MANGROVE TOURS ~ HAFIZ'S CHERATING ACTIVITIES

August 28, 2017 Mohaz Sue 5 Comments

HUTAN PAYA BAKAU SUNGAI CHERATING, PAHANG



Sekali lagi, kami menjejakkan kaki di Hafiz's Cherating Activities. Siap memakai jaket keselamatan, kami diberi taklimat mengenai Hutan Paya Bakau.

Masa belajar dulu adalah juga belajar tentang Hutan Paya Bakau dan kepentingannya terhadap ekosistem alam semulajadi. Tapi dah lama ni, terlupa dah. Huhu..


Kali ni dapat informasi secara langsung dari  Encik Hafiz, pengkaji dan pengusaha yang giat memulih dan memelihara hutan paya bakau di sini memandangkan beliau juga pengkaji serangga unik kelip-kelip.


Usaha beliau itu boleh dilihat dengan kebersihan dan ketenangan di sungai itu sendiri. Bersih tanpa sampah. Ini penting kerana jika habitat terganggu, maka sukarlah haiwan liar dan kelip-kelip kekal di sini.


Sepanjang perjalanan menyusuri sungai, Moha hampir terlena. Manakan tidak? Angin yang menyapu muka terasa nyaman dengan pemandangan yang cantik dan suasana yang damai. Macam terapi minda pula rasanya. Relax dan santai.


Sesekali kami berhenti di kawasan tertentu melihat hidupan liar yang kelihatan di pokok bakau. Antaranya biawak, kelawar, kera, dan ular belang kuning. Lupa dah Moha nama-nama gelaran haiwan ni. Padahal abang yang bawa bot tu dah terangkan pun.


Sebelum balik, bergambar kenangan bersama Encik Hafiz


Lepas ni kemana pula? Kita balik resort lah. Nak lepaskan baby penyu! Weeee..tak sabarnya...korang nak tengok? Meh tengok sini.





5 comments:

SELAMAT JALAN CHAMPION ~ ACARA MELEPASKAN ANAK PENYU DI PANTAI CHERATING

August 28, 2017 Mohaz Sue 2 Comments


Sekembalinya kami ke resort, terus menuju ke pantai. Di sana nanti akan diadakan acara melepaskan anak-anak penyu ke lautan luas. 



Sebelum acara bermula sedikit penerangan diberikan. Anak penyu yang akan kami lepaskan ni baru berusia 3 hari. Peluang untuk mereka selamat sangat tipis. 


Berkemungkinan anak penyu menjadi mangsa kepada hidupan laut yang lain atau pemangsa lain seperti burung helang.


Sekiranya anak penyu yang dilepaskan itu berjaya survive sehingga dewasa, ia pasti akan pulang ke pantai ini semula untuk bertelur.

Inilah CHAMPION. Moga dia selamat membesar dan kembali ke sini semula nanti

Bagaimana nak tahu telur yang dikeluarkan itu penyu jantan atau betina dengan melihat di mana lokasi ibu penyu bertelur. Jika bertelur di kasawan lapang, maka kesemua anak penyu adalah penyu betina. Manakala jika bertelur di bawah pokok, kesemua anak penyu adalah penyu jantan.


Bye CHAMP!!


2 comments:

ROMBONGAN KE KUALA KEMAMAN, TERENGGANU

August 27, 2017 Mohaz Sue 2 Comments

DEMO BUAT KEROPOK
 ~KEROPOK CAP INTAN~


Selepas makan tengahari, team KBBA9 bersama keluarga masing-masing menaiki bas bertolak ke Kuala Kemaman. Ada juga yang memandu sendiri memandangkan bas penuh. Perhentian pertama kami di Kedai Keropok Cap Intan.


Di sana kami ditunjukkan demo cara-cara membuat keropok lekor. Kemudian kami diberi peluang membuat keropok lekor. Moha bagi peluang pada geng lain yang buat sebab Moha dah pernah buat sendiri keropok lekor ni. Arwah mak dan bak dulu pun ada buat perniagaan keropok lekor di Mersing dulu. Boleh baca resepi Moha kat sini.


Kak Tati, Kak Dila dan Bella tak lepaskan peluang mencuba bakat menggentel keropok. Keropok yang siap dibentuk terus direbus dan dijual kepada yang ingin membelinya. Moha beli juga sebab suka makan keropok lekor rebus yang masih panas. Kami juga dijamu keropok kering dan keropok lekor goreng beserta air minuman di sana. Selesai membeli-belah, kami ke destinasi seterusnya, Pasar Ikan Kuala Kemaman.

PASAR IKAN KUALA KEMAMAN



Geramnya Moha tengok ikan-ikan yang melambak depan mata. Semua segar-segar belaka. Harga murah pulak tu. Tapi disebabkan kesuntukkan masa, kami cuma cuci mata sajalah. Nak beli belum boleh lagi sebab takde tempat nak simpan. Esoklah sebelum balik singgah semula.

PUSAT PENERANGAN DAN SANTUARI PENYU CHERATING, PAHANG


Destinasi terakhir di Kuala Kemaman,  kami singgah di sini melihat pameran berkaitan penyu. Banyak maklumat yang menarik ada di sini. Sesuailah bawa anak-anak ke sini disamping mempelajari tentang penyu dan hidupan laut yang lain, mereka juga dapat tengok penyu hidup secara langsung yang ada di kolam di situ.


Di sini juga mereka menetaskan telur penyu dan menjaga anak penyu dengan baik sehinggalah tiba masa yang sesuai untuk dilepaskan ke laut.


 Baby penyu yang akan dilepaskan nanti

Sebaik sahaja menurunkan ahli keluarga kami di resort, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Cherating semula. Kalau semalam tengok kelip-kelip, harini tengok hutan paya bakau pulak. Khabarnya rakaman filem Munafik2 dibuat di sini. 

2 comments:

BELAJAR MENYELAM DENGAN MUCK DIVE SCUBA

August 27, 2017 Mohaz Sue 4 Comments


Habis acara telematch, berehat sekejap sementara nak tunggu acara seterusnya iaitu belajar menyelam dengan Muck Dive Scuba.


Sementara menunggu tu, sempatlah Moha, Kak Dila, Kak Tati dan Kak Nina panjat batu replika yang ada di tengah-tengah kolam tu. Kalau nak panjat sorang-sorang tu Moha segan sikit.


Bila ada geng, buat macam tempat sendiri pulak Moha ni kan? Heee...kasi canlah. Sesekali je ni.


Kesian Min tak dapat join sebab kaki dia luka. Takpe Min..next time datang lagi panjat batu dengan abang. Jangan lupa pose Titanic ok? Hehehe..Syok aih duduk atas tu. Walaupun panas terik, tak terasa panas sebab angin kat atas tu best je.. uiii..boleh khayal duduk situ lama-lama.


Kami berkumpul di tepi kolam mendengar penerangan mengenai skuba. Cara menggunakan peralatan skuba dan beberapa perkara penting tentang skuba diterangkan. Moha ni jangankan menyelam, berenang pun tak lulus. Elok juga kalau belajar menyelam ni. Sekurang-kurangnya tau jugalah teknik-teknik menyelam yang betul. Nanti dapat tengok hidupan laut secara "live". Best tu!



Kat sini rupanya ada juga kelas belajar menyelam tau. Kita akan diajar dari asas sehinggalah kita betul-betul mahir.


Bahasa isyarat pun akan diajar. Kenapa? Sebab nanti bila dalam air mana boleh bercakap. Jadi kenalah guna bahasa isyarat. Manalah tau ada sebarang masalah dalam air tu, bahasa isyarat ni lah cara berkomunikasi nanti. Isk korang ni pun..tu pun tak tau..heh heh..


Memandangkan masa dan peralatan pun ngam-ngam je, jadi 2 orang Faizal mewakili team KBBA9 menyelam dengan peralatan selam tu.




Selepas makan tengahari nanti kitorang nak pergi rombongan ke Kuala Kemaman pula. Nak tau ke mana lokasinya, boleh baca kat sini.




4 comments:

TELEMATCH & SEA RAFTING YANG HAPPENING

August 27, 2017 Mohaz Sue 2 Comments


Sumber gambar dari www.legendresort.com.my
HARI KEDUA DI LEGEND CHERATING

Kalau ikutkan dalam tentatif program, lepas subuh tu sebenarnya nak pergi tepi pantai tengok matahari terbit. Tapi tak kesampaian sebab si Amsyar meragam. Takpelah dapat tengok dari beranda pun jadilah. Korang kalau datang sini jangan lepaskan peluang tengok matahari terbit ni. 


Pemandangan waktu tu SubhanAllah.. cantik sangat diiringi bunyi ombak menghempas pantai lagi. Timbul suatu perasaan yang sukar digambarkan pada waktu tu. Cukup tenang. Setenang air di kali.

Pukul 7 pagi kami turun bersarapan. Menu sarapan di sini memang banyak dan tidak mengecewakan. Nasi lemak, bihun goreng, bubur, lempeng kelapa, dan banyak lagi siap sedia untuk dijamah. Makanlah apa saja yang berkenan di hati. Tapi ingat! Jangan membazir. Membazir kan amalan syaitan. Ambil sikit-sikit kemudian tambah lagi. Jangan ambil banyak-banyak lepas tu tak habis makan. Sayang rezeki dibuang begitu saja.

Nasi lemak tapi kidnap lauk bubur. Sedap!

Lempeng kelapa dengan kari sardin

Ambil plain croisant, belah tengah, sapu butter, letak mayonis, sos lemon, sos thousand island, keju, salad dan kepingan ayam salai...jeles je Amar tengok 



LARI-LARI DALAM GUNI, KALAU JATUH BANGUN SENDIRI

Selesai makan kami jalan-jalan sekitar pantai sebelum berkumpul untuk acara telematch atau sukaneka. Cuaca ketika ni dah mula panas terik. Tapi kami tak risau. Sebab kulit kami dah dilindungi oleh produk Cosmoderm sepanjang beraktiviti di sini. Produk apa yang diguna, boleh tengok kat sini.

Tekunnya Haziq

Acara kanak-kanak dimulakan dahulu. Meriah mak ayah jadi tukang ajar dan tukang sorak. Ada juga kumpulan yang tersingkir sebab cuba menipu. Isk isk isk..  Orang suruh pegangkan botol je. Yang pergi tuangkan air terus sampai penuh botol kenapa? Hahaha.. kelakar la.. Itulah...siapa suruh mengelat? Kan dah kena..hihihi..ala main suka-suka je kan. Nasib baik budak-budak tu tak hangin. Haha..


Acara dewasa tak kurang havocnya. Sporting sangat masing-masing. Antara acara yang paling lucu ialah lari dalam guni. Macam-macam gaya ada. Yang berlari, melompat, yang catwalk pun ada..haha..comel sangat.


Acara bowling pantai pun kelakar juga. Masing-masing nak tunjuk skill. Ada yang berlagak ala-ala profesional. Sekali lempar kelapa, satu botol pun tak jatuh! Kuang kuang kuang... Memang jadi kenangan terindahlah telematch ni.


Selesai acara telematch, kami bersurai. Siapa menang atau kalah itu tak penting. Yang penting kerjasama antara setiap pasukan sangat bagus. Semua sporting walaupun cuaca agak terik.

Yang asyiknya, dapat makan brownis kedut Abam Korie dan Coklat Moist Kak Nina. Memang best! Ala..tak ambik gambar pulak...korang terjah jelah blog abamkorie dan ninamirza kalau nak tengok desert maveles tu ea..

Lepas ni, nak belajar menyelam, lepas tu rombongan ke Kuala Kemaman, balik dari tu lepaskan anak penyu dan penutup makan malam.

MAKAN MALAM BERTEMAKAN "PIRATE"

Makan malam terakhir kami di sini berkonsepkan BBQ dan bertemakan "pirate". Tapi takdelah kitorang ni pakai ala-ala lanun pula. Masing-masing agak keletihan dan lapar. Jadi fokus lebih pada makanan je..hihihi...













SEA RAFTING ~ PENTINGNYA KERJASAMA DALAM PASUKAN


Hari ketiga, 3 kumpulan dibentuk untuk acara Sea Rafting. Kali ni aktiviti melibatkan laut pulak. Alamak! Dah lama sangat tak masuk dalam air laut ni. Nerves rasanya. Sebelum memulakan aktiviti, kita panaskan badan supaya nanti tak mengalami kekejangan otot. Sedikit taklimat diberikan terlebih dulu. Ini penting. Kalau tak nanti tak tahu pula apa matlamat dan tujuan acara.


Dalam acara ni kami dikehendaki mengikat rakit menggunakan buluh, tali dan pelampong yang disediakan. Cara pemasangan dan ikatan ditunjukkan terlebih dahulu sebelum acara dimulakan.


Dalam acara ni, kami dikehendaki memasang dan mengikat rakit, kemudian mengangkatnya hingga ke air laut. 7 orang di atas rakit dan 2 orang lagi memegang rakit sewaktu rakan pasukan naik atas rakit. Rakit perlu dikayuh hingga ke pelampung yang ditanda dengan bendera. Selepas mencapai bendera, kayuh rakit patah balik ke pantai dan mengangkat rakit ke darat. Dah sampai darat, buka ikatan rakit semula dan susun seperti asal.


Pada mulanya, agak kekok juga nak ikat tali tu. Lupa skil dah. Dua tiga kali mencuba baru berjaya. Akhirnya siap juga rakit kitorang hasil kerjasama sepasukan.

Sebelum memulakan pertandingan mengayuh rakit, kami diminta masuk ke dalam air laut untuk menghilangkan rasa gemuruh.


Kemudian acara pun dimulakan. Tak pernah seumur hidup kayuh sampan, tiba-tiba nak kayuh rakit pula. Memang kelam-kabut Moha sudahnya. Manakan tidak, ombak menolak ke kiri sedangkan kami nak ke kanan! Nak menuju ke tengah laut dan capai bendera kemudian berpatah balik, bukannya mudah tu. Aduhai.. lenguh tangan dibuatnya. Masa nilah kena dengar arahan ketua kumpulan betul-betul. Barulah rakit tu bergerak ikut arah yang betul.


Walaupun penat dan mengah, aktiviti ni paling seronok rasanya. Korang kalau datang sini buat teambuilding, jangan lepaskan aktiviti macam ni. Jangan bimbang pasal lemas dan sebagainya. Keselamatan kita sangat diutamakan oleh pihak pengurusan. Ada jaket keselamatan, bot penyelamat malah Encik Meor dan pasukannya pun turut berenang mengiringi rakit sepanjang dalam laut tu. Memang tip-top!

Dah alang-alang basah, terus mandi kolam lah. 3 hari kat resort, baru harini Moha terjun dalam kolam tu. Nak berenang tak reti jadi berendam jelah..huhu..


Puas berendam, balik ke bilik berkemas dan turun makan. Selesai makan terus berkumpul dan Moha pulangkan kunci bilik untuk check out.

Tapi sebelum tu, kami dibawa melawat bilik-bilik yang ada di resort ni. Memang cantik bilik yang dah upgrade baru ni. Lagi terpesona mata kami bila dibawa ke Penthouse. Pergh..cantik weh..




Jakuzi






Tak lupa bergambar ramai-ramai sebelum balik untuk dijadikan kenangan. Percutian kali ni sangat indah dan menyeronokkan. Semuanya ditaja. Kami hanya mengeluarkan perbelanjaan petrol kereta sendiri dan tol sahaja.



Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari 9, Legend Cherating Resort dan Hafiz's Cherating Activities.


Kalau korang nak bercuti di sini dan buat macam-macam aktiviti macam kitorang, bolehlah hubungi Encik Meor. 






2 comments: