Advertisement

Kebakaran disangka kecurian


Ya Allah.. seumur hidup inilah pertama kali berhadapan situasi macam ni. 

Mujur waktu kejadian (12 lebih), Moha dan suami baru je naik ke tingkat atas tiba-tiba terdengar pintu gril jiran (selang sebuah rumah) digegar kuat disusuli jeritan isterinya. Masa tu cuma terfikir perompak je. Cepat-cepat kami jenguk keluar tingkap.

Ternampaklah jiran-jiran lelaki yang berkawal di pondok keselamatan berkejaran ke rumah yang dah dijilat api. Suara budak-budak menangis nyaring mula kedengaran. 

Allah.. berdegup laju terus rasa jantung ni. Terus suami suruh turun sementara dia kejutkan anak-anak yang tidur di bilik sebelah. Bimbang api melarat ke sini pula atau kelemasan dek asap yang dah mula terhidu ni. 

Bekalan elektrik di rumah juga tak semena-mena terputus. Jadi memang tak perlu nak tunggu dalam rumah lagilah. Mengundang bala namanya!

Syukur alhamdulillah, mujur ramai yang berkawal malam ni. Tindakan pantas diorang setidaknya dapat membantu keluarkan mangsa, dan memadamkan api dengan menyiram air dan menggunakan pemadam api sementara tunggu bomba sampai. 


Lepas api dah padam barulah 2 buah pasukan bomba dan 1 kereta polis sampai. Namun mereka tetap masuk untuk pastikan kebakaran dah padam sepenuhnya.

Tergamam tak tau nak buat apa!

Waktu kejadian, cuma si isteri dan 2 anak kecil saja yang berada di rumah dan sedang tidur di ruang tamu. Suaminya baru je keluar sekejap jumpa nak isi minyak kereta. 

Menurut cerita jiran yang selamatkan si abang tu, katanya lepas nampak kakak tu keluar cuma dengan si adik, diorang terus tanya mana yang lain. Kakak tu cuma tunjuk arah rumah tak mampu cakap apa lagi dah. Terus salah seorang dari yang berkawal tu terjah masuk dan selamatkan si abang yang kaku berdiri tak berganjak. Dia takut!

Mungkin sebab terlalu lama terdedah dengan bahang haba yang panas tulah jadi punca kulitnya yang nipis tu melecur teruk. 

Sementara tunggu pemeriksaan bomba dan polis selesai, kami pergi ke klinik 24 jam tengok keadaan kakak tu dan 2 anaknya. Luluh hati ni tengok keadaan diorang. Anak-anaknya melecur agak teruk juga. Yang sulong (7 tahun) 60%, bongsu 40% dan kakak tu 20%. 

Yang bongsu tu jiran kami dukung, Moha pula dukung yang sulung dan cuba tenteramkan dia. Masa tu memang tak sanggup tengok kepayahan dia menahan sakit. 

"Api! Tolonglah... sakit" katanya. 

Bila tengok anak-anak ni meraung kesakitan dan ketakutan macamtu, lagi hati ni tak tertahan. Sambil tahan air mata, Moha tiup-tiupkan tempat yang melecur tu. Terutama kat kedua-dua cuping telinga dia. tiap kali dia cakap api, Moha jawab api dah padam. Dah takde apa-apa. Jangan takut lagi.. dia diam sekejap. Tapi lepas tu meraung lagi. Huwaaaa.. rasa nak nangis jugak!

Bayangkan kita yang melecur sikit pun dah pedih, dia lagilah.. sampai terkopek kulit! Kulit yang gelembung sana-sini pun ada.. kedua-dua tangan kaki berbalut melecur habis, kuping telinga melecur, kulit badan terkopek. Allah.. sakitnya! 

Yang bongsu tak berhenti menangis nak didukung mamanya. Tapi mana boleh. Tangan mama dia pun melecur. Badan pun sakit-sakit! 😭😭 Waktu macam nilah harap sangat ada kuasa magic yang boleh hilangkan rasa sakit tu semua. Ya Allah, kurangkanlah penderitaan sakit diorang ni. 

Forensik buat siasatan

Post a Comment

0 Comments