UPSR 2017 - Soalan Mencabar Minda

Tinggal 2 paper je lagi. Siang tadi dah ulangkaji matematik. Allah... seriau tengok soalan ramalan UPSR sekarang ni. Susahnya!! Kena baca soalan dan fahamkan betul-betul baru boleh jawab. Kalau mama pun blur, Haziq macamana? 

Tadi terjumpa satu soalan. Eh.. format macam soalan PMR je ni? Ni ke level UPSR sekarang? Wow!! Nanti giliran Amar dan Amsyar lagi hebat  rasanya. 

Haritu pernah tengok cerita hindi lakonan Amitabh Bachan yg dia jadi cikgu tu. Budak-budak baya Haziq ni dah belajar matematik yang lagi susah dari ni. Tengok formula yang dia ajar tu pun rasa tak boleh nak hadam. Pergh... tak faham langsung. Hebatlah orang yang terer math ni. Kagum..

Sekarang dah pukul 3 pagi. Masih tak dapat tidur. Seriaunya rasa mengenangkan esok. Parah ek? Anak yang nak periksa, mak yang nebes. Huhuhu. 

Bukan apa. Tak nak nanti Haziq frust bila dia tak dapat jawab soalan atau bila keputusan dah keluar. Tak kisah pun dia dapat apa. UPSR je pun. Tapi peringkat inilah yang nak menentukan di mana dia nanti di peringkat seterusnya. 

Apapun, mama doakan yang  terbaik untuk Haziq. U still my little hero no matter what. Love u till jannah..




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Resepi Ikan Bakar Paling Senang