Posts

Showing posts from December, 2017

Minyak Kelapa Dara Ibu

Image
Assalamualaikum...

Tadi dah cerita pasal lupa diri yang dah semakin meningkat usia dan segala kesan yang mula terasa kan.. ni nak cerita apa yang Moha ambil sebagai ikhtiar nak baik.

Cuba Amal Minyak Kelapa Dara Ibu




Memandangkan dah banyak sangat masalah tu, takkan nak biar je kan? Kenalah ikhtiar juga. Jadi kali ni Moha cuba minum Minyak Kelapa Dara Ibu (MKDI) ni pula. Minum? Yelah.. minum. 1 sudu je pun kena minum.



Ala.. dah nama pun minyak kelapa. Rasa kelapa la. Ok je rasa dia. Takdela kuat sangat rasa kelapa tu.  Dah telan tu, sekejap dah hilang rasa tu.


Tapi yang best tu kesan dia. Haa meh nak cerita. Baru semalaman minum minyak ni, esok paginya tu lawas sungguh membuang air besar. Mudah dan paling cepat rasanya. Wah! Makcik suka! Tak perlu nak termenung lama-lama dalam tandas lagi dah. Mesti Amsyar pun suka sebab tak payah nak nangis-nangis jadi jaga depan pintu lagi kan? Hihihi

Itu baru pengalaman pertama. Yang kedua Moha rasa perubahan lepas ambil MKDI ni, kulit terasa makin …

Bila kadang-kadang lupa diri

Bila orang tanya umur sekarang ni berapa? Selalu sangat tersasul sebut 32. Padahal dah 37 ler umur.. hahaha.. Tak agak-agak nak muda ea? Sokmo gitu!
Semua tu tak dirancang ye. Memang spontan keluar angka tu dari mulut ni. Nasib baik juga tersebut 32. Kalau sebut 21? Haaa... dah kenapa? Buang tebiat? Huhuhu..
Tak lama lagi dah nak masuk 4 siri. Pergh..makin tua rupanya. Macam baru semalam je rasanya ambil keputusan SPM. Tak percayakan? Samalah kita..tak percaya juga nih..hahaha.
Sejak dah meningkat dewasa ni, biasalah.. banyak perubahan berlaku pada tubuh badan sendiri. Dari hujung kepala ke hujung kaki. Silap sikit je, mulalah sakit sana sakit sini. Lagi-lagi kalau dah beranak-pinak ni. 
Alahai..  beza sungguh! Dulu masa  remaja, rambut lebat gila. Kalau nak ikat rambut kena guna getah yang besar tu. Yang kecik, kirim salam ea. Tak muat nak ikat semua. Sekarang? Getah rambut yang besar tu boleh buat pameran dah. Simpan jelah buat kenangan. Banyak gila rambut gugur. Nipis dah rambut. …

Bujang Mama dah besar

Image
Assalamualaikum...
Semalamkan hari lahir Amsyar yang ke-2 tahun. Besar dah bujang mama. Pagi-pagi dah bawa dia pergi klinik (memang dah set siap-siap temujanji pada tarikh tu. Senang nak ingat). 

Amsyar memang suka sangatlah dapat berjalan. Riuh mulut dalam kereta. Sebutir abuk mama tak faham dia cakap apa. Haha.. abang-abang dia tinggal kat rumah je. Klinik tu dah cukup sesak dengan orang ramai. Tak yah nak tambah lagi dah kot. Duduk rumah lagi syok diorang cakap.
Mujur jugalah tak merajuk sebab tak dapat ikut tu. Hai kalau merajuk, tambah pening kepala mama nak pujuk. 3 orang anak lelaki, semua lain karektor. Si Haziq kalau merajuk, dia tak cakap banyak. Masam je muka. Kalau kita cakap apa-apapun dia buat tak tau je. Cara dia nak lepaskan geram dia tu, dia akan mengemas. Siaplah kau siapa letak barang sepah-sepah. Memang tak jumpa dah lepastu. Lepas tu dia akan reda sendiri. Tapi kalau kita nak pujuk masa tu juga, dia akan cair bila kita cakap lembut-lembut (lembut gigi dari lidah …

Zaman belajar dulu

KOSASS Engkaulah Permata
Menyinar Disetiap Warga
Engkau Kolejku
Dan Juga Rumahku
Oh KOSASS Kau Kebanggaanku Ku Curah Kasih Padamu
Berbakti Disepanjang Waktu
Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata
Akan Ku Realiti Segala Cita *
Pintar, Harmoni, Cemerlang
Warga KOSASS Warga Gemilang
Tiada Satu Yang Khianat Dan Curang
Tiada Satu Yang Kecundang Setiap Satu Pemimpin Terbilang
Satria PALAPES Dijulang
Bertekad Memimpin Kemercu Dunia
Itulah Cita yang Mulia
Ni lirik lagu PERMATAKU KOSASS
(Komposer: Dr.Norazah Bt Omar)
Tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga lagu ni. Setiap bait lirik setiap melodinya menyentuh hati. Rindu. Susah nak digambarkan rasa yang satu tu. Cepat betul masa berlalu. 16 tahun..
Lepas tamat SPM, sambung belajar di UPM. Yang dipohon bidang akaun. Tapi entah macamana dimasukkan ke bidang perhutanan. 
Hahaaa..mentang-mentang ayah kita bekas forester, anak pun kena belajar bidang sama ea? Takdelah.. Kebetulan je tu.. dah rezeki dapat bidang tu. Teruskan jela.. masa tu memang ramai…

Lawatan KBBA9 ke Jabatan Hab Halal JAKIM

Image
Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Harini kami dijemput ke Jabatan Hab Halal JAKIM bagi mendengar taklimat dan penerangan mengenai isu viral Halal dan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ini.





Seringkali berlaku penyebaran yang tidak tepat mengenai status HALAL sesuatu produk (terutama makanan) tanpa mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dari pihak JAKIM sendiri.
Syukur sekarang ramai yang lebih prihatin dan menitikberatkan status HALAL produk-produk yang ada dipasaran sekarang. Namun yang tidak moleknya, pantang ada isu TIDAK HALAL sesuatu produk yang diketahui secara lisan atau secara kebetulan, ianya menjadi viral dengan begitu pantas sekali tanpa usul periksa terlebih dahulu. Perlu diingatkan, sesuatu itu tidak boleh dijatuhkan hukum HARAM melainkan jelas ciri-ciri keharamannya.

Akibatnya penularan sesuatu isu yang tidak benar, produk tersebut dipulaukan. Yang menanggung rugi siapa? Tentulah pengusaha atau pengeluar. Yang dapat untung siapa? Fikir-fikirkan..
Mencari yang H…

Sehari Bersama KBBA9 di Showcase Gempak Giler Bangi Wonderland

Image
Assalamualaikum...
Harini kitorang dijemput bersama-sama dengan 17 lagi keluarga dari team KBBA9 dan juga rakan media yang lain bagi memeriahkan Program Showcase Gempak Giler yangdiadakan sempena cuti sekolah yang bermula pada 1 Disember 2017 hingga 10 Desember 2017 di Bangi Wonderland

Haa.. dah cuti tu apa kata hiburkan hati anak-anak dan keluarga termasuk diri sendiri dengan setiap permainan serta persembahan yang diadakan di sini. Syok ooo..

Sebelum acara dimulakan, sempat juga kami buat kejutan birthday buat incik bos kami iaitu Ben Ashaari. Happy birthday Aben..  Semoga terus diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, bahagia bersama keluarga tercinta, dan dilimpahkan segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat.


Acara dimulakan dengan ucapan GM yang seterusnya merasmikan program ni. Selain mandi-manda dan main air, ada juga persembahan artis-artis terkenal tau. Macam harini ada Ameng Spring dan juga Ezad Lazim yang akan menghiburkan semua yang hadir. Keesokkannya (3hb), Dato…