Kek Bunga2 lagi

December 13, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Kali ni buat kek span tema ros plk....tu jela yg mampu hasilkan...amatur la katakan...

Kek ni ada seprais tau...dlm dia kek span ala2 ombre n roulate torte style....eh, betul ke eja tu....ngeee...malas nak gugel pg2 bute ni....he3..

K la nak tdo dlu..sok pagi2 tuan kek nak ambik dah....

0 comments:

Kek Butter Strawberi Vanilla

December 10, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Alhamdulillah...baru je nak belek2 cik tab nak up status kat fb pasal cup cake td, tetiba dapat satu panggilan...rupa2nya pelanggan yang sama (best friend-kak rahimah) nak order kek plak....tp nak harini jgk...

Rezeki kan? Mmg xsanggup nak tolak...

Memandangkan bahan2 ada untuk kek butter je, so bagitau awal2 kat kak rahimah bahan xcukup klu nak kek lain...fuuuuuh...nasib baik dia setuju...selamat xyah g kedai..

Lepas siapkan keje umah seme, maka mulalah operasi....kak rahimah dah pilih cth design, cuma olah je la sikit2....

Nasib baik sempat siap....masa untuk berehat....

0 comments:

Jawatan kosong

December 07, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Pada yang mencari kerja....ni kawan ada share kat wasap td...cubalah ye...mana tau kan?

PENGAMBILAN INSTITUT MARITIM!!
Kepada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak mendapat panggilan UPU, tetapi ingin melanjutkan pengajian dalam sektor:
●OIL & GAS
●PELABUHAN
●PERKAPALAN

Berita baik untuk anda!!!
INSTITUT MARITIM mengadakan peluang melanjutkan pengajian dalam:
.Diploma in Maritime Transportation Management
.Diploma in Shipping Management
.Diploma in Port Management
#DIPLOMA - 2 Tahun 6 bulan
#IJAZAH - 1 Tahun 6 bulan

KELEBIHAN INSTITUT MARITIM (NMIT) :
.Kerjasama antara Kerajaan Malaysia & Belanda
.Tajaan MARA sepenuhnya (BUMIPUTRA sahaja)
.Dibawah Projek Pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia
.Dapat elaun sara diri RM630 setiap bulan, elaun komputer RM2000 & lain2 elaun MARA
.90% graduan mendapat pekerjaan
Bersama membantu anak muda kearah peluang kerjaya yang luas
Sila hubungi En Ahmad (Pegawai Pengambilan)
Call, sms, whatsapp 0127844000

MOHON SHARE!!!
Tlg sebarkan berita baik.  Kalau bukan anak kita, mungkin ada rakan2 sekolah anak2 kita. Jgn tutup pintu peluang mereka. Satu pintu kita buka utk org lain, 7 pintu Allah buka utk kita. Ameen
Saya copy paste ja. Mana tau ada yg memerlukan

0 comments:

Keropok Lekor Sedap

December 06, 2014 Mohaz Sue 0 Comments


Assalamualaikum..

Lama tak makan keropok lekor Mersing...dulu kalau balik sana memang tak sah kalau tak beli. Sekarang ni kalau nak makan kena beli kat pasar malam...kadang2 ok, kadang-kadang masam...emmmm....tak segar lah

Semalam cik bos kita beli ikan kat zee mart....murah jugak...ikan segar-segar pulak tu...itu yang harini gigih menyiang ikan buang tulang, buang kulit...memang nak juga buat keropok sendiri...
Bukanlah pandai sangat...cuma pernah la mak ajar dulu camne nak buat...tapi macam biasalah, kita cuba ubah ikut selera kita pulak...
KEROPOK LEKOR

Bahan A -kisar halus
300 gm isi ikan (saya guna ikan selar dgn ikan selayang/sardin) kisar halus.
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Bahan B
300 gm tepung sagu (klu xsuka liat sgt, kurangkan tepung...)
1 sk baking powder
1 sk garam
1 sb gula
1/2 sk ajinomoto
1/2 sk serbuk lada hitam
Cara membuatnya:
  • Gaul semua bahan dan uli sebati.
  • Taburkan tepung sagu atas tempat rata.
  • Golek-golekkan doh bentukkan memanjang. Buat sampai siap semuanya.
  • Rebus air yang dicampur 1 sudu kecil gram dan 1 sudu besar minyak.
  • Rebuskan keropok mentah tadi hingga keropok timbul.
  • Toskan keropok. Kalau nak tahan lama, lumurkan dgn minyak.
  • Boleh digoreng atau makan camtu je...
  • Hasilnya memang memuaskan hati. 1 adunan ni dpt 9 btg keropok yg comel-comel...dalam 15cm gitula panjangnya...cukup untuk sekali goreng je..bau diaaaa...wanginyaaaa...macam bau kuah laksam pun ye juga......huhu...next time boleh buat lagi ni....sedap!
#sendiribuatsendiripuji
#hahahaha



 

0 comments:

Kes ragut dalam rumah?

December 05, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Allahuakhbar.....siang2 hari pun boleh jadi dorg ni!

Kisahnya jiran saya baru je balik dr pasar. Dia seorg je masa tu..masa sampai di rumah..macam biasalah...buka pagar, ambil barang2 dlm kereta, nak bawa masuk dalam rumah. Belum sempat masuk rumah, tiba2 dia dikejar 2 org lelaki pakai helmet full face sambil pegang parang. Entah bila masa dorg ni follow pun xtaula...

Sape xtakut kan? So, jiran saya sambil terpekik mintak tolong bergegas lari ke dalam. Yg 2 org penyamun ni kejar. Dalam keadaan gopoh, kakak tu terjatuh dan kesempatan tu la si penyamun gunakan. Penyamun tu menhunus parang ke lehernya sambil ugut serahkan apa yang dia nak.

Suami mangsa yg kebetulan ada di rumah dgn 2 anaknya keluar tapi xboleh nak buat apa2 sebab parang dah kat leher mangsa. Si suami cuma mampu cakap kat penyamun supaya ambil apa yg dia nak tapi jgn apa2kan mangsa. Si penyamun rentap dan ragut rantai dan gelang tangan yang kakak tu pakai..Syukur...akak tu xapa2..tp trauma tu saya pasti xmungkin hilang dlm tempoh terdekat.

Hati2 semua...kdang2 kita ingat kawasan rumah kita selamat. Tapi malang memang xberbau kan? Lebih2 lagi dalam keadaan sekarang ni.

0 comments:

Garlic Cheese Bun

December 05, 2014 Mohaz Sue 0 Comments

Salam sayang semua..

Semalam buat roti....kebetulan yis xbyk yg ada dlm simpanan. Anak2 time cuti sekolah ni lapar je...mungkin sebab xde aktiviti kot...saya pulak mmg xizinkan mereka main kat luar..bukan apa, risau keselamatan diorg...biarlah dorg dpn mata....tenteram rasa jiwa raga..

Okla balik pada resepi...sgt mudah resepi ni. Bahan pun mudah dapat. Filling terpulang ikut citarasa la ye...

Bahan doh roti:
3 cwn tpg gandum
1 sb yis
1 sk garam
2 sb gula
1 cwn air suam
2 sb minyak masak

-Campur semua bahan kecuali minyak dlm bekas. Gaul dan uli hingga tak melekat di tgn.
-Letak minyak dan uli lagi hingga tiada kesan minyak di tangan. ---
-Rehatkan doh dan tutup bekas dgn kain selama 20 minit atau hingga doh kembang.
-Tumbuk2 adunan bagi mengeluarkan angin dan uli lagi.
-Bahagikan adunan kpd 4 bahagian.
-Canaikan 1 bahagian dan sapukan rata campuran krim keju, daun oregano dgn bawang putih cincang (kalau nak letak jem ke, inti kacang ke, coklat ke, boleh aje...)
-Gulung dan potong 2.
-Buat kaedah yang sama utk 3 bahagian lagi.
-Susun kelapan2 doh yg dah dibentukkan ke dlm acuan.
-Tunggu hingga naik sekali ganda dan bakar pada suhu 180○C selama 20 minit.
-sapu butter atas roti sebaik sahaja dikeluarkan dr oven.

Roti yang xhabis, simpan dlm plastik atau bekas kedap udara bg mengelakkan roti kering.

0 comments: