Advertisement

Rancangan Percutian di Thistle Port Dickson


Assalamualaikum..

Cuti sekolah dah habis! Sebelum ni cuma bawa anak-anak ikut papa melawat kawasan je. Paling jauh pun ke Batu Kikir hari Isnin lepas. Cadangnya kalau sempat boleh singgah mandi di Jeram Ulu Bendul. Tapi urusan papa lewat selesainya. Maka tak dapat jugalah singgah. Mengeluh budak-budak ni. Berjam-jam duduk dalam kereta tapi akhirnya balik rumah je. Erk.. sabar jelah.. kalau duduk rumah je, lagi bosan kan? Pujuk mamanya pulak..huhu.. bertabahlah korang.

Rabu lepas, kitorang ke Putrajaya. Moha ada urusan yang perlu diselesaikan di situ. Jadi dapatlah diorang berjalan juga dan mandi di kolam Presint 9, Putrajaya tu. Sayangnya diorang dapat mandi sekejap je sebab hujan dah turun dengan lebat beserta kilat. Cepat-cepat naik semuanya kosongkan kolam tu. Takut oii!

Menangis-nangis Si Amsyar sebab tak puas main air. Alahai.. kesian betul! Hurm.. nak kena buat proposal tunjuk kat papa nampaknya ni. Cari mana lokasi yang best dan sesuai (ada kolam mandi pastinya) nak bawa diorang ni berjalan. Harap-harap luluslah! Hahaha... mama yang over sebenarnya!

2016 punya gambar. Maknanya dah 2 tahun tak pergi PD..

Sebenarnya hati tu teringin nak pergi Port Dickson (PD). Rindu bunyi ombak dan angin pantai. Nak balik ke Mersing jauh sangat, dapat pergi PD pun syukur sangat dah. Lagi best kalau dapat bermalam kat situ. Dapat juga ubat kerinduan pada kampung halaman. Betul tak? Macam lirik lagu Feminin.. 

"Angin bayu membawa diriku.. sepintas lalu ku terkenangkanmu..." 

Manalah tau, angin laut PD tu boleh sampaikan rasa rindu ni kat keluarga di sana? Kan? InsyaAllah, murah rezeki dan panjang umur, raya ni Moha balik sana.

Cari punya cari jumpalah Thistle Port Dickson Promotion Deal ni. Mudah sangatlah nak tau pelbagai info tentang hotel 5 bintang ni. Lengkap dan jelas maklumat yang disampaikan. Moha apa lagi, baca habis semua, lepas tu terus tengok gambar. Jom tengok sikit gambar yang ada dalam tu.










Whoa!! Cantiknya hotel ni! Semua yang kita perlukan ada disediakan bagi menjamin keselesaan dan kemudahan pengunjung selama menginap di situ.


Gambar ni kalau Haziq & Amar nampak, bisinglah mulut ajak ke sana. Lebih-lebih lagi kalau diorang tau diorang boleh mandi kolam dan pantai sekali. Macamni senanglah kan.. tak payah nak keluar jauh dari hotel kalau nak mandi laut juga. Lepastu ada pula playground untuk kanak-kanak. Memang seronoklah jawabnya!

Moha ada juga google pasal hotel Thistle yang bertaraf 5 bintang ni. Sajalah nak tau apa pengalaman orang yang dah menginap di situ. So far ramai yang bagi feedback positif dalam review diorang. Ramai jugalah yang nak repeat stay di situ.  Itu yang buat hati semakin berkenan. Siap dah rangka dalam kepala apa nak dibuat di sana kalau jadi pergi nanti. 

Papa tu bolehlah spendtime kat gym sementara mama layan anak-anak kat kolam. Kalau tak pergi gym, papa join kitorang sekali pun lagi bagus. Kolam mandi untuk kanak-kanak pun ada papan meluncur. Haaa Amsyar mesti seronok main kat situ nanti. Abang-abang dia jangan cakaplah! Diorang memang pantang jumpa kolam. Especially Si Haziq tu. Berjam-jam dalam kolam pun dia tak kisah. Sanggup tak makan tau selagi tak puas berendam. Mama pulak kalau nak update fb ke, ig ke, atau nak buat entry blog, memang syoklah sebab wifi pun ada disediakan. Fuh, best betul ni!

Ea,eh.. proposal belum submit dah berangan ek? Hahaha.. lulus pun belum tentu dah macam-macam dok plan ye?😄😄😄

Rasanya hotel nilah pilihan yang sesuai untuk percutian akan datang. Harga pun berpatutan. Dekat juga dengan tempat-tempat menarik yang ada di PD ni. Alasan paling kukuh nak stay hotel ni. Jadi, apa yang disusahkan? Sesekali reward diri dan famili, apa salahnya? Kan?

Masa inilah nak cipta kenangan indah bersama keluarga tersayang yang mana lebih bermakna dari segala-galanya. Nanti bila anak-anak dah dewasa, dah sibuk dengan urusan sendiri, bukan mudah nak meluangkan masa bersama macam ni dah. Tinggallah berdua dengan pasangan. Itupun kalau pasangan masih adalah. Kalau dah takde? Tinggallah sorang diri. Haru je! Jadi kenalah hargai masa yang ada ni. Betul tak? 

Apa yang best kat PD tu?

Pergi PD takkan nak stay kat hotel je kan? Rugilah! Lagipun tak cukup kukuh pulak point nak buat proposal nanti😅. Sebaiknya ambil 1 hari tu jalan-jalan ke tempat-tempat menarik yang ada kat situ. 

Tempat yang Moha paling teringin nak pergi kat PD tu ada 2. 3D Art Gallery dan Art Gallery Upside Down Port Dickson. Asyik tengok orang pos kat fb je, macam bestlah pulak. Mesti anak-anak teruja tengok hasil kreativiti dekat situ. Diorang ni peminat seni. Lebih-lebih lagi Si Amar tu. 

Silap-silap balik je dari galeri tu, dia pun start ambil pensel dan kertas, terus melukis. Bagus juga kan? Selain berseronok posing bergambar, dapat juga mengembangkan minda kanak-kanak dalam bidang seni dan rekabentuk. 
Sumber : www.mppd.gov.my


Selain 2 tempat ni, ada banyak lagi tempat menarik di PD ni sebenarnya. Hasil google di laman web Majlis Perbandaran Port Dickson, barulah tau apa lagi tempat-tempat menarik yang ada kat PD ni. Rasa-rasa cukup tak sehari nak melawat semua tempat ni? Mestilah tak cukup. Sebab tu kena stay lama sikit kat sini. Barulah enjoy. Badan pun tak penat sangat nak rushing ke sana-sini.


Tapi apa yang Moha suka kat PD selain pantai dan laut ni mestilah Medan Ikan Bakar. Seronok tau pilih-pilih ikan dan hidupan laut lain yang segar tu. Lepas tu pilih nak masak macamana. Uish.. sambil taip ni kecur dah dalam mulut ni terbayang rasa ikan bakar cicah air asam. Pergh! Memang best! Tu belum masuk sotong celup tepung, udang buttermilk, kerang bakar. Adududu.. macam nak pergi sekarang juga rasanya ni. Esh..

Kalau rasa tak nak makan kat situ, banyak lagi tempat makan lain di sekitar PD ni. Tinggal pilih je. Tak usah risau pasal tempat makan. Pasar malam pun meriah dengan jualan makanan yang sedap-sedap.  

Cerita pasal makan ni, lapar dah rasa. Moha makan dululah. Doa-doakan proposal Moha ni berjaya ye. Nanti dapatlah Moha ceritakan pengalaman Moha pula dalam blog ni. Ok? Stay tune!




Post a Comment

8 Comments

  1. best yer hotel Thistle PD ni. dah setahun tak pergi PD, tahun ni nak ajak family holiday sini la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..nanti bila Huda dah stay kat hotel ni, kongsilah cerita kat kitorang juga ye

      Delete
  2. Menarik PD ni cuma bila cuti sekolah..jammed teruk gak..huhhu

    ReplyDelete
  3. Nak pergi PD gak lah. Nak stay kat Thistle. Baca Moha cerita je dah terbayang-bayang suasana kat sana. Tunggu hari minggu nanti nak bersantai di PD

    ReplyDelete
  4. erm..bestnya..bila la blh bercuti tmpat2 mcm ni..:)

    *moha..post kat fb..jgk tau..:)

    ReplyDelete
  5. Bestnya Moha..thanks for info sharing..nanti leh la kte ke sini plak..

    ReplyDelete
  6. Dah macam² tempat menarik kat PD sekarang, lama dah tak jejak kaki kat sana.

    ReplyDelete