THE KOPPI - 100% KOPI ORGANIK


 KOPI
Kopi atau nama saintifiknya Coffea dari famili Rubiaceae, adalah sejenis pokok hutan tahan lasak yang berbunga dan mengeluarkan buah pada sepanjang tahun. 

Manakala biji buahnya pula digunakan bagi menghasilkan pelbagai jenis minuman dan produk berasaskan kopi yang mula mendapat permintaan yang tinggi.
 Minuman yang terhasil dari biji kopi panggang yang diproses ini mula menjadi kegemaran seluruh dunia sejak abad kesembilan lagi. Hal ini kerana kandungan kafeinnya dikatakan mampu memberi kesan peransang kepada manusia.
Kopi mula ditemui di tanah tinggi Etiopia, dan merebak ke Mesir, Yemen dan akhirnya tersebar ke serata dunia. Kini menjadi antara bahan eksport bernilai tinggi di dunia termasuk Amerika Selatan, Caribbean dan Afrika.  

Kopi dari Ethiopia adalah yang termahal dan terbaik dan rasanya lebih kuat dan keras. Kopi dari Brazil pula lebih masam. Manakala kopi dari Afrika, rasanya lebih rasa tanah dan kekacang. 

Rasa kopi sebenarnya bergantung pada jenis tanah dan juga bentuk muka bumi dan climate.

THE KOPPI
Menurut pensyarah di UPM, kebun kopi The Koppi merupakan satu-satunya kebun kopi organik terdapat di Malaysia yang terletak di Sungkai, Perak. Lokasi kebun yang sangat cantik berdekatan dengan Hotspring Sungai Klah yang bersih dan jernih.

The Koppi adalah 100% kopi organik yang dipanggang tanpa sebarang bahan campuran hasil kajian Encik Gee sendiri dengan menggabungkan kopi Robusta dan Liberica. Beliau tidak menggunakan sebarang baja atau racun kimia kerana ingin mengamalkan konsep perladangan sihat dan organik.
Kopi Robusta - kiri, Kopi Liberica - kanan
Robusta boleh dikenali melalui kulitnya yang mempunyai belang kuning. Rasanya lebih pahit dan kandungan kafein yang tinggi. Manakala kopi Liberica pula lebih lonjong dan tirus. Biji kopi Liberica lebih besar namun apabila dipanggang, mengeluarkan bau yang wangi semerbak.
Percubaan rasa kopi setiap batch
Selama 2 tahun Encik Gee membuat pelbagai cara kajian dan mencubarasa sendiri setiap hasil kopi buatannya bagi mendapatkan rasa kopi yang tepat dengan selera rakyat Malaysia walaupun beliau sendiri alah pada kopi. Hasil kajian tersebut, maka terhasillah The Koppi. Kopi rendah kafein dan tidak meninggalkan sebarang kesan alergi seperti migrain, pening, mual, angin, sakit perut, menggigil dan sebagainya kepada orang yang minum kopi ini.

PROSES THE KOPPI
Bermula dari penanaman anak benih kopi yang perlu dijaga sehingga usia pokok mencecah umur 2 tahun. Apabila tiba musim kopi berbuah iaitu sekitar 3 ke 4 tahun selepas ditanam, tempoh memetik buah kopi mengambil masa sehingga 1 jam bagi setiap pokok. Pokok kopi mampu bertahan sehingga berusia 50 tahun.

Kebun kopi The Koppi mengamalkan perladangan sihat. Bebas penggunaan sebarang racun kimia dan baja kimia. 

Kulit buah kopi yang dikopek, ditaburkan pada pangkal pokok kopi agar ia dikompos menjadi baja. Turut menggunakan baja cecair yang dicipta sendiri dari kacang soya, gula merah dan sejenis garam yang diperam selama minimum 2 minggu. Ia seperti Garbage Enzyme.

Peringkat awal pemprosesan kopi selepas dipetik adalah secara tradisional yang diwarisi dari Opah beliau.
1. Fermentation
Buah kopi dipecahkan bagi mengeluarkan biji kopi. Kemudiannya biji kopi direndam (minimum 3 hari) ke dalam air. Air rendaman akan ditukar setiap hari sehinggalah air menjadi jernih iaitu tiada lagi isi kopi melekat pada tempurung biji kopi.

2. Jemur
Biji kopi yang telah bersih diletakkan dalam talam besi atau aluminium dan dijemur di bawah cahaya matahari sehingga tempurung biji kopi betul-betul kering. Biasanya memakan masa 4 hingga 7 hari jika cuaca terik. Jika hujan, 2 minggu diperlukan.

3. Tumbuk
Biji kopi yang telah kering ditumbuk bagi memecahkan tempurungnya. Tempurung biji kopi ini sangat keras dan tajam. Manakala biji kopi hijau pula liat. Tidak berubah struktur biji kopi hijau walau dibuat pebagai cara sekalipun.

4. Tapis
Tempurung yang telah pecah diasingkan dari biji kopi hijau dengan cara tapis. Cara ini lebih mudah dengan menggunakan bakul yang berlubang. Hanya biji kopi hijau yang berkualiti sahaja dipilih.

5. Sangai
Biji kopi digoreng dalam kuali besar tanpa minyak. Mesti sentiasa dikacau supaya biji kopi tidak hangus dan merosakkan rasa kopi. Sekiranya biji kopi didapati hangus walaupun dalam kuantiti yang sedikit, maka kesemua kopi tersebut terpaksa dibuang.

6. Tumbuk 
Sebaik saja biji kopi siap disangai, proses tumbuk terus dilakukan bagi mengelakkan biji kopi menjadi liat.

 7. Tapis
Biji kopi panggang yang telah ditumbuk akan diayak dan ditapis bagi mendapatkan serbuk kopi yang paling halus.
Kini, The Koppi telah mengubah cara memproses kopi yang lebih sesuai bagi memenuhi permintaan tinggi semasa. Proses memecahkan buah kopi tidak lagi dibuat secara manual dengan tangan sepenuhnya tetapi menggunakan mesin khas iaitu mesin pulper.

Proses memanggang kopi juga ditukar kepada cara yang lebih mudah dengan menggunakan mesin pemanggang/roaster kecil yang berkemampuan memanggang 1kg biji kopi sehari. Roaster ini mengenakan angin panas sahaja seperti hair dryer kepada biji kopi. Kemudian biji kopi akan direhatkan di dalam balang selama 3 hari bagi mengeluarkan minyak dan aroma yang lebih wangi. Proses ini dinamakan Degasses.

Hujung tahun 2016, barulah The Koppi dibuka jualan kepada umum. Ketika ini roaster besar yang boleh memanggang sebanyak 10kg sehari digunakan bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan memenuhi permintaan pasaran.  
Kini permintaan terhadap kopi organik The Koppi semakin bertambah termasuk dari pelbagai restoran, cafe dan hotel. Namun akibat kekangan beberapa faktor, The Koppi tidak mampu memenuhi kesemua permintaan tersebut. Sehubungan itulah Encik Gee mengharapkan supaya lebih ramai yang berminat dan belajar menjadi pengusaha kopi organik di Malaysia ini.
Biji kopi yang telah siap dipanggang


KELEBIHAN KOPI ORGANIK THE KOPPI

Kopi organik keluaran The Koppi sememangnya 100% asli. Kopi dipetik segar satu-persatu dengan tangan dan diproses sendiri bukan OEM. Mempunyai rasa unik kopi sebenar kerana tiada sebarang bahan tambahan seperti marjerin, gula, garam, bijan, gandum, arang tempurung kelapa dan sebagainya  di dalam kopi seperti kebanyakan kopi jenama lain yang terdapat di pasaran. 

Kadar kafein juga rendah hasil proses farmenting dan panggang. Kualiti produk juga dijaga sebaik-baiknya agar menepati standard antarabangsa tetapi memenuhi citarasa tempatan.

Selepas berpeluang merasai sendiri kopi ini, jujur Moha katakan rasa kopi ini berbeza dari kopi lain yang pernah Moha minum. Perbezaan paling ketara adalah dari segi kelikatan atau kepekatan air kopi itu sendiri. Serbuk kopi jenama lain menghasilkan air kopi yang agak pekat dan berwarna lebih hitam. Kadangkala terdapat lapisan minyak di permukaan air dan aroma kopi yang sangat kuat. Tetapi tidak pada serbuk kopi ini.

Aroma The Koppi tidak terlalu kuat tetapi baunya membuatkan Moha berasa segar. Air kopi yang terhasil juga tidak pekat dan terlalu hitam namun mempunyai rasa kopi yang kuat dan unik. Serbuk kopinya terlalu halus sehingga memerlukan tapis kain atau tapis kopi kertas jika ingin mendapatkan kopi yang jernih.  

Tidak memerlukan serbuk kopi yang banyak bagi menghasilkan bancuhan kopi yang kaw. Sedikit saja sudah mencukupi. Jadi The Koppi lebih jimat. Malah serbuk kopinya tidak mudah berketul.

Selamat dinikmati oleh sesiapa juga kerana The Koppi bebas bahan kimia dari peringkat awal penanaman pokok kopi lagi. Bagi wanita yang baru lepas bersalin tidak perlu khuatir jika mahu minum kopi ini sewaktu dalam pantang kerana disamping tidak memudaratkan, ia juga dikatakan menjadi milk booster membantu menambah pengeluaran susu ibu buat bayi.
The Koppi dalam Sinar Harian
Slot DIY di TV Al-Hijrah
The Canteen
Dikhabarkan tidak lama lagi The Koppi akan berada di The Canteen milik Chef Adu Amran, seorang Cef yang teliti dalam pemilihan setiap bahan masakan. Ini bermakna The Koppi menepati standard piawaian Chef Adu. Tahniah The Koppi. Semoga terus maju.

The Koppi boleh dibeli secara langsung dari Encik Gee. Harga bagi sepeket The Koppi ialah RM17/100gm tidak termasuk kos pos.

Sebarang info atau maklumat berkaitan The Koppi boleh didapati di laman sosial rasmi The Koppi seperti berikut:  




Sumber rujukan dan gambar : The Koppi

Comments

  1. Terbaiklah The Koppi ni. 100% kopi asli keluaran bumiputera dan anak Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..tak perlu risau status halal lagi kan

      Delete
  2. The Koppi memang terbaik! rasa yang berbeza daripada kopi yang lain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rasa unik 100% rasa kopi sebenar gabungan 2 jenis kopi lagi

      Delete
  3. Sedap The Koppi ni , serious xtipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Lebih sedap bila ikut resepi The Koppi. Resepinya boleh tengok di fb The Koppi

      Delete
  4. Kopi organik memang bagus..tengok warna air kopi tu pun boleh tahu rasa nya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula macam tak percaya warna jernih tu boleh hasilkan rasa sesedap tu. Ingat, jangan letak lebih serbuk tu...nanti pahit

      Delete
  5. Kopi paling terbaik masa kini. Memang best dapat secawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat bercawan-cawan tentu lagi best😄

      Delete
  6. Teringin plak nak rasa the Koppi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus order dengan En. Gee. Klik je link wasap tu😊

      Delete
  7. Wah mmg terbaik laaa The Koppi.. kopi organik mmg best.. nanti nak.cuba juga laaa

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Cubalah lisa. Tak menyesal punyalah😊

      Delete
  9. Rasa nak beli satu la, nak bagi kat abah yang suke minum kopi.

    ReplyDelete
  10. Orang yang suka minum kopi cam saya confirm kena cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena cuba.. kopi ni boleh buat mata segar jugak..boleh la stay up setelkan kerja

      Delete
  11. Nampak mcm ada kelainan pada pembungkusan tu ya...kena sebut betul2....KOPPI

    ReplyDelete
  12. macam sedap je, macam best je hihihi

    ReplyDelete
  13. Bestnya kopi proses sendiri, mesti sedap!

    ReplyDelete
  14. MEmang sedap kan kopi dari THE KOPPI ni..kak Ti memang dah jatuh cinta lah dengan THE KOPPI ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KELAS eUsahawan 2017 secara PERCUMA !

SABUN ORGANIK ZING+ DETERGENT FILM

Resepi Ikan Bakar Paling Senang