Advertisement

Semak Keputusan UPSR Haziq Secara Online?

Assalamualaikum...

Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Semalaman tak lena tidur dibuatnya. Mengada ek? Anak yang periksa,   mak yang neves tak agak-agak. Heh..heh..heh

Haziq bangun awal harini. Siap-siap macam biasa. Riak wajah pun biasa-biasa je. Takde pun riak gelabah dan sebagainya. 

"Nak mama datang ke nanti?" Apa punya soalanlah mama tanya kan? Mestilah dia nak. Hari penting dia ni kan. Hari keluarnya keputusan UPSR dia. Sekali je ni seumur hidup. Bukannya ada ulangan lagi dah. 

"Tak payahlah ma. Nanti mama  susah. Nak jaga Amsyar lagi. Nanti dia menangis pulak"  Allahu.. kamu sangat memahami nak.. dalam masa yang sama kamu buat mama terharu.

"Ok macamni.. Haziq bawak handphone ni. Nanti kalau mak ayah kawan-kawan Haziq dah ada yang datang, Haziq sms mama". 

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai sudah dia tak sms pun. Mujur papa dia ingatkan mama dia ni semak keputusan online je. Jadi mama pun cepat-cepatlah semak. 

Hantar sms kat no 15888 tu. Nasib baik no giliran Haziq mama ada simpan kat telefon ni. Kalau tak, tunggu jelah Haziq balik dalam debaran gitu..huhu

"RM0.20 UPSR: Semakan Keputusan UPSR 2017 bermula 10pg,23/11/17. Info lp.moe.gov.my Taip UPSR<jarak>ANGKAGILIRAN & SMS ke 15888. Cth: UPSR AZ1211221"

15 minit selepas hantar sms tu, keputusan pun dah dapat. Syukur Ya Allah. Ternyata Haziq dah buktikan Haziq pun boleh berjaya dapat keputusan yang cemerlang. Walaupun sebelum tu Haziq cakap Haziq tak yakin, tapi segalanya terbukti harini. Tahniah sayang. Berbaloi segala usaha yang Haziq dah buat selama ni. Alhamdulillah...

Post a Comment

1 Comments