Advertisement

Tambang bas 20 sen


Assalamualaikum..

Harap belum terlewat nak ucap Selamat Tahun Baru 2018. Semoga tahun baru ni, apa yang kita semua impikan tercapai. 

Habis dah cuti sekolah. Haziq dah masuk sekolah menengah. Amar pulak masih di sekolah rendah. Mujur sekolah diorang ni sebelah-menyebelah je. Senang sikit urusan pergi-balik sekolah tu.

Teringat zaman Moha sekolah dulu. Masuk je tingkatan 4, Moha dah mula naik bas sekolah. Masa tu konsepnya bayar masa naik. Maknanya tak perlu nak bayar secara bulanan. 

Bagus konsep ni. Sebab masing-masing tak terikat. Boleh pilih bas mana-mana pun nak naik. Tak kena marah punya.



Yang tak bestnya bila terlewat balik sekolah. Selalunya lewat ni pasal study group. Masa tu bas sekolah dah takde. Nak balik terpaksalah jalan kaki ke stesen bas yang ada kat pasar Mersing tu (sekarang takde dah pasar tu). Bukan dekat tau. Jauh giler. Macam nak pengsan berjalan kaki.

Cuma yang bagusnya sepanjang jalan tu adalah deretan kedai. Kalau terasa penat, kepanasan dek bahang cuaca panas, berhenti masuk kedai yang ada aircond sekejap. Sejukkan badan. Hihi.. agaknya marah tak tokey kedai?

Tempat paling popular nak menyinggah masa tu kat Parkson la. Best betul window shopping. Leka tengok barang-barang yang dijual. Sedar tak sedar sejam dua juga kat dalam tu. Bukan beli apa pun. Kalau nak beli bukannya ada duit. Duit yang ada ngam-ngam nak bayar tambang je. Cukup-cukup 20 sen. Huhuhu.. sehari belanja cuma seringgit. Tambang bas pergi balik 40 sen. Tinggal 60 sen. Masa rehat beli nasi lemak 50 sen, air 10 sen. Tapi kalau tiba-tiba pulak nak beli buku, tak makanlah masa rehat tu jawabnya. Lagi sadis kalau langsung takde duit waktu balik. Nah! Menapaklah jawabnya sampai ke rumah. Jauh ooo..

Sepanjang jalan kaki tu, sekejap-sekejap toleh ke belakang. Manalah tau kalau-kalau ada orang nak berhenti tumpangkan kita sampai rumah ke. Penatnya kaki berjalan. Masa tu langsung tak terlintas kat kepala pasal culik-culik ni. Yang ada cuma nak cepat sampai rumah je. Haus.. nak minum! Lapar.. nak makan! 

Kenapa takde orang ambil dan hantar? Sebab masa tingkatan 4 dan 5 Moha cuma tinggal berdua dengan abang di rumah. Arwah mak dan arwah bak meniaga di Penyabong. Seminggu sekali diorang balik. Abang Moha nak hantar pun takde kenderaan masa tu. Sebab tu pandai-pandailah urus sendiri. Nak mintak duit belanja lebih, tak sampai hati. Kesian mak dengan bak. Penat membanting tulang 4 kerat cari rezeki. Jadi berapa pun jumlah duit yang diorang tinggalkan untuk belanja harian, guna je dengan jimat.

Itu kisah dulu. Kisah yang sayu hati bila terkenang. Sekarang cuba sediakan kemudahan yang termampu supaya anak-anak tak lalui kepayahan yang sama. Semoga diorang berjaya di masa hadapan. Aamiin..


Post a Comment

3 Comments

  1. aamiin..yra. Itulah..memag kita akan teringat kisah lalu semasa zaman persekolahan

    ReplyDelete
  2. Huda pun macam moha, jauh berjalan kalau tertingal bas dulu2. Sekarang ni kalau boleh tak nak anak2 rasa susah mcm kita dulu

    ReplyDelete
  3. kisah sekolah dulu memang mengamit kenangan

    ReplyDelete