Minggu Keusahawanan dan PKS Wilayah Selatan 2019

August 03, 2019 Mohaz Sue 0 Comments






Tahu tak? 

Festival Roda & Gincu akan diadakan sempena Minggu Keusahawanan dan PKS Wilayah Selatan 2019 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui anak syarikat Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Inilah masanya untuk korang bertemu dengan pelbagai agensi daripada  negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan di Minggu Keusahawanan PKS di Dataran Tangkak bermula 2 sehingga 4 Ogos nanti. 

Selain daripada sesi bertemu bakal usahawan bersama agensi, antara tarikan lain festival ini adalah Pameran Produk Usahawan, Kaunter Info Keusahawanan, Karnival Kerjaya Johor Bistari, Jelajah Usahawan Belia, Jualan Murah, Jualan Produk Pertanian,  Pocket Talk Agensi Keusahawanan, Padanan Perniagaan dan pelbagai lagi.

So, tunggu apa lagi?? Jom beramai-ramai memeriahkan Minggu Keusahawanan PKS Negeri Johor ni okay.  Jumpa di sana...


0 comments:

Minggu Keusahawanan PKS Sabah

August 02, 2019 Mohaz Sue 0 Comments



Sarawak sudah!
Kedah sudah!
Pahang pun sudah!

Next korang boleh serbu Sabah pula untuk Minggu Keusahawanan PKS yang akan berlangsung dari 2 Ogos hingga 4 Ogos 2019 bertempat di Eastern Plaza Tawau.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat maklumat lanjut kalau korang nak jadi usahawan yang berjaya daripada pelbagai agensi.

Ada gerai jualan dan pameran, sesi business matching, pocket talk, celebrity talk, jejak PKS, Let's Go Digital with TM dan banyak lagi. Siap ada penampilan khas Salma Asis lagi tau.

Esh.. Tunggu apa lagi??? Pergi tau sebab masuk adalah PERCUMA.


0 comments: