamdulillah dia ok. Tenang mama dia nak memandu.

Yang buat berdebar tu bukan apa. Risau sesat je sebenarnya. Yelah kalau sesat kan dah buang banyak masa. Sedangkan Moha nak hantar Amar ke sekolah agama pulak lepas tu.

Tapi alhamdulillah. Syukur Allah permudahkan perjalanan. Amsyar pun tidur lena je. Sampai kat rumah ngam-ngam je masa untuk hantar Amsyar ke sekolah. So tak sempat masuk rumah, terus tuju ke sekolah. Fuh.. leganya selesai urusan haritu.

Itulah kalau tak biasa memandu jarak jauh sorang diri. Dia punya berdebar macam bak ambil test JPJ tau. Hahaha...kesian betul. Huhuhu..

You Might Also Like

1 comment:

  1. pernah juga drive sendiri pastu anak meragam. Memang kena cari port yang selamat untuk berhenti tenangkan dia..kalau tak nak drive pun tak tenang. haha

    ReplyDelete