Posts

Showing posts from November, 2017

Hari graduasi Haziq

Image
Assalamualaikum..
Hari yang ditunggu dah tiba. Kemain awal pagi budak Haziq dah bangun. Semangat ooo nak graduate. Hehe.. Lepas siap-siap pakai baju melayu, pakai samping, terus nampak hensem. Eh, tak percaya? Nah belanja gambar.. hensem kan? Ngehngehngeh.. nilah baju yang beli kat Nilai 3 tu.


Pagi ni cuma penyampaian skroll je. Malam nanti ada jamuan akhir tahun khas untuk pelajar saja pula. Habis dah zaman sekolah rendah Haziq. Lepas ni masuk sekolah menengah pulak.


Grand betul graduasi budak-budak darjah 6 sekarang ni. Zaman mama dulu nan hado  graduasi macam ni. Diorang siap berjubah macam kat universiti oooo.. mama is jeles!

Amar tak dapat ikut harini. Tiba-tiba demam pulak. Nak rehat kat rumah je katanya. Okaylah. Lagipun kalau dia ikut bukan dia boleh buat apa. Cuaca pun panas ni. Budak Amsyar pun kemain ligat berjalan sana-sini. Mujur ada foyer lapang boleh lepak sementara tunggu acara habis.




Ikutkan tentatif, acara habis pukul 12.30 tghari. Tapi mujurlah habis awal. Tak tah…

Misi mencari baju melayu dikala bukan musim raya

Assalamualaikum...
Esok hari graduasi si Haziq. Haritu kalutlah dok mencari baju melayu. Sebab esok kena pakai baju melayu. Raya baru2 ni diorang takde baju melayu sebab dah beli kurta. Ni majlis graduasi tiba-tiba kena pakai baju melayulah pulak.. uishhhhh.. mana nak cari baju melayu ni? Bukan musim raya dah ni..pergi dah cari kat pasaraya yang terdekat ni. Tapi orang dah simpan stok untuk tahun depan pulak...alaaaa masak!
Gigih mama cari kat online. Ada tu ada. Tapi harga agak mahal juga. Suami pulak ragu-ragu dengan kualiti kain. Memang patut pun. Sebab dah terkena okay. Beli online sekali dapat, kainnya nipis amat. Huhu..sadis!
Tiba-tiba tergerak hati nak pergi cari kat Nilai 3. Orang kata semua barang ada kat situ. Okay..nanti kita pergi terjah. Harap-harap ada.
Sampai Nilai 3, berpusing-pusing juga mencari kedai yang ada jual baju melayu. 2-3 kedai kami masuk, tapi yang ada cuma baju melayu untuk dewasa je. Haish...mencabar juga cari baju melayu budak-budak ni.
Akhirnya teringa…

Apam kek kukus gebu guna blender

Image
Assalamualaikum
Harini Amar ada jamuan akhir tahun sekolah agama dia. Beriya minta belikan air karbonat nak bawa ke jamuan tu. Alamak.. takkan nak bawa air je kan? Hmm... nak buat menu apa ni ye?
Fikir punya fikir, bahan-bahan yang ada kat rumah ni bolehla buat apam kek ni. Nak buat pun bukan susah. Guna blender je. Nak cuba buat? Meh Moha kongsi resepi senang giler ni.

Apam Kek Kukus
Bahan A 1/2 cawan gula perang (kalau takde boleh guna gula pasir) 3 biji telur gred A 1 sdk esen vanilla 1/4 sdk garam 1 sdb ovallet

Bahan B 1 cawan tepung gandum 1 sdk baking powder

Cara-caranya:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
2. Masukkan bahan A ke dalam blender. Kisar sehingga gebu berwarna putih. Kalau blender biasa (bukan heavy duty), kisar sekejap-sekejap. Kang rosak pulak blender tu.) Dah gebu tu, bolehla pindahkan ke mangkuk yang lebih besar.
3. Masukkan bahan B sikit-sikit dan kaup balik.
4. Asingkan beberapa bahagian jika hendak campur pewarna. Masa ni boleh panaskan p…

Harmony

Image
Assalamualaikum Mata terkebil-kebil dalam gelap. Fikiran jauh melayang. Baru je lepas tengok cerita Korea - Harmony. Antara pelakon yang membintangi cerita ini adalah  Kim Yoon-jin,Nah Moon-heedan ramai lagi.

Cerita ni mengisahkan Jeong-hye (Kim Yoon-jin) seorang anak yatim yang dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun di Penjara Wanita Cheongju kerana mempertahankan dirinya dari terus-menerus dipukul oleh suaminya yang pada masa tu dia juga sedang hamil. Di dalam penjara, dia melahirkan seorang bayi lelaki yang comel dan banyak keletah.  Jeong-hye tahu yang undang-undang di sana tidak membenarkan dia membesarkan anaknya selamanya di penjara. Memandangkan dia sendiri tidak mempunyai ahli keluarga, dia terpaksa serahkan anaknya kepada keluarga angkat apabila tiba masanya nanti. Dia memilih untuk serahkan anaknya buat selamanya kepada keluarga angkat tersebut demi masa depan yang lebih cerah si anak. Sementara menunggu masa itu tiba, Jeong-hye menubuhkan satu pasukan koir dengan harap…