Apam kek kukus gebu guna blender

Assalamualaikum

Harini Amar ada jamuan akhir tahun sekolah agama dia. Beriya minta belikan air karbonat nak bawa ke jamuan tu. Alamak.. takkan nak bawa air je kan? Hmm... nak buat menu apa ni ye?

Fikir punya fikir, bahan-bahan yang ada kat rumah ni bolehla buat apam kek ni. Nak buat pun bukan susah. Guna blender je. Nak cuba buat? Meh Moha kongsi resepi senang giler ni.


Apam Kek Kukus

Bahan A
1/2 cawan gula perang (kalau takde boleh guna gula pasir)
3 biji telur gred A
1 sdk esen vanilla
1/4 sdk garam
1 sdb ovallet


Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder


Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.

2. Masukkan bahan A ke dalam blender. Kisar sehingga gebu berwarna putih. Kalau blender biasa (bukan heavy duty), kisar sekejap-sekejap. Kang rosak pulak blender tu.) Dah gebu tu, bolehla pindahkan ke mangkuk yang lebih besar.

3. Masukkan bahan B sikit-sikit dan kaup balik.

4. Asingkan beberapa bahagian jika hendak campur pewarna. Masa ni boleh panaskan periuk kukus dengan api besar.

5. Tuang dalam acuan yang dah dilenserkan minyak terlebih dahulu. Tutup permukaan acuan dengan plastik dan kukus selama 20 minit dengan api besar.

Siap kukus apam kek ni, si Amsyar terus cakap "yeay!". Tak menyempat apam tu sejuk dia dah mintak. Makanya bagilah dia sepotong. Habis sepotong, mintak lagi.. alamak! Tak cukup nampaknya Amar nak bawak ke sekolah macam ni. Nak buat lagi, perkakas dah simpan.

Terpaksa juga akhirnya buat sebiji lagi. Amsyar dah makan suku bahagian pun. Siap sendawa lagi..huhuhu...suka betul dia makan apam kek ni. Mana taknya, tekstur kek lembut dan gebu. Tak manis sangat. Tak muak makan. Tak rasa tercekik pun.

Nasib baiklah nak buatnya pun mudah. Bolehla korang cuba buat untuk sarapan atau minum petang pulak. Kalau nak guna mixer pun takde masalah. Lagi cepat siap. Yang penting adunan tu gebu, putih dan ringan. InsyaAllah menjadi punyalah apam kek tu. Mesti tak menyesal punya. Selamat mencuba..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Petua : Cara Selesaikan Masalah Nasi Mentah

Resepi Ikan Bakar Paling Senang