Dia nak makan apa sebenarnya?

July 26, 2017 Mohaz Sue 5 Comments

Assalamualaikum...



Harini buntu betul rasanya..tak tau nak masak apa. Kalau asyik menu yang sama je, muak lah pula. Orang kat rumah ni tak kisah pun. Masak jela apa menu, diorang makan je kecuali sorang budak kecik tu..huhu.. susah betul nak pikat selera dia.
Kadang-kadang berselera dia makan sup.. nanti selang seminggu masak sup lagi, dia dah tak nak. Padahal bukan tiap hari pun masak sup...

Sesekali nasi goreng cina paling banyak dia makan. Tapi selalunya nak habiskan 3 suap pun payah. Ayam goreng pun makan sikit je...padahal sedap oii ayam goreng tu.. abang boleh makan berketul-ketul tau..
Tu belum pasal susu formula lagi tu... dah macam-macam sample susu Moha cuba bagi dia minum.. minat dia cuma sekejap je. Kali pertama bagi nampak berselera dia minum susu tu.. kali kedua dan seterusnya, tak pernah luak pun susu tu.. terpaksalah Haziq yang habiskan.. Haziq suka sangatla dapat minum susu.. memang kegemaran dia..

Sekarang ni Amsyar lebih kerap menyusu badan je. Jadi Mohalah yang kena pastikan bekalan susu badan untuk Amsyar sentiasa mencukupi. Kalau tak meragamlah dia nanti.. perut lapar tapi tak nak makan. Macamana tu? Haish...

Kadang-kadang bila makan di luar, Moha akan minta menu yang Amsyar boleh makan sama. Tapi bila dia tak berap nak makan, aduhai...terpaksalah mama dia yang habiskan (baik order yang mama nak makan je)..ngeeee

Setiap malam, Moha rasa susah hati bila tengok dia tidur.. sangat berharap dia tidur dengan perut yang kenyang. Tertanya-tanya juga, cukup ke setakat minum susu mama ni je? Kenyang ke? Dahla susu mama tak banyak mana.. tak sempat nak penuh dia dah mintak... Hmmm..... risau susu tak cukup punya pasal, cepat-cepat bancuh milo dan cicah biskut. Dengan harapan boleh hasilkan susu lebih banyak. Bila dia dah menyusu tu memang takdelah sekejap.. sampai tertidur kita dibuatnya.. dia tu mata je pejam, menyusu tetap menyusu..cubalah cabut kalau nak dia melalak..huhuhu..tak sanggup oiii..

Tak lama lagi dia nak masuk 2 tahun. Bimbang dia tak cukup nutrien je.. camne nak membesar dengan sihat dan kuat camni? Nanti kena komplen lagilah jawabnya dengan misi kat klinik tu kang..."Amsyar ni berat dia turunlah.. pastikan dia makan ye puan..." huaaaa...camno den nak buek ni haaaaa


5 comments:

TIPS ELAK MASALAH RAMBUT GUGUR DAN RAMBUT BERBAU HAPAK DENGAN SERUM RAMBUT FRESHR

July 26, 2017 Mohaz Sue 9 Comments

Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita yang akan runsing.   Kali ini, kami bawakan kepada anda beberapa tips untuk anda terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab / tudung untuk menjaga rambut kalian. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Korang baca sampai habis dan share kat kengkawan korang juga tau. Sebab banyak tips-tips ni korang boleh cuba dirumah sendiri!  

Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur


 1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang

Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. 

Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu, apakata korang cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut korang. Contoh serum tu macam FreshR. Korang boleh tengok kat website ni untuk info lagi: www.freshr.my  

2- Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu

Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Jadi bila rambut dah tak kusut, senang la nak syampu kan dan tak perlu nak tarik-tarik rambut tu. Hanya sapu dan ratakan je.

3- Tocang Rambut Sebelum Tidur 

Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Kalau korang tak tocangkan rambut tu, ada potensi masa korang bangun tidur rambut dah berterabur atas bantal / katil dah.

4- Makan Makanan Tinggi Protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut! 

Selain mengambil pemakanan yang tinggi protein, korang juga boleh menyapu bahan-bahan yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut korang seperti menyapu minyak argan, jojoba, aloe vera dan juga minyak kelapa dara. 

Kalau korang nak beli satu-satu bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa. Jadi apakata korang beli je 1 produk yang dah ada kesemua bahan ni. Korang boleh tengok produk FreshR ni: www.freshr.my

5- Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut

Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, korang duduk depan kipas. Kipas tak ada haba, tapi angin dari kipas akan tolak air pada rambut korang dan membuatkan rambut lebih cepat kering.

6- Berhenti Warnakan Rambut

Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses meluntur.

7- Minum Banyak Air Putih

Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! 

Korang juga boleh cuba guna FreshR sebab serum rambut FreshR ni boleh bantu mempercepat pertumbuhan rambut korang dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut korang sebab adanya kandungan argan dan jojoba oil.

8- Pakai Minyak Kuatkan Rambut

Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. 

Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk argan oil, aloe vera extract dan juga virgin coconut oil. Korang boleh cuba produk FreshR ni untuk cuba bantu kuatkan semula akar rambut korang. 

Dapatkan info lanjut produk FreshR disini: www.freshr.my

9- Jangan Ikat Terlalu Ketat

Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

10- Basuh Rambut Selang 4 7 Hari

Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Tips Penjagaan Untuk Elak Rambut Berbau Hapak

Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk korang semua, disini dikongsikan 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau rambut berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung.

Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa-apa modal yang mahal pun. Korang just perlu baca sampai habis je.   Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. 

Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif. 

Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.   

1. Penggunaan Tuala

Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. 

Elakkan menggosok rambut dengan kasar. Pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab / tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab / tudung. Dapatkan info FreshR disini: www.freshr.my

2. Sikat dan Sisir Rambut

Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. 

Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, korang boleh juga sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut korang, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut korang kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti argan oil dan juga jojoba oil.

3. Guna Air Sejuk

Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4. Minum Banyak Air

Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. 

Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut korang akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ya, dalam masa yang sama kalau korang nak sejukkan kulit kepala korang, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. 

Selain ada argan oil dan jojoba oil, Serum Rambut FreshR juga ada kandungan minyak pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala korang.

5. Kurangkan Makanan Pedas

Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh.

Peluh kan menyebabkan rambut berbau. So kalau kebetulan korang keluar rumah, ada makan makanan pedas-pedas, jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg korang. Senang, kalau kulit kepala dah start gatal dan berbau tu, terus je sembur sedikit kat kepala korang. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi.

6. Cuci Rambut Setiap Hari

Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut korang terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam. Rambut korang terus segar tanpa bau.

7. Hindari Stress

Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Jadi elakkan stres yang keterlaluan. Kalau korang stress, terus urut-urut sikit kepala tu sambil picit-picit, sapu sikit FreshR. 

Bau dia yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala korang. Secara tak langsung, masalah stress korang tu akan berkurang dan rambut kembali segar. So bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi, korang punya prestasi kerja pun akan meningkat!

SERUM RAMBUT FRESHR - Merawat Masalah Rambut Gugur dan Rambut Berbau Hapak

Klik Gambar Untuk Order[/caption]   Okay, dari tadi dah sebut pasal FreshR kan? Mesti korang tertanya-tanya apa benda lah FreshR ni. Meh sini nak cerita sikit. Korang baca sampai habis kat bawah ni tau!

Ha apa tu FreshR?

FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress.   Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. 

Ekstrak semburi atau juga dikenali sebagai Swertia Japonica berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.  

FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. 

Ia juga menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada di negara kita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. 

Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering.   Minyak argan juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR. 

Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi. Minyak argan berfungsi untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Minyak argan juga membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur.   

FRESHR juga mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilaun pada rambut kita. Ia membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia juga mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.   

Selain itu, FRESHR juga mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak Jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. 

Minyak Jojoba juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut.

    

FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini kerana FRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. 

Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian.   Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari.   

FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. 

So kalau korang tercar-cari satu roduk yang ada kombinasi banyak bahan yang tinggi nutrien untuk rambut korang, FRESHR adalah jawapannya!

Korang nak cuba FreshR? Okay, jangan tunggu lama-lama. Terus klik laman web FRESHR: www.freshr.my


Atau korang boleh juga terus order melalui talian telefon: +60173673630 (korang klik je nombor ni guna phone korang dan terus wasap untuk beli)

TESTIMONI FRESHR

       

9 comments:

KUE TIAW SEMPOI VS SUPLIMEN

July 18, 2017 Mohaz Sue 2 Comments

Assalamualaikum.... selamat pagi..

Pagi ni buat kue tiaw goreng sempoi jelah... betul-betul punya sempoi langsung tak letak apa-apa rencah pun..cuma racik bawang putih dan bawang besar dan cili kering, tumis..pecah telur, tuang kicap dan air.. tabur garam dan gula.. letak kue tiaw dan sawi..gaul-gaul rata, tutup api terus hidang.. sempoi-sempoi pun licin juga makan 2 orang.. huhu... gitula kalau masak style campak-campak. Dah habis makan baru teringat... "alaaaa...lupa ambil gambar.." erm..nasiblah labu... sape suruh lupa?


Lepas sarapan pagi tu ambil 3 jenis ni dulu.. letak siap2 dlm bekas kecil supaya lebih mudah dan cepat.. nak ke mana-mana cuma bawa bekas kecil tu je..

Kenapa orang selalu skip makan suplimen?

Antara sebabnya terlupa.. kadang-kadang teringat nak makan tu masa tengah sibuk buat kerja..malas nak buka setiap botol pun ye juga..

Yang seronoknya bila ada orang dah sediakan semua tinggal nak telan je macam dok kat wad la.. bila sampai masa makan ubat, nurse datang bawak ubat.. rajin ke malas, tetap kena telan ubat..betul x?

Bila selalu sangat skip suplimen, nanti mulalah salahkan suplimen tu pulak...

"Ah, tak baguslah produk tu..!! Tak berkesan pun.." padahal salah sendiri juga.. tapi nak mengaku takkan adalah kan? Tu biasaaaaaaa...hahaha

Bila umur dah nak masuk 40-an ni, hormon dah mula berkurangan..sebab tu mudah sakit sana sini...  jadi kenalah bantu dengan suplimen juga.. barulah badan lebih sihat.. tak percaya? Cubalah amalkan.. nanti tengok sendiri hasilnya..


Glutamine Plus
Ada 6 fungsi utama;
1. Detoks tahap dalam sel tubuh badan.
2. Antioksidan tahap dalam sel tubuh badan. Lawan kanser.
3. Untuk otot. 61% jirim otot terdiri dari glutamine.


4. Mencerah-serikan kulit. Bukan memutihkan, tapi mencerahkan. Bersinar dari dalam gitu..
5. Makanan penting untuk sel-sel sistem imun. Kalau sel imun tak makan, lemahlah dia.. bila dah lemah, macamana nak lawan penyakit? Penting ni untuk lawan kanser dan penyakit-penyakit lain.
6. Makanan untuk usus. Komponen yang amat penting untuk kesihatan usus. Usus yang sihat menyokong sistem imun untuk berfungsi dengan lebih efisyen.



Harvest Plus

Harvest Plus ini juga sebenarnya setanding khasiat MultiVitamin yang lain..

Nak dapatkan kulit yang lebih cantik, badan yang lebih sihat dan sistem pencernaan yang lebih baik buat jangkamasa panjang boleh tambah harvest plus bagi memastikan bekalan sayuran cukup untuk tubuh badan.

Dalam satu kapsul terkandung tumbuhan dari 17 jenis wholefood dan superfood.. jenis sayuran terpilih yang kaya dengan khasiat ada dalam tu termasuklah chia seed yang tengah trending sekarang ni.

17 jenis tu... gigih ke korang nak mengunyah 17 jenis sayuran setiap hari? Tabik la kalau korang boleh buat camtu. Moha tak mampu..bukan semua sayur Moha boleh terima.. memilih sayur juga tau seorang Moha ni..ngeeee.. nak mudah, telan je 2 biji harvest plus ni 2 kali sehari..selesai masalah..haha


Transfer Factor Plus

Transfer Factor adalah molekul utusan kecil yang memindahkan maklumat tindak balas secara semula jadi daripada satu entiti kepada yang lain, seperti di antara ibu yang menyusukan bayinya sendiri.
Apa maksudnya? Begini... bayi yang baru lahir ni sistem imunnya belum terdedah dengan pelbagai ancaman dan serangan penyakit. Jadi belum tau macamana nak lawan. Sebab tu sebaik sahaja dilahirkan, doktor akan minta ibu menyusukan bayi mereka. Supaya bayi menerima susu awal yang kaya dengan kolustrum.

Kolustrum Susu Ibu

Kolustrum susu ibu mengandungi segala maklumat berkaitan yang diperlukan oleh sistem imun bayi tentang setiap penyakit, kuman dan virus yang menjadi ancaman kepada tubuh badan, dan juga cara merawat. Perpindahan maklumat kepada bayi inilah dinamakan transfer factor.

Sistem imun ni Allah dah cipta untuk manusia bagi melawan semua penyakit-penyakit ni.  Sebab itu transfer factor perlu diambil oleh setiap individu untuk menguatkan sistem imun kita. Lebih-lebih lagi apabila usia semakin bertambah.

Bekalan tf perlu sentiasa ada memandangkan pada masa ini, penyakit dan virus baru sentiasa bertambah. Ada saja virus baru ditemui dan paling kronik ada yang meninggal disebabkannya. 

Oklah..tu jela celoteh sihat sejahtera bersama Mohaz Sue.selamat membaca dan jangan lupa amalkan..

2 comments:

Rindu

July 14, 2017 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum.....

Belek-belek gambar dalam telefon. Sedang memilih mana yang perlu dibuang sebab "storage" dah mula nak penuh. Ni yang "boring" kalau ram kecil ni. Cepat sangat penuhnya. Sesekali dalam hati tu mengeluh juga.. cemburu bila tengok orang lain punya gajet yang lebih canggih dan lebih mahal.. Astaghfirullahaladzim... Ya Allah... ada masa, hambamu ni kurang bersyukur dengan rezeki yang kau dah berikan.. dugaan tu ada je di mana-mana... kuatkanlah hati ni.. bersyukurlah selalu Moha... insyaAllah ada rezeki lain nanti... 

Tengah pilih-pilih tu terpampanglah gambar kek-kek yang Moha pernah buat beberapa tahun lepas. Rindunya nak baking dan menghias kek. Walaupun hasil seni Moha tak seberapa, tapi seni begini yang menjadi salah satu minat Moha dari kecil lagi. Memang teringin sangat nak buat kek yang cantik-cantik macam pakar tu.. tapi apakan daya... tangan keras lagi..hihihi



Ini kek pertama yang Moha buat menggunakan resepi sendiri. Kek Red Velvet Rossel yang menggunakan bunga Rossel sebagai warna asasnya. Kebetulan masa tu memang ada tanam bunga Rossel. Bunganya banyak. Saja nak buat eksperimen dengan Rossel ni selain jadikan stok pati kordial je kan.. macamanalah rasanya kalau buat kek pulak.. ternyata hasilnya sangat memuaskan citarasa Moha ni.. orang lain tak taulah macamana.. orang dalam rumah ni memang bukan penggemar kek. Jadi tak yahlah tanya... kalau buat sebiji kek 6 inci tu belum tentu boleh habis haritu juga.. kadang-kadang bagi sepotong pun tak habis.. orang dah tak minat kan? Buatlah cantik camne pun.. tetap takkan tergoda punya..huhu


Kek yang ni pulak, gigih Moha google gambar "hello kitty" ni tau..lepas tu cuba pulak design kat laptop dulu.. hantar design kat customer.. dia setuju barulah "apply" pada kek tu.. susahnya.. berejam nk buat "buttercream transfer" ni.. dahlah dalam tu ada 7 lapis kek pelangi.. krim keju yang lembut.. nak bagi dia kukuh tu mencabar jugalah... sudahnya Moha cucuk 5 batang "chopstik" barulah dia stabil. Gitulah kalau namanya amatur...huhu


Setiap kek yang Moha buat ada ceritanya tersendiri. Yang lucu, sedih, yang tak jadi pun ada.. hahaha.... bila tak jadi tu rasa macam nak duduk dalam gua je.. bertapa! Kihkihkih... mood memang ke dasar laut lah. Tapi tak pernah lepaskan kek yang tak jadi tu pada pelanggan. Kesian diorang.. tak jadi tu silap sendiri kan? Biar bersengkang mata dan perut berlagu keroncong, siapkan juga dekorasi kek macam yang pelanggan minta. 


Kek ni ekspress rakyat... order pukul 2 petang nak ambil pukul 6 petang hari yang sama. Coklat moist pulak tu.. huhu.. sebenarnya tak nak ambil tempahan "last minute" camni... tapi dia beriya nak juga.. untuk ibu dia katanya. Dia baru teringat haritu hari lahir ibu dia. Dia dah pergi tempat lain semuanya tolak.. alahai... tak sampai hati... terpaksalah jadi Charlie Chaplin Moha haritu. Cepat-cepat bancuh dan bakar kek dan dekorasi yang seadaanya. Mujur dia tak cerewet bab hiasan. Tapi Moha yang sakit mata... apa punya dekorasi la camni... grrr... baru ingat nak deko balik dia dah datang. Teruja dia tengok kek yang comot tu dan bawa pulang. Aduuuu sekali lagi mood ke laut nan dalam.. risau dia dan mak dia tak suka pun ye.. susah hati jadinya... Mujurlah malam tu dia telefon. Berterima kasih... Katanya mak dia suka kek tu.. alhamdulillah.. barulah lega rasa hati. Tapi tiap kali tengok gambar kek ni, hmmmm... tak puasnya rasa hati


Dalam pada Moha tak puas hati dengan dekorasi kek tu, ada pula yang minat rupanya. Pelanggan baru ni nak tempah kek bertunang dengan dekorasi yang lebih kurang sama macam kek tu... uikss... dah orang minta macamtu, kita buat jelah kan? Maka terhasillah sebegitu rupa.. 


Entah bila dapat buat kek macamni lagi.. kena tunggu Amsyar besar la jawabnya. Sekarang ni jangankan nak deko kek, nak deko rumah pun tak aman... huhuhu... bertabahlah Moha....





0 comments:

ADAB KAT MANA?

July 04, 2017 Mohaz Sue 0 Comments

Assalamualaikum.....

3 hari lepas kami ke Semenyih. Tujuannya nak cari basikal atau kereta mainan untuk Amsyar. 

Pergi pun dah pukul 6 petang. Hari Ahad pulak tu. Tak sangka banyak kedai dah tutup. Uishhh... awalnya.. musykil aiii..huhu.. dorang pergi beraya ni...

Meronda keliling Semenyih cari kedai yang buka. Akhirnya jumpa satu kedai depan The Store. Masa tu ada seorang lelaki melayu dengan 2 orang anak perempuannya dalam lingkungan umur 5 dan 1 tahun lebih rasanya kat kedai tu. Si kecil tengah duduk atas kereta mainan manakala si ayah melayan yang kakak nya tengah pilih basikal. Cara dia layan anak-anak dia, Moha bagi 5 bintang. Memang baik je layanan dia kat anak-anak dia. Suka tengok. 

Masa Moha nak masuk kedai tu, laluan agak sempit. Tambahan pula anak dia yang kecil tu tengah main kereta di laluan tu. Jadi kami ni cubalah menyelit lalu sehabis baik supaya tak terlanggar si kecil tu. 

Dapat je masuk, kami mula memilih. Amsyar pun kemain teruja memilih sama. Terus duduk atas kereta yang dia pilih. Kereta Amsyar naik tu berdepan dengan kereta si kecil tadi. Tiba-tiba, sedang kami berbincang nak pilih yang mana satu, datang lelaki tadi dari belakang dengan suara garau dan nada yang cukup keras, "Tepi sikit". 

Terkejut tapi terus beralih. Dia terus ambil anak dia dan angkat sekali kereta mainan yang anak dia duduk tu. Nyaris....nyaris sikit je lagi nak kena kepala Amsyar.. tercengang-cengang muka si Amsyar masa tu. Panas dah rasa muka mama dia ni.. tadi dahla takde adab mintak lalu.. angkat kereta macamtu sikit lagi nak kena kepala anak orang tu.. sikit pun tak cakap tumpang lalu ke apa.. paling tidak bagitaula.."kak, saya nak angkat kereta ni...alihkan anak kak jap".. kompom ku alihkan anak dlu. Takut sangat orang ambik kereta anak dia.. huh! Menyirap... 

Tak lama suami ajak balik. Tak beli pun walau harganya berbaloi. Sakit hati punya pasal.. huhu.. takpelah cari kat tempat lain pula. Tokey kedai tu pun macam nak tak nak je layan kami. Ok takpelah... duit kami tak laku kat situ.

Dalam kereta kami luahkan rasa sesal dan sakit hati tentang sikap lelaki tadi. Susah sangat ke nak berbudi bahasa? Selain ayat "Tepi sikit" tak boleh ke cakap "Tumpang lalu" Susah ke nak cakap "Maaf ye nak angkat barang jap"

Mungkin jatuh emas dalam mulut kalau cakap elok-elok kot... lain kali simpan emas dalam bank bang.. selamat. Huh...

Akhirnya semalam alhamdulillah Amsyar dapat kereta mainannya. Papanya belikan di Kajang. Kualiti yang lebih baik dari kedai haritu. 




0 comments: