Posts

Showing posts from October, 2017

JUS ASAM KUNYIT MADU, TF TRI DAN COCONUT SHAKE

Image
Assalamualaikum...
Kebelakangan ni kesihatan diri agak merundum. Kerap sakit kepala dan lesu tak bermaya. Silap diri sendiri juga sebab tak jaga. Memang Moha akui sejak akhir-akhir ni malas nak ambil suplimen dan paling malas minum air masak. Dia punya tahap malas tu boleh bagi 5 bintang! Huhuhu... tapi kalau orang hulur air manis, laju je teguk. Huish, padan muka dah sakit!
Sebenarnya bukan tak tahu kena banyak minum air setiap hari, tapi saja degil campur malas nak amalkan. Bila dah sakit, barulah nak menggelabah cari ubat pulak. Memang sengaja cari penyakit namanya ni.
2 hari lepas, dalam menahan sakit kepala tu tiba-tiba teringin pulak nak minum Coconut Shake. Amboi! Dalam tak sihat tu dia punya demand boleh tahan juga. Hahaha..
Kebetulan masa teman suami ke klinik (dia pun tak sihat juga), depan sikit ada gerai jual air kelapa. Ada beberapa jenis pilihan. ABC pun ada. Wah! Rambang mata juga tapi pilihan tetap yang satu tu lah. Coconut Shake.
Tengok abang tu prepareorder Moha p…

APLIKASI MAYBANK2U BARU LEBIH MUDAH

Image
Assalamualaikum....

Sejak jadi surirumah sepenuh masa ni, jarang sangat dah keluar rumah dan berurusan dengan bank. Kalau nak berurusniaga secara online pula (biasalahkan..pantang nampak promosi atau sales..mulalah nak order), semua urusan bayaran hanya menggunakan sistem online. Termasuklah nak bayar bil-bil utiliti rumah dan tambah nilai kredit telefon.

Awal-awal daftar online banking ni, Moha guna browser je. Tapi agak leceh sebab coverage line kat area rumah ni tak berapa kuat. Tempoh nak loading & upload jadi lambat. Kadang-kadang page tu padam sendiri ataupun jadi hang. 

Tapi semakin lama, semakin banyak aplikasi yang memudahkan urusan perbankan Moha ni. Yang terbaru, sekarang ni Moha guna aplikasi Maybank2u ni je untuk semua urusan perbankan Moha.



APLIKASI YANG MUDAH DAN CEPAT

Aplikasi baru ni lebih mudah nak guna. Apa yang paling Moha suka ialah;



Selepas masukkan id, kita hanya masukkan password sahaja pada penggunaan seterusnya. Tak payah dah nak taip nama id banyak kali. …