Advertisement

APLIKASI MAYBANK2U BARU LEBIH MUDAH

Assalamualaikum....

Sejak jadi surirumah sepenuh masa ni, jarang sangat dah keluar rumah dan berurusan dengan bank. Kalau nak berurusniaga secara online pula (biasalahkan..pantang nampak promosi atau sales..mulalah nak order), semua urusan bayaran hanya menggunakan sistem online. Termasuklah nak bayar bil-bil utiliti rumah dan tambah nilai kredit telefon.

Awal-awal daftar online banking ni, Moha guna browser je. Tapi agak leceh sebab coverage line kat area rumah ni tak berapa kuat. Tempoh nak loading & upload jadi lambat. Kadang-kadang page tu padam sendiri ataupun jadi hang. 

Tapi semakin lama, semakin banyak aplikasi yang memudahkan urusan perbankan Moha ni. Yang terbaru, sekarang ni Moha guna aplikasi Maybank2u ni je untuk semua urusan perbankan Moha.



APLIKASI YANG MUDAH DAN CEPAT

Aplikasi baru ni lebih mudah nak guna. Apa yang paling Moha suka ialah;



  1. Selepas masukkan id, kita hanya masukkan password sahaja pada penggunaan seterusnya. Tak payah dah nak taip nama id banyak kali. Aplikasi ni dah ditetapkan untuk akaun nama kita saja. Jadi kalau ada lebih dari satu akaun maybank yang dibuka atas nama kita, semua akaun tu boleh guna aplikasi ni.
  2. Proses pemindahan duit ke akaun ketiga lebih mudah berbanding guna browser. 
  3. Selesai urusan pemindahan duit ke akaun ketiga, kita boleh terus tetapkan akaun tersebut jadi akaun kegemaran kita. Lain kali bila nak pindahkan ke akaun yang sama, dah tak perlu minta no TAC lagi. Lagi cepat siap pindah duit, lagi suka kan? 

Cuma sayangnya, hanya akaun atas nama kita saja boleh guna aplikasi ni dalam 1 telefon. Maknanya kalau suami Moha nak tumpang guna aplikasi ni untuk buka akaun M2U, memang tak bolehlah..melainkan Moha clearkan data dan setting semula.

Tapi setakat ni, Moha dah puas hati. Yelah, bukan banyak sangat urusan pun. Cukuplah menepati keperluan urusan perbankan seorang surirumah yang malas nak ke bank macam Moha ni..hihihi...

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah senang ye guna apps ni.. mama xpenah Cuba lagi download

    ReplyDelete
  2. Xde mayban gp yup kdg guna cimb pun guna app je lg mudah

    ReplyDelete