Menjadi Juga Dress Nursing

September 12, 2015 Mohaz Sue 2 Comments

Assalamualaikum....

Hari ni lepas je sarapan, terus mulakan projek jahitan. Rancangannya nak jahit dress muslimah nursing

Moha belum sempat belajar lagi menjahit baju dan sebagainya. Belum begitu mahir. Sekarang ni belajar dari buku je. Tekun dan kusyuk tau menghadap buku. Siap pegang pita ukur, pen dan kertas kat sebelah. Macam nak ambil periksa pula.


Bila dah mula rasa yakin, Moha pun mulakan la kerja. Bermula dengan melakar ukuran baju atas kain, menggunting dan seterusnya menjahit. Bagi permulaan ni, memang terasa susahnya menjahit. Lebih² lagi mesin jahit tepi baru je sampai semalam. Ya Allah, punyalah laju mesin tu. Terbabas² dibuatnya..senget-benget jugalah kain perca yang buat latihan menjahit tu. 


Lepas latihan demi latihan, akhirnya dapat juga kawal kaki menekan pedal mesin jahit tu. Maka siapla sehelai dress atau jubah muslimah menyusu. Alhamdulillah....


You Might Also Like

2 comments: