Mini Tower Burger Fuel Shack Shell Bangi

March 11, 2019 Mohaz Sue 1 Comments



Assalamualaikum..


Dalam perjalanan nak ke pejabat Nilai Harta di Bangi, kami singgah ke Shell sekejap nak isi minyak. Selesai isi minyak, boleh pulak terperasan iklan yang terpampang di trak Fuel Shack yang hantar bahan mentah ke situ. 

Punyalah mengancam gambar burger 2 tingkat tu sampaikan suami Moha yang baru baik dari denggi pun dah tergoda. Maklumlah dah lebih seminggu hilang selera makan. Huhuhu...

Disebabkan orang dah teringin, Moha pun masuklah ke dalam Shell tu dengan tujuan nak membeli. Sekali tengok harga... hmm.. boleh tahan jugalah kalau dibandingkan dengan restoran fast food yang lainnya. Tapi takpelah, nak merasa punya pasal.


Moha order 2 Original Shack dan 1 Mini Tower beserta 2 kentang goreng dan air pepsi. Kat sini takdelah order terus dapat macam kepsi atau mekdi tu. Kenalah tunggu sekejap pekerjanya masak patty dan siapkan semua order kita tadi tu. Dalam 10 minit jugalah menunggu. 


Bila dah siap tu, tengok packaging pun dah puas hati. Belum lagi tang bau burger tu. Ya Allah... Sedapnya bau dia! Rasa nak makan masa tu jugak! Sabar jelah menahan hidung dengan bau yang sedap tu.


Sampai je kat pejabat, apalagi.. Fuhhh.. semerbak bau burger memenuhi ruang pejabat sebaik dikeluarkan dari beg kertas tu. 

Dari segi rasa, memang puas hatilah!! Walaupun mini tower, tak habis pun kami makan bertiga walaupun masa tu memang tengah lapar. Mini tower ni ada sebiji bun burger yang dibelah dua, diapit dengan 2 keping patty yang tebal dan berjus, diselangi dengan sekeping keju bagi setiap satu patty, di atasnya pula ditambah sekeping telur mata, salad, tomato dan juga mayonis. Next time bolehlah beli lagi. 







1 comments: