Lawatan KBBA9 ke Jabatan Hab Halal JAKIM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Harini kami dijemput ke Jabatan Hab Halal JAKIM bagi mendengar taklimat dan penerangan mengenai isu viral Halal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ini.






Seringkali berlaku penyebaran yang tidak tepat mengenai status HALAL sesuatu produk (terutama makanan) tanpa mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dari pihak JAKIM sendiri.

Syukur sekarang ramai yang lebih prihatin dan menitikberatkan status HALAL produk-produk yang ada dipasaran sekarang. Namun yang tidak moleknya, pantang ada isu TIDAK HALAL sesuatu produk yang diketahui secara lisan atau secara kebetulan, ianya menjadi viral dengan begitu pantas sekali tanpa usul periksa terlebih dahulu. Perlu diingatkan, sesuatu itu tidak boleh dijatuhkan hukum HARAM melainkan jelas ciri-ciri keharamannya.

Akibatnya penularan sesuatu isu yang tidak benar, produk tersebut dipulaukan. Yang menanggung rugi siapa? Tentulah pengusaha atau pengeluar. Yang dapat untung siapa? Fikir-fikirkan..

Mencari yang HALAL itu fardu bagi kita umat Islam. Maka itulah sebaiknya elakkan syubhah kerana dikhuatiri menjadi fitnah. Makna kata, kalau was-was, carilah kepastian. JANGAN terus sebar.


Sekarangkan semua maklumat ada di hujung jari. Malah pihak  JAKIM sendiri ada menyediakan Laman Interaksi HALAL Bersama JAKIM di Facebook : HALAL HAB JAKIM


Korang boleh terus berinteraksi dengan pegawai yang bertugas atau mendapatkan apa-apa sahaja maklumat yang ada dimasukkan dalam album gambar  mereka.


Korang juga boleh  menyemak sendiri status halal sesuatu produk di facebook pages ni atau di aplikasi SMART HALAL yang boleh didownload dari playstore. 


Senangkan? Nak travel kemana-mana negara pun tak ragu-ragu dah dengan logo HALAL yang ada tu. Tinggal rujuk je kat situ. Lepas ni kalau dapat info viral, semak dulu ye.



PERMOHONAN SIJIL HALAL


Buat pengusaha produk terutama pengusaha produk IKS yang tercari-cari maklumat atau cara hendak mendapatkan sijil HALAL bagi produk mereka, boleh terus datang ke sini. Dapatkan penerangan yang lebih jelas. Pegawai yang bertugas akan membantu sebaik mungkin.

Proses kelulusan status HALAL memakan masa 15 ke 30 hari sahaja selepas bayaran dibuat sekiranya menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jumlah bayaran pula hanya RM200 untuk 2 tahun. Murah je kan? Datang ke JAKIM berdekatan untuk maklumat lanjut ye.

Ingat ye, semak sebelum viral.




Comments

  1. mudah kan ada apps, baru tahu ada semalam

    ReplyDelete
  2. segalanya mudah sekarang, orang yang viral sesuka hati tu tanpa cek details sebenarnya kan?

    ReplyDelete
  3. senang dah sekarang lepas kita tau ada aplikasi smart halal ni. boleh direct je semak status sesuatu prduk

    ReplyDelete
  4. Mudah dah sekarang dengan adanya Apps Smart Halal kannnn

    ReplyDelete
  5. Harap harap lepas ni,ramai la yang memohon sijil halal untuk produk mereka.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, meriah sungguh kelab blogger ni ye. salam kenal dari newbie.

    ReplyDelete
  7. Salam singgah sini dan follow :)

    btw jom join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  8. bila ada info macam ni, usahawan bumiputra tak takut la nak apply sijil halal Jakim lepas ni.. baru tahu senang je sebenarnya nak dapatkan sijil halal

    ReplyDelete
  9. Senangkan dah ada apps ni..nak semak cepat jer dapat jawapannya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah

Resepi Ikan Bakar Paling Senang