Berkhatan di KPMC, Kajang

Assalamualaikum...

Ada orang nak dikhatankan hari ni. Hihihi.. pagi-pagi lagi mama dah kejutkan diorang. Mama yang over excited yang sebenarnya. Budak berdua tu tak taulah apa perasaannya.   Haha..

Yea yeay..anak-anak mama dah jadi orang bujang..hahaha..(gedik juga mama dia rupanya..huahuahua)

Haziq dan Amar harini turut serta dalam program berkhatan anjuran Majlis Perbandaran Kajang.  Seramai 21 orang kanak-kanak akan dikhatankan harini yang mana berusia seawal 4 tahun sehingga  12 tahun. 

Masing-masing berpakaian baju melayu. Diarak masuk dengan iringan bunga manggar dan paluan bunyi kompang. Kemudiannya ditempatkan dalam khemah utama. Dapat duduk kat tempat YDP nak berucap tu. Kelas korang. Betul-betul diraikan harini. Siap potong pulut kuning lagi.

Lepas sessi ucapan YDP, potong pulut kuning dan bergambar sebelum dikhatankan, acara yang budak-budak ni tunggu pun tiba. Apalagi kalau bukan acara bersiram. Bukan main seronok lagi masing-masing kena sembur air pancuran dengan YDP.

Eh, Si Amsyar pun tumpang sekaki tu. Sikit-sikit dia jalan ke depan kumpulan budak-budak tadi. Apalagi, semua orang gelaklah. Peserta paling kecik yang nak khatan. Haha.. idokle weh! Tak mampu mama nak jaga tiga orang sekaligus nanti.

Sebelumnya papa dia dah tanya ada bawa baju dia ke tak. Memang sentiasa bawa baju spare. Jadi takde masalahlah.  Tak padan dengan saiz dia tu. Sekali kena sembur dengan air tu, nyaris terlentang dia. Mana taknya, tekanan air tu kan kuat. Dia dah la ringan je. Amsyar..Amsyar.. sekali kena sembur terus tak berani dah nak mandi. Dia duduk tepi je lepas tu. Dapat rasa tempias air sikit pun jadilah.

Selesai acara mandi yang meriah tu, dorang tukar baju yang dah diberi. Kemudian kami semua beramai-ramai berjalan kaki ke KPMC Kajang.

3 orang dikhatankan serentak dalam satu bilik mengikut giliran sehingga selesai semuanya. Haziq orang yang keberapa pun mama tak ingat dah. Leka melayan Amsyar main gelongsor yang disediakan kat situ. Tapi nama Haziq dipanggil dulu sebelum  Amar. Papa yang temankan Haziq.

Belumpun Haziq siap, nama Amar pula dipanggil. Nampaknya mama la yang kena teman sambil dukong Amsyar. Dapat masuk bilik tu, mama ambil kesempatan tengok Haziq. Nampak dia tenang je. Tak sakit katanya.  Oklah macamtu. Harap Amar pun nanti macamtu.

Ternyata Amar tak macam Haziq. Bius tak jalan sepenuhnya masa dia kena "potong" tu. Menggeletek juga dia. Sakit tu! Papa tanya doktor tu. Katanya memang ada setengah budak bius lambat jalan. Macam kes Amar 70% je bius dah berkesan. Lagi 30% tu yang pending. Patutlah dia sakit. Meleleh air mata dia. Kesiannya anak mama. Tak sanggup mama tunggu. Jadi mama teman Haziq. Biarlah papa je yang bagi sokongan kat Amar dalam bilik tu.

Dalam kereta masa nak balik tu Haziq dah mula rasa sakit. Silap mama tak bagi dia terus makan ubat masa tunggu Amar siap tadi. Dah dia mengadu sakit baru nak bagi ubat, jawabnya lambatla ubat tu nak berkesan. Tak senang dudukla Si Haziq dalam kereta. Mama pulak tak senang hati. Aduhai..cepatlah ubat buat kerja!

"Tahanla Haziq. Mama dulu beranak lagi sakit. Gunting lagi, jahit lagi. Mana ada bius. Nak bersalinkan Amsyar lagi sakit. Belah perut lagi. Ni sunat potong sikit je" pujuk papa. Tu papa bagi ayat pujuk ke ayat senangkan hati sendiri tu? Huhuhu..

Cepatlah sembuh korang berdua. Mama tak sanggup tengok korang sakit. Hilang dah senyuman ceria masing-masing masa bersiram tadi. Moga cepat tersenyum balik.

Comments

  1. Cepat sembuh anak-anak. Insha Allah.

    ReplyDelete
  2. Biasalah anak-anak ni tak pernah merasa sakit, bersunat pun diorang seriau kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah

Resepi Ikan Bakar Paling Senang